Friday, December 16, 2011

The Story of My Ring

    Time for storytelling yer anak- anak. Kali ini Dara nak citer pasal cincin Dara. (mesti korang pelik kan sebab apa Dara ada banyak citer).

Dara consider diri sebagai sangat bertuah sebab dapat peluang ke negara orang dengan tajaan syarikat. Tak kisahlah walaupun atas urusan kerja, tapi still dapat rezeki tu kan. So bila fikir my mum and my dad tak pernah dapat peluang pergi, so Dara tanam niat nak bawa jalan2. Pergi dekat2 pun takper la.

So October lepas Dara bawa family gi Bangkok. Nak jadikan cerita masa kami shopping, kitorang dapat tau yang emas dekat Bangkok murah sebab Thailand is centre for export untuk gold di South East Asia. Bila dapat tau pasal benda tu, Dara pun excited la. Sangat murah hokey. Cincin berlian penuh dalam 2k jer. Tapi sedih jugak sebab tak ada pengalaman pilih cincin sama Uda. Nak juga rasa gedik gedik, tunjuk tangan kat Uda sambil tanya "Awak, cantik tak?".( sila baca dengan suara gedik dan manja). 

Cubaan pertama

Cubaan kedua. Tak berapa berkenan

Cubaan ketiga. Yg berlian penuh tu Rm1.5k belum tawar okey

Rambang mata tak?


So my mum cakap "sleep on it" dan fikir betul2. Bila call Uda, Uda cakap dia tak kisah kalau beli tanpa dia. (see supporting tak dia.) So balik hotel n tidur and decide kalau esok masih terfikir, pergi beli. Then esoknya kami pergi ke Train Market di Maekloong. On the way ke sana dah decide, nak cari cincin kat Bangkok. Tapi ada masalah gak sebab cash yang bawa untuk belanja travel family. So Dara call Uda n beritahu pasal problem ini. Then tiba-tiba jer Uda cakap "Takper, saya masuk duit kat akaun kad kredit awak dari Malaysia." Terus happy ye kawan2.

So malam tu, we all tanya2 la kat restaurant, kat mana beli cincin emas murah. Then dia cakap pergi kat Chinatown, pusat beli cincin. Then, hari ketiga kat kota Bangkok, we all pun gi sana.  Ini adalah hasil tinjauan di China Town






Tapi kat kedai camni, cam tak menarik jer. Plain sangat2. Kalau setakat nak simpan ok kot. Nak pakai cam simple sangat. So Dara n family jalan2 lagi. Then gi la satu kedai ni. And thennn setelah melihat cincin ini, Dara pun jadi meroyan sebab sangat memenuhi kehendak hati

Ini berlian tak penuh. Dia kasi RM2k

Ini belian penuh RM2.2k
Sangat lah excited. Lepas bincang2 dgn my mum kitorang pun decide nak beli sebab esoknya dah nak balik Malaysia. Bila nak bayar jer that lady cakap "Do you bring your passport?". Terus dara tepuk dahi. Sebab passport dara simpan kat dalam safe hotel. Mati-mati dia tak nak buat transaction selagi tak ada passport. Nak balik hotel jauh okey.  Macam dari Seri Petaling ke Kelana Jaya. Waktu tu dah pukul 3.45 petang and dia tutup pukul 5. Then fikir2 Dara decide nak juga beli cincin tu. Dara cakap ngan my mum, "ibu tunggu, kak uda gi balik". Dara pun lari non stop and then naik lrt dari Chinatown ke Pratunam, siap tukar 2 kali. (kalau siapa tak caya betapa jauh sila google k). Waktu tak berani naik teksi sebab jem.

Then lari punya lari, siap redah hujan, basah lukus semua la. Kaki dah kejang siap. Sampai pukul 4.45. Then waktu Dara nak masuk jer kedai tu, my mum tarik dari belakang. Dia cakap dia bual dengan orang setempat and they all cakap ada kedai lagi murah dari kedai ni and that kedai lagi satu tu ada offer and that day is the last day of promo. So kitorang pun tak jadi la masuk kedai, kitorang gi kedai lagi satu. Sampai je kedai tu rupa2nya that shop sangat class ok. Siap ada jaga, ada chaperone escort semua. Cincin dia sangat cantik ok. Clarity dia 1.0. memang tip top. Waktu tu tak boleh amik gambar sebab battery dah kong. Tetapi,...... bila tanya harga jer the cheapest is RM6k. Waaaaaaaaaaaa. Memang la Dara tak mampu walau secantik mana pun. Sob sob. Plus Uda mesti tembak Dara dengan sniper dia kalau overbudget.

Bila Dara pergi balik kat kedai yang Dara suka tu, kedai itu dah tutup. Walaupun pekerja ada kat dalam dia tak nak bukak kedai pun. Sedihnyeeee. I really like the cincin. Tapi Dara nak sedapkan hati my mum sebab dia dah start serba salah. Tengok muka dia pun cam nak nangis. So Dara pun cakap "Tak apa la ibu, it's not meant to be. Kita pun dah buat yang terbaik". 

So kitorang pun balik, sampai dekat Sala Deng, dek kerana terlalu berlari tadi, tibe2 jer Dara sakit perut. Sakit sangat2. So gi la toilet dalam shopping complex nearby. On the way nak keluar, Dara lalu ada kedai emas ni. And thenn.... Dara nampak satu cincin ni yg sangat menarik hati. Hahahhaha. ( Dara ni cepat sangat tertawan hati). Then Dara call ibu Dara, tengok and belek2, kitorang pun setuju beli, (tapi tak tau la beli sebab nak sedapkan hati ker apa ker, my mum setuju sebab dah penat ker). Whatever reason pun beli, memang journey nak dapatkan cincin ni sangat la panjang berjela. Sooo, nak tengok tak cincin pilihan hati. :). Tak kira, kalau tak nak pun Dara nak tunjuk gak. :P


Tadaaa. Dah berangan and tak sabar nihhh.

Bff Dara cakap dia tak suka sebab cincin ni nampak besar dan design lama. Tapi apapun Dara suka sebab simple n classic. And harganya sangat berpatutan bagi Dara sebab harga asal RM1500 and dia kasi diskaun 50%. So dapatlah RM750. Ada 11 biji diamond kat situ. Kecil pun kecil la. Yang penting Dara suka. lalalallala

Panjang tak dara membebel. Panjang pun panjang la. 

Till next time.

































2 comments:

  1. memang mencabar betul pencarian cincin Dara kan?
    xpe, it was something sweet to be remembered.

    i love the design, Dara.
    sgt classic. :D

    ReplyDelete
  2. Nyomel,

    Tak sabar nak kawin nih. Tiap2 hari gatal pakai. hahahahha

    ReplyDelete

Pembaca mahu bersuara