Thursday, November 29, 2012

Review wedding: MUA


Ok enough meroyan, 

The following review meant to give a lot of credit to a lady who deserve it. 

This huge credit goes to my makeup artist. 

Mula-mula nak dapatkan MUA ni agak susah gak. Namun berbaloi sangat-sangat usaha. Ramai MUA dekat Kluang yang hasilnya saya suka adalah dari kalangan lelaki atau lelaki yang sudah berubah sifatnya. Ibu saya terang-terangan tak suka. Beliau tak menentang tetapi kalau saya tanya boleh tak ambil sebab tak MUA perempuan di kluang yang saya berkenan, muka dia tukar jadi lain. 

Aduhaiii… pening kepala saya. Saya tanya orang yang buat pelamin saya, dia sudah ditempah oleh pengantin lain. Ketika itu sangat kecewa tetapi Alhamdulillah sekarang saya nampak hikmahnya. Kalau tak mahu saya meroyan dua kali. 

Puas saya cari, tanya orang. Kalau dah duduk KL, tentu sumber paling digunakan ialah Mr. Google. Ramai MUA perempuan yang berkenan cuma mereka bukan dari Kluang. Kalau mahu ambil dari KL, mungkin transport melebihi upah. Last2 saya jumpa Kak Hanie dari website Biaswarna. She is based in Johor Bahru. So lebih dekat dari KL kan. 

Mula2 contact tu Kak Hanie ni macam tegas. Waktu tu Kak Hanie belum buat make up bridal secara serius. More towards make up class. Saya tanya pasal test make up and rate. Syukur rate dia berpatutan and sangat berbaloi. Waktu buat test make up tu rasa berbaloi sangat2 sebab dia buat betul2 macam kita nak kahwin walaupun kita bayar harga untuk trial make up 3 jam rasanya dia ambil untuk make up saya . Saya jarang make up jadi risau juga kalau produk tak sesuai dengan kulit atau solekan pecah selepas dua tiga jam. But lepas naik bas dari JB ke Kluang, dengan habuk semua, Alhamdulillah, make up still ok. So masa itu baru saya confirm ambil kak Hanie. 

Saya jumpa dia bulan empat dan dia selalu hubungi saya untuk beritahu tips penjagaan la, gossip artis la, ngumpat la. Memang dah jadi macam kawan la. Sangat peramah. Walaupun saya ambil make up sahaja dengan dia, kak Hanie ambil inisiatif untuk pergi tengok baju bersanding yang makcik saya buat untuk sesuaikan aksesori, warna tudung dan jenis solekan. Bila saya bertangguh nak turun JB untuk tunjuk baju nikah, dia call dan membebel pada saya. Saya suka dia buat kerja teliti, selalu follow up dan buat homework sebelum majlis. 

Sehari sebelum majlis dia datang cari rumah dan betulkan kening saya yang tak sekata. Siap bawa pembantu sekali untuk tolong pengantin lelaki. Sangat pro dan sangat baik. Saya ada masalah jerawat sebab alahan produk kecantikan. Masa hari majlis dia tutup kemas dan cantik. Solekan bersanding saya tahan dari masa sanding sampai outdoor photoshoot. Hujan pun tak effect ok. Ini muka saya sebelum dan sesudah make up untuk nikah dan bersanding. Saya cakap dengan dia masa nikah saya nak jadi Nora Danish (sweet sweet gitu); masa kahwin saya nak jadi Fasha Sandha (gile glamor gitu) .

Muka bengkak sikit lepas nangis. But still maintain. :P

Dengan my mum. 

Saya ambil guna hand phone pun dah cantik kan. 

Seriously recommend dia. Siapa nak contact dia
No handphone: 012-757 7644. 



Kadang-kadang cakap dia kasar but she meant well. Love you kak Hanie. Terima kasih banyak-banyak buat muka saya macam dewi. Saya nampak bahagia sangat hari itu pun sebab rasa macam gedik muka cantik sangat. Huhuhu. Husband pun sangat suka. 

P/s: Kak, kalau kau baca, mana gambar aku dengan kau. Aku nak simpan buat kenang-kenangan

2 comments:

  1. hahaha... nikah tu memg nampak mcm nora danish. ngeee

    ReplyDelete
  2. Tqsm my dear Aznah(hug u dip2x).....pic 2 t akk email ko tap lambat ckit la...hehe....♡♡♡♡♡

    ReplyDelete

Pembaca mahu bersuara