Thursday, January 24, 2013

Tips 1: Memilih Baju Pengantin. Baju Mahal Ke Murah?




Salah satu benda penting dalam majlis perkahwinan seseorang mestilah pakaian yang akan korang akan pakai semasa majlis kan. 

Ada sahabat pernah menasihatkan Dara, jika perlu membuat keutamaan, berbelanja lebih pada diri pengantin dahulu dan kemudian diutamakan majlis. Kenapa? Sebabnya pelamin yang cantik akan ditanggalkan selepas majlis, door gift yang mahal kadang kala masih belum memuaskan hati semua pihak dan menu makanan yang banyak hanya menyebabkan pembaziran. Lain kali Dara cakap pasal keutamaan dalam perbelanjaan ok. Hari ini nak cakap pasal baju. 

Pada mulanya Dara berkira-kira mahu menggunakan pakaian dari butik pengantin tetapi memandangkan Dara sukakan pakaian yang cantik terletak di badan, Dara buat keputusan untuk custom made semua baju. 

Baju Mahal 

Kadang-kadang kita fikir membazir buat baju mahal-mahal memandangkan kita pakai hanya sekali. Dara pun fikir begitu. Namun, tahu tak perempuan selalunya membeli ikut emosi dan bukan akal? 

Alhamdulillah, Dara ada rezeki ke Agra, India. Waktu tu teruja sangat sebab fikir boleh cari kain sari untuk dijadikan baju nikah. Tapi puas Dara cari di Agra, masih tidak berpuas hati dengan corak yang ada. Sehinggalah Dara singgah di satu kedai ini. Dipendekkan cerita (percayalah banyak drama semasa membeli kain ini), pemilik kedai sarungkan satu kain pada bahu Dara. Masa itu satu perasaan indah menyerap. Harganya hampir separuh gaji. Serba salah juga nak ambil tapi dalam hati tau tak mungkin Dara akan tinggalkan kedai tanpa kain itu. 

Pulang ke Malaysia, menjadi satu masalah juga kerana corak kain dipenuhi manik dan batu dan sukar mencari tukang jahit/designer yang mampu memberikah hasil berkualiti.. Berat baju ini lebik 3kg. Percaya tak? Akhirnya Dara memilih abang Syed dari Bjuti Boutique. Harganya? Hampir sama dengan nilai kain. Campur harga kain, upah jahit, baju lelaki dan sebagainya, nilai baju dua kali dari gaji. Semput? Tentulah. Jenuh buat part time and save duit. 

Tips dari Dara, sekiranya B2B mahu membeli sesuatu yang mungkin di luar kemampuan, usaha lebih, berjimat cermat dan jangan sesekali fikirkan harga. FIkirkan nilai baju itu kepada korang yang akan memakainya. Kalau fikir harga juga alamatnya korang pun tak tidur malam macam Dara. 

So inilah hasilnya. Sebelum dan selepas. Cantik atau tidak sangatlah subjektif. 

Masih dalam kedai. Baju ini handmade
Test kat office. Berangan pakai sari dulu sebelum baju ini dijahanamkan
Saat fitting. Abaikan ponjot di kepala.


Saat digantung

Selepas nikah dan melalak.

Baju Murah 

 Setelah drama baju mahal yang teramat tu (pada Dara lah) dah selesai, Dara cari baju untuk persandingan dan baju bertandang. Waktu ini dah tak boleh meroyan macam di Agra dulu. Perlulah berjimat cermat. Alhamdulillah, rezeki pengantin baju Dara utk bersanding dan bertandang sangatlah berpatutan. 

Kain baju bersanding Dara beli dekat Harrison jalan Tar. RM80 utk 4 meter jadi satu meter jatuh RM40. Baju bertandang pula Dara beli dress di First Lady dengan harga RM89. Kemudian Dara minta tolong makcik buatkan overcoat dengan mandarin collar campur sekali dengan manik. Upah jahit semua kurang dari RM100. Hasilnya tadaaaaa. Not bad kan. 

Kain


Setelah siap. Aksesori harus lebih utk cover baju yang kosong. :)


Dengan bonda. 

Beli dekat First Lady Giant Kinrara Puchong

Tambah manik sikit
Walaah


Close up sket.

So bagi Dara mahal atau murah tak penting tetapi nilai baju tu pada kita. Baju murah tak semestinya tiada kualiti.

Lagi satu tips, kalau boleh sebelum tentukan tema, lebih baik korang pergi cuba baju pengantin dan tengok warna macam mana yang akan naikkan seri korang. Dara baru sedar selepas kami dah pilih tema. 

All the best B2B sekalian. 


6 comments:

  1. cantik smua2 baju tu..congratss..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Haliq. Rasa berbaloi bersusah payah simpan duit

      Delete
  2. Congratss... Cantik aksesori kepala tu beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afidah, aksesori tu MUA saya yang sediakan. Tapi rasnaya dia beli dekat Singapore dan Bandung.

      Kalau kat KL maybe dekat Citi Plaza sebelah semua house would be the best place nak cari benda bling bling ni.

      Happy hunting

      Delete
    2. Congratzz.. saya nak tau berapa ekh bajet nak jahit baju jubah tu. saya pun plan nk jahit mcm tu jugak. berapa ye bajet nya??

      Delete
    3. Ray,

      Better save dalam RM3k. Upah jahit baju hari tu dalam RM1700, veil dalam 600 rasanya. Kain tu waktu saya beli RM1500.

      Saya cadangkan, awak terus pergi dekat kedai butik yang awak berkenan dan minta dia jaht manik atasnya. Lagi murah berbanding beli kain terlebih dulu.

      Aznah

      Delete

Pembaca mahu bersuara