Showing posts with label Dara. Show all posts
Showing posts with label Dara. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

The Sweetest Date

The sweetest date. Slrpppppppppp. Hohohoho. Entry ini bukan berkenaan sesi canda ria Uda dan Dara sempena Valentine yaaaaa. Tidak, tidak ada kena mengena langsung.Tapi boleh la share kejap gambar dating dolu dolu. Hehehhehe
Gambar ini diambil semasa Uda transit from di KL. met for 2 hours only okey


Anyway, balik ke pangkal jalan. Nak share dengan korang ni. Korang semua familiar tak dengan talk show Semanis Kurma hosted by Ustazah Norbaiyah. Familiar tak? Tak??? Knaper tak tengok? Rugi rugi.


Anyway, Dara pun macam korang juga. Mana nak la nak tengok citer tu kalau dah ralat tengok Desperate Housewives la, Paris Hilton Bff la, Ghost Whisperer la, layan Top Model la. Kan kan.

Tapi memandangkan si Uda ni tak tengok citer tu, and si Uda ni memang fanatic program melayu ( Dara tak tipu okeh, dia tengok citer P.Ramlee setiap hari Isnin dan Rabu. Setiap minggu okeh. Kiralah brapa kali tengok Bujang Lapuk setahun), jadi dia yang selalu mesej ingatkan Dara.(*mode terharu* sebab Uda nak didik Dara jadi isteri yang baik)


So, tiap-tiap hari Khamis dia akan mesej kul 10.00 ingatkan Dara untuk tengok. Selalunya tak rasa nak kongsi pun, but episod kali ni tentang Kaki Leter. Ehemm ehemmm. Of course la Uda tujukan khas kepada Dara kan. Memandangkan Dara orang yang boleh tak henti cakap selama 5 minit, ulang suara macam radio rosak, maka haruslah mendengar bukan. Ala gelakkan Dara, korang pun camtukan.
Maaf ya, makcik ni sensoredd

Banyak la tips dia kasi cam 9 masa larangan berleter, 6 tips saling (hormat menghormati, sayang menyayangi, tolak ansur, faham memahami dan apa ntah lagi 2 saling)  semasa berleter. Bagusnya Show ni dia selalu invite artis yang in the trend atau seiring dengan peredaran zaman. This week Sherina Redzuan, last week Elyana. So nak tengok pun semangat la sket. karang dia jemput Syarifah Aini ka, Norlia Ghani ka, jadi tak selera plak kan. Kurang meriah la. No offense ya peminat Kak Pah dan Kak Lia. Then at the end, dia akan kasi Doa. 

Haaaaa tang ni yang Dara nak share sesangat ni. Walaupun I baru balik kelas dan tak mandi dari pagi tadi. Takper takper. Untuk kesejahteraan sejagat, Dara gagahkan juga. Hehhehehe. Penting ni ok. Jadi Baca betul -betul. Dah, dah. Jangan nak merapu lagi. So ladiesss and gentlemen, ini Doa yang dia kasi.

Surah Al-Imran ayat 83 - Doa ni untuk lembutkan hati pasangan. Ustaz cakap suruh hembus pada pasangan semasa tidur. Tapi Dara tak dapat lesen besar lagi, so kenot yet la. Nanti korang ingatkan Dara yer bila i dah kawin. Hihihihi. Syoknya sebut perkataan kawin nih. Hhihi

Surah Al - Imran Ayat 173 - Ni doa untuk bersabar. Al-maklumlah, selalunya kalau bebel kat si Uda ni memang lah dia diam. Tapi suka buat muka toya. Jadinyer Dara kena sabar. Uda pun kena gak baca doa ni sebab kena sabar jadi mangsa dengar khutbah takde skrip. Hihihihih

Ok. Tu je nak kongsi untuk malam ni. Selamat Beramal. Hihihihihih

Friday, February 4, 2011

Dara as Drama Queen

Koh koh koh. Aaaaaaachuuum.

Adeh dah berhabuk-habuk dah blog ni. Memang hangat-hangat tahi ayam betul budak Dara ni. Ngeeeeeee

Sorry guys. Bukan sengaja. Ada rezeki datang late December. Dara sekarang officially a part time subtitler. Apa tu? Ala yang buat sarikata untuk program tv tu. Waktu korang sibuk2 tengok citer korea and then ada orang translate kan tuu. :). Duit beb duit. Yang penting poket akak masyukkkk. Boleh la Dara kawin cepat2.

Ok, seperti yang diulang-ulang cakap, kan Uda dan Dara cinta jarak jauh, so Selalunya bila kitorang jumpa time nak balik jer memang parah. Cuma ada satu hari ini, keparahan dia semakin menjadi-jadi. Dara pun tak tau apsal jadi cam citer Kuch Kuch Hota Hai.

That weekend Uda tidur rumah kakak n abang dia dekat Nilai. Ingat tak rumah yang Dara kena test masak tuuu. Anyway hari Ahad nak balik tu, lepas tol Nilai dalam kereta, tetibe je Dara jadi sayu. Oden pun tak tahu kenapa. Then tibe2 je mengalirla air mata. Sob sob sob sob. Tapi masa tu cover2 la. Dara palingkan muka kat pintu pastu cakap kat Uda nak lelap jap. Tak macho la kalau Uda tau.

Ntah camner bley plak Dara tersedu. Dah kantoooi. Uda tanya kenapa. Then Dara diam sambil nangis sampai kat Puduraya. Lama tak aku nangis. Hhahahaha.

Uda pujuk2 tak jalan juga. So Uda cakap dia nak beli tiket sebab memang kena balik gak. Mana boleh tak balik. Nanti kem cakap dia absence lagi gila. Bila dia masuk balik tibe2 je Uda bawa kawan. Uda cakap, "Saya bawa kawan, teman awak waktu rindu...." Ini kawan dia...

 comel kan. Biler tekan kat perut dia lagu hepi besday. Apa la Uda ni takder kena mengena langsung...



eh ada lagi satu......

eh eh, kenapa ada lagi nih



banyaknyee kengkawann dia....
Kesimpulannnya, kengkawan bolehlah bayangkan berapa kali kejadian ini berlaku. Pssst. Cuba korang try buat kat your significant otherssss. Helah Drama Queen Dara berkesan. Banyak kali plak tuu. hehehehhe.

Note: Patung Doll tu n Twwety tu bukan Uda kasi. Just sampingan. and Uda ada kasi bantal busuk tapi Dara malu nak tunjuk sebab bantal tu memang dah buskkkkk.

Till then. xoxoxo