Thursday, November 22, 2012

To Pay Or Not To Pay.


Kawan-kawan semua, 

Saya dalam dilema sekarang ini. Saya perlukan pandangan semua. Biar saya mula cerita ini satu persatu ok. 

Memandangkan saya memilih semua vendor berdasarkan kepakaran mereka, (contohnya si A pakar menyolek tetapi juga menyediakan pakej baju dan pelamin, saya hanya akan ambil khidmat solekan) maka saya bersedia membayar lebih dengan harapan hasil yang saya peroleh adalah yang terbaik yang saya mampu bayar. 

Maka perkara yang sama untuk pelamin. Vendor ini juga menyediakan khidmat Andaman dan pengantin tetapi saya hanya berminat dengan pelamin buatan beliau. Cantik dan sangat luar biasa. Ini pelamin yang beliau pernah hasilkan dan dipapar di mukabuku. 




Maka setelah rundingan untuk pelamin rumah dan meja beradap, pakej yang dicadangkan adalah RM2500. Warna tema saya adalah ivory (70%), gold (20%) and coral (10%).Pelamin akan menggunakan bunga segar. Manakala untuk meja beradap, beliau tunjukkan saya hasil terdahulu beliau sebagai rujukan. 


Cantik bukan? Sebagai seorang yang tak pernah menguruskan sebarang majlis perkahwinan saya mempercayai kredibiliti beliau sebagai wedding planner apataha lagi dengan hasil yang ditunjukkan. Kami bersetuju bahawa beliau akan menguruskan pelamin dan meja beradab sahaja. Meja makan tetamu biarlah saya uruskan. 

Tetapi pada hari majlis saya, hasilnya agak mengecewakan atas beberapa perkara. 

1. Warna tema pelamin saya lari. Bunga yang dibawa berwarna KUNING, PUTIH & OREN dan bukan 3 warna yang saya nyatakan. Malah langsung tiada warna coral. Saya bersetuju tidak menggunakan bunga ros memandangkan kos tinggi tetapi saya masih mahu warna tema saya. Kalau kalian tak pasti warna tema saya macam mana cuba tengok kat column tepi ni. Beza kan.



2. Hasil meja beradab tidak seperti dijanjikan. Beliau bawa kain berwarna biru dan menyatakan inilah warna coral . Sedih. Kain yang berwarna coral itu adalah kain langsir ibu yang telah dikorbankan untuk menyelitkan semula warna tema. Kerusi plastik itulah yang jadi kerusi duduk saya. Kalaupun chilvary chair sukar didapati di Kluang apalah salahnya beri saya kerusi yang lebih elok.

Semasa perbincangan dia yang beria-ia pesan pada saya untuk beritahu orang khemah warna coral seakan warna merah bata kerana tak ramai tahu warna Coral. Malah saya telah share album tema saya kepadanya sebagai rujukan. Ini adalah hasil beliau. Sila bandingkan dengan perbincangan awal. Beza bukan.  



3. Tiada alatan merenjis. Saya langsung tak perasan alatan merenjis tidak disediakan seperti yang dijanjikan. Saya hanya sedar setelah saya naik atas pelamin dan duduk bersama suami. 

4. Tidak menepati masa. Datang sesuka hati. Saya bekerja di KL, beliau di Batu Pahat dan rumah saya di Kluang. Ibu saya bukan sentiasa ada di rumah jadi kami perlu pastikan masa dengan tepat supaya tiada yang menunggu. (Namun saya boleh maafkan sebab beliau mungkin ada hal yang tidak diduga.) 

Beliau juga membuat pelamin untuk another Bride to be dan ini hasilnya. Saya sangat kecil hati kerana saya juga membayar. Mungkin nilai upah saya lebih rendah tetapi saya juga membayar.

Dilema saya sekarang ialah tentang bayaran baki. Saya telah membayar RM1500 dan berbaki RM1000. Setelah berbincang dengan beliau tentang perasaan saya, beliau telah memberi diskaun sebanyak RM200. Persoalannya sekiranya rakan-rakan menjadi saya, berapakah nilai yang kalian sanggup bayar atas hasil beliau. 

Ibu saya cakap jangan bayar langsung namun saya tak mahu berlaku kejam. Cuma untuk membayar RM800, berat hati saya. What do you think?

UPDATE (24.11.2012):

Ini komunikasi sms antara saya dan beliau selepas majlis. Saya kongsi di sini mungkin sekadar peringatan kepada sesiapa yang mahu ambil beliau. Mungkin juga hanya saya yang tak bernasib baik.  Jika mahu ambil beliau terpulang. Cuma pastikan sesiapa yang mahu ambil beliau, fikir dan pastikan apa yang dikata dikotakan.





UPDATE (26.11.2012):

Ok, semenjak dua menjak ini saya buat sedikit homework sebab nak pastikan keputusan saya ini dibuat dengan cara yang berhemah. Macam mana saya buat?

1. Saya tanya B2B and exB2B
2. Saya tanya orang yang ada business andaman di Kluang.. Ya lah, kalau saya tanya andaman di Jengka mestilah rate tu sangat mahal, kalau saya tanya andaman di KL pastilah lebih murah. Jadi nak bandingkan mesti bandingkan epal dan epal k.
3. Saya tanya Bride lain yang ambil dari vendor yang sama juga.

Rata-rata cakap jangan bayar atau kalau bayar, bayar sedikit sahaja. Cuma selepas berbual dengan golongan ketiga, saya sebulat hati akan bayar kurang dan hanya selepas vendor ini boleh "justify" jumlah baki yang diminta. Nak tahu apa yang saya dapat? Jeng jeng jeng


Nampak tak? Berapi tak? Saya yang selama ini ok tetiber berapi. Pakej berbeza tetapi harga yang sama. Kalau nak charge transportation punnn. Pelamin dia sebjik sejaban dengan saya. Bunga jer warna beza.

Kesimpulan; kecewa dan semakin kecewa.

Sekian terima kasih





25 comments:

  1. Sayang, jgn bayar yg balance tu. Biar jadi pengajaran dkr dorg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada terfikir gak. Cuma masih lagi mahu ada rasa ihsan tu.

      Delete
  2. huhuhu..sampai hati orang tu.. Banyak tau che na rm 2500 tu.. Masa my wedding, jumlah tu untuk dua psang pengatin siap baju and mekap tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dayah, pasal duit tu che'na yang setuju dengan harga tu. Dengan harapan aznah dah ambil orang yang ada kredibiliti dan akan buat kerja elok2.

      Isu sekarang bila diorang tak deliver yang rasa macam duit tu tak setimpal

      Delete
  3. aznah.. for me.. saya akan bayar baki RM800.. tapi still try mintak diskaun lagila kalau boleh...

    Anddd....masa ini lah nak guna the power of internet..
    siarkan facebook page beliau and war2kan ketidakprofesionalan beliau untuk bagi peringatan kat orang lain supaya tak tertipu jugak....

    so.. akhirnya awak tak kejam dan dapat pahala tolong kawan2 lain... ha.... camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Jaja,

      Terfikir nak bayar. Skarang ni macam rasa nak bayar duit vendor lain yang buat kerja sungguh2 dari bayar vendor pelamin ni.

      Lebih baik hargai orang macam tu tak.

      Rm800 tu jumlah setelah diskaun sebab saya tak puas hati.

      Delete
  4. I rasa tak payah byr. Klu byr pn around 200-300 je. X berbaloi kot nak byr smpi RM2500. Da la lari theme. Sangat2 beza ur pelamin & the one they sample. & even if u pay, comment kt their page & gv a very lousy review to warn off others from making the same mistake

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syue,

      Saya cakap juga dengan dia, baiklah kalau tolak duit transport RM500, harga pelamin dan meja makan RM2000.

      Saya dah bayar RM1500. Rm500 tu kira duit transport, RM1000 tu duit pelamin. Maybe boleh nak tambah sikit lagi cuma tak pasti berapa yang selayaknya.

      Tu dah fikir on behalf of them la tu.

      Delete
  5. sist..i xtau plak yg ur vendor ade client laen on the same day..for me, to compare hasil keje mereka utk pelamin kamu n client yg satu lg, mmg jauh beza..n mereka xlayak utk menerima baki bayaran rm800 tu cukup sekadar rm500..kenape rm500?..
    1- dr awal penyediaan meja beradap vendor da tau diorg salah warna..xada lgsung effort utk ubah ikot kehendak client..malah paksa client utk terima ape yg ada
    2-mungkin kesuntukan masa nk cr kaen laen tp ape salahnye ganti kerusi pegantin s to compensate..
    3-ketepatan mase sgt xmemuaskan hati..cuba kalau dtg ikot mase yg djanjikn, pasti boleh bincang lg mcm mane nk ubah pelamin ikot kehendak kamu
    4-peralatan yg xlengkap mmg xboleh dimaafkan..mungkin alatan renjis perkara remeh tp klu da termasuk dlm pakej mestila disediakan..
    5-rm2500 utk hiasan pelamin n meja beradap berasaskan bunga segar, sepatutnye lebih gah..for me, kos utk bunga segar yg diletakkn di pelamin xsampi 40% dr harga pakej tersebut sbb kamu bkn gunakn bunga ros..
    kesimpulannya, mmg xpatut utk vendor itu menerima baki keseluruhan pymt.
    again, itu cuma pendapat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Yana,

      Dia ada client lain kat JB juga. Sebab tu dia rushing. Dia cakap pelamin tu pelamin baru sebab tu harga mahal. Tapi aznah tengok kat Facebook dia dah diguna dua tiga kali.

      Mula2 macam ok. Tapi bila fikir2 memang rasa kecewa. Kecewa sangat2.

      Mula2 ada terfikir nak bayar sebab tak nak berhutang dengan sapa2. Yang lain serahkan antara dia dengan Allah. DUit yang dia nak kasi tu pun nak kasi makan anak dia and baby dalam kandungan.

      Tapi kalau bayar takut dia macam tak insaf dan buat pada orang lain.

      Paling sedih fikirkan ruginya bakat yang diberi kalau attitude tak reflect.

      Ibu dah bising tu. hahahhaha

      Delete
  6. hi dear,

    rasanya u xpayar 800 tapi kalo nak byar 200 dekat dia itu dah kira baik. saya dah review gmb2 u. adakah dia membezakan customer diumah dgn dewan, adakah dia melihat trf customer sbb hasil dia pada u sgt xberbaloi. masa i kawen dulu pun i pilih by kepakaran. pelamin dan makeup mmg asing dan sbgainya sbb kita nak terbaik kan.. so cek ur quotation again pasal pelamin tu dan list all apa yg xda then baki yg nak dibyar tu tolak ni setiap btg yg u xde tu. kalo smpai negatif hasilnya mmg xyah byr lansung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nora,

      Thanks for the advice. Setuju sangat2 dengan cadangan tu. Patut senaraikan semua yang dia provide and check the current rate and tengok sama ada setimpal atau tak.

      Maybe kalau dia tanya lagi, aznah minta dia justify expenses dia. Baru rasa win-win kan.

      Delete
  7. dear... for me x payah bayar kot. sb dia x mengikut as per what you list. plus dia x menepati masa. plus dia membeza kan perantin. grr.. rasa I plak yg nk berapi. kesian kat you. for me x payah bayar. as per nora cakap list down apa yg x de di majlis you and tolak dari baki bayaran tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarah,

      Waktu kawin hari itu, sangat blur dan penat. Sampai khamis malam, hari jumaat sibuk uruskan hal sendiri, and hari sabtu dah majlis. Nasib baik sebab sendiri sibuk and tak berapa alert. Kalau tak ada jadi bridezilla kot masa wedding. Terus muka buruk sangat nanti. Hahhahaha

      Delete
  8. Sis, kalau rm2500 tu, sy sediakan pakej lengkap da, sepasang baju baru, pelamin rumah design pilihan, n makeup.. Aduhaiii betul2 makan duit la.. Xberkat buat orang menyumpah mcm ni.. Beri pengajaran kat diri sendiri jua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anonymous,

      Bridal kat kluang juga ker? Ada website atau facebook tak? Share la kat sini. Ramai B2B cari maklumat and vendor thru online sebab bekerja luar kawasan. Waktu saya nak kahwin dulu pun tak ada kesempatan nak pergi setiap butik pengantin. Sangat rely pada internet dan review orang lain.

      Kalau ada pun yang letak kat facebook, banyak design yang outdated. Ramai B2B suka ikut trend terkini dan nampak relevant pada masa itu.

      Saya aware harga dia above average tapi saya anggap itu harga yang perlu dibayar untuk dapat pelamin above average juga. Sayangnya bagi saya dia tak deliver la

      Delete
  9. Kalau kak liza memang tak bayar dah... Masa majlis kak liza dulu pun bertekak gak dengan orang buat pelamin..tapi at least dia dengar teguran dan dapat seperti yang kak liza nak. Kak Liza sedih sangat apa yang berlaku pada majlis besar Che Nah... tapi peniaga macam tu kena kasi pengajaran sikit supaya dia tak pandang remeh kehendak client

    ReplyDelete
  10. bagi link ni kat die. suh die bace n fahamkan. jgn bayar balance!

    ReplyDelete
  11. Sis i tak nampak la your fb conversation tu.. i baru ingat nak hired this vendor for my wedding soon.. but after terbaca your post, macam takut pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anonymous,

      FB conversation tu about i tanya another B2B yang kahwin selang seminggu dari my wedding.

      My package: RM2500 untuk pelamin, meja makan, alat merenjis and bantal nikah

      This B2B package: RM2600, untuk baju 2x, make up 2x, bilik pengantin, pelamin yang sama, hand bouqet.

      You punya tarikh hot tak? Macam 11.11.11, 1.2.12. Kalau tarikh u ramai b2b nak amik, and u tak ambil full package dari dia maybe consider balik eh.

      I tak ambil full package dari dia sebab hasil makeup dan baju dia bukan apa yang i cari. So memang jarang nampak dia waktu pasang pelamin semua. Dia datang pun sekejap sahaja malam sebelum nikah waktu kami tengah kenduri arwah dan doa selamat.

      My advise kalau u still nak ambil dia, because honestly pelamin yg ditunjuk dalam fb cantik, pastikan dia list down in detail apa yang dia nak charge u. Dia nak charge RM1 pun detailkan. Then kalau u buat appointment dengan dia one hour before dia datang dah call. Sebab memang selalu lambat.

      I admit one of my mistake is terlalu percayakan vendor and empower the vendor. I guess on her case u kena controll sikit and tunjuk betul2 apa yang u nak. Buat salinan apa sample yang u dah kasi dia termasuk warna.

      If u still want her la. For me tak recommend la. Banyak susah hati. Hehhehe.

      Delete
  12. Salam

    Sy b2b from muar..br baca pasal review awak ni ttg vendor tu..ade plan nak amek dia..n da survey harga dia..pakej 2600 tu lengkap sumela.kesian kt awak..so awak da pay le balnce tu?hurm..tgk kisah awk ni cam xjd plk..amek kt muar jela..thanks review menarik awk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam shidah,

      Saya belum bayar lagi pun. Sengaja saya lambatkan.

      Perkongsian saya pun bukan mewakili semua klien dia. Mungkin saya satu-satunya yang kurang bernasib baik. Hanya Allah yang tahu.

      Nasihat saya, just make sure sesiapa pun awak ambil, pastikan awak perincikan semua yang awak nak. Saya kecewa sebab terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada beliau.

      Beliau buat ini secara sambilan, mungkin itu faktornya. Tetapi ada juga vendor saya yang buat secara sambilan tetapi saya puas hati jadi pucuk pangkal diri sendiri.

      All the best dear.

      Delete
  13. salam, sy mmg adore dedaun ni. walaupn sy duk penang. xsangka sis kena smpai mcm 2 skali. sy pn ptot hati2 gak.

    ReplyDelete
  14. ya Allah, tak sangka vendor ni macam ni punya attitude. ingatkan dia deliver semua job dengan bagus. nasib baik terjumpa review ni. susah vendor kat area sini tak up-to-date macam di kL.

    ReplyDelete
  15. Thank You and that i have a super supply: Whole House Renovation Cost remodel garage into living space

    ReplyDelete

Pembaca mahu bersuara