Friday, December 7, 2012

Review: Official Videographer



Alright. This post is to shout out credit to my official videographer; ImtiazMotionArts

Dapat tahu kewujudan Imtiaz ni sebab Syuhada, rakan sekerja tunjuk video Aslam and Fahimah. Dalam video tu dia guna lagu Yuna “Terukir Di Bintang”. Masa tu pertama kali dengar lagu Yuna pula. Jadi rasa sangat sweet. 

Lepas tu selalu tengok hasil Imtiaz dan banyak hasil Fadly, pemilik Imtiaz yang menepati citarasa. Syu gives me heads up and told me that Fadly request that the bride must cover the aurat to hire him. That is his requirement on that and I’m fine with it. So if you want to hire him make sure you are willing to accept that ok. 

Sebagai seorang pengantin berusaha dan bukan pengantin berada, menambah seorang vendor bermakna menambah lagi perbelanjaan. Lama juga la fikir, nak ambil ke tak. Mampu ke tak. So i did a lot of survey and cross reference. Mana satu lebih baik, ambil vendor dari kluang atau ambil Imtiaz. But after reccee, videographer in Kluang charges RM1500 per event without transportation whereas Imtiaz charge at that particular point RM799 per event plus RM300 for transportation and accommodation. Seriously I still save about RM400. 

Maka setelah berhempas pulas fikir 1) nak ambil videographer atau tak 2) Ambil vendor kluang atau Imtiaz, saya ambil keputusan ambil juga. 

Pertama kali jumpa Fadly kat TBS jer. Cuma Fadly cakap dia selalu tak jumpa depan depan dengan pengantin sebelum kahwin. Komunikasi guna email atau telefon sahaja. Namun bagi saya, saya suka cari keserasian bersama vendor supaya mereka kenal saya dan tahu kemahuan saya dan saya pun kenal cara mereka bekerja. Dua minggu sebelum majlis, saya emailkan pelan rumah, jadual majlis, peta majlis, pautan laman web berkaitan Kluang dan semua maklumat berkaitan untuk bantu Fadly buat kerja. 

Malam sebelum majlis, saya hubungi Fadly dan dia cakap dia sudah berada di Kluang dan dalam hotel. Lega rasanya. Cuma risau sikit bila pagi nikah pukul 8:30 Fadli tak sampai lagi. Bila saya hubungi dia, rupa-rupanya kereta rosak dan dia dalam teksi menuju ke rumah. Terkejut juga. 1) Rumah saya terletak 15km dari Bandar. 2) Mudahnya dia dapat teksi. Kluang ni paling payah dapat teksi kecuali di stesen bas. Alhamdulillah, urusan saya dan Fadli dipermudahkan. Fadli sampai pada masa yang sama majlis nikah dimulakan. And then everything runs smoothly. He works well with Razali, the photographer. They even support each other. During my event, the sunshine brightly in the morning and suddenly change to heavy downpour in the afternoon. But run or shine both of them still do their job diligently. We had fun. Waktu hujan lebat pun semua orang masih dalam mood ambil gambar dan tunjuk senyum kerang busuk. 

Post event, Fadli texted me 19 Nov and told me the highlight was ready to be published and I received the whole video on 6 December. Pendapat saya untuk videographer atau perkara berkaitan perkahwinan, kalau kita boleh usaha lebih sikit (buat kerja sambilan, berjimat, atau simpan dari awal), apalah salahnya ambil. Sekurang-kurangnya kita boleh nampak susah payah kawan-kawan kita, saudara mara kita, ibu bapa kita dalam nak pastikan majlis berjalan lancar. 



Fadli can be contacted at 

Mobile: 0163146574 



Here are some of the untold story of my event and will remain untold had I not hire any videographer. Its a low resolution video as i trim the video to different part. The actual video is crystal clear

The highlights
video


The Sun shine upon us
video



The rain as a sign of barakah

video













No comments:

Post a Comment

Pembaca mahu bersuara