Tuesday, December 27, 2011

I'm a cartoon

Dear All,

Hot from the oven. Uda&Dara Official Wedding trademark. Hehehhe. Oden tengah excited terlebih. We are a cartoon couple. Lalallalala.

Cartoon ni belum siap lagi. Belum coloring and background. Mana boleh tunjuk semua. Nanti tak saspens la. :)

Idea cartoon ini datang sebab a few reason:

1. Dara ini sangat riang ria dan sangat suka cartoon. Dah besar pun suke tengok cartoon (especially sponge bob)
2. Cartoon boleh menyebabkan Dara nampak sangat cute (Hahahha. Aku perasan terlebih)
3. Dara nak satu benda yang fit for all purpose. Boleh guna utk bunting, kad, mug, tq sticker, magnet souvenir and all. Nak buat sampai korang menyampah ngan benda ni
4. Nak buat trademark la. Hehehehhee.

Cartoon Dara ni, Dara ambil inspiration dari sini…
Baju dress yang cartoonist lukis adalah dari ilham baju Intan Norazam

Cute kan. Ok, siapa nak buat cartoon gak. Angkat tangan!!!!

Kalau siapa2 nak buat cartoon boleh approach Simplycard. Nama cartoonist dia Yeu Lou. Dara sangat2 recommend dia. Very friendly and accommodating and price yang dia quote sangat reasonable. Below RM100 untuk color and also the background.

Sebelum Dara jumpa Simply Card ni, Dara dah buat payment pada satu well-known cartoonist ni, kita panggil dia En. U ok. Dulu dia femes ngan citer volkswagen. Dara minta buat caricature untuk Dara ngan Uda. One person dia charge RM95, dua orang RM190. Lepas discount RM170. Lepas tu kalau nak tambah kucing ker, bear ker, anak patung ke, background ke, kena tambah duit lagi. Siapa yang takde issue on money then hiring him won't be an issue.

In terms of delivery, En. U cakap akan siap dalam masa seminggu dari tarikh hire. Tapi sampai la ni tak siap lagi. Email pun tak balas. So nanti Dara nak minta balik kat En. U kot duit yang dah bayar. Dara nak cukupkan sebulan (kasi mukalah kat dia. Maybe En. U busy kot. Fikir positif jer la.) Lagipun kat website dia, dah ada banner dia tak amik caricature for the time being. Maybe waktu Dara check dulu terlepas pandang kot. So Dara silap gak bab ni. So kalau lepas sebulan takder product gak, Dara minta refund la.

Eh tersasar plak. Hehhehe. Back to Yeu Lou ok. In terms of delivery and response, Yeu Lou reply cepat and kalau dia ada hal pun, dia beritahu. So ada lah budi bicara kan. And want thing Dara suka, dia charge selepas product siap. So kita puas hati la kan.

Lepas ni, korang tengok la cartoon Uda&Dara ni akan berada di merata2 tempat. Hahahhahaha (gelak excited)

Thursday, December 22, 2011

D.I.Y Fridge Magnet

Hi Dearies,

Usually most B2Bs akan buat D.I.Y project untuk mengurangkan kos perbelanjaan kahwin. So yours truly yang tangan kaku ni pun nak buat jugak. Browse a lot of website for D.I.Y project. Antara blog yang kena stalk oleh yours truly:


Nyomel

Ana Farhana Deqna

Shakina Farhan.

So berbekalkan semangat yang jitu or bajet yang ciput, Dara sudah decide nak D.I.Y (drumroll please)......... fridge magnet.

Fridge magnet ni kita boleh guna untuk Save the Date letak tarikh supaya orang ingat atau sebagai thank you tag. Dara ingat nak letak gambar Dara ngan Uda yang telah dikartunkan and then letak label tq and then jadikan magnet. Berguna bukan. Tak ada lah nanti orang buang.
Blur? Tak tahu camner? Meh kasi idea sikit….






Cantik Menarik Tertarik Kau Memang Da Boom? Teragak nak buat tak? Kalau u all yang lain nak buat juga boleh baca blog D.I.Y  Not Martha. Kalau Dara nak explain takut tak faham. Bila Dara dah buat nanti, baru boleh tunjuk satu2

Now next question pula, mana nak dapat material dia. Ok, Dara consult The Know It All (En Google) untuk nasihat. Ini jawapannya.

Strong magnet boleh beli kat kedai hardware macam ACE. Cari rare earth magnet kalau nak yang kuat

Marble glass Beli dekat sini atau sini.

Alternatifnya boleh guna cabochon. Cabochon ni dari plastik tapi clarity dia hampir sama. Dara decide nak guna cabochon sebab banyak option nak beli. Kat Malaysia tak jumpa lagi. Tapi boleh beli online dekat sini, sini sini atau sini

Gam boleh guna any silicon game.
Pic tu ikut pilihan hati la.

Puncher bulat. Dara tak pergi lagi kedainya. Tapi maybe ada kat Craft Haven atau Tango Mango

Siapa yang malas nak buat tapi ada design and just nak print, Dara ada senarai vendor yang provide service ni. Some of them Dara dah dapat quotation. So kalau nak drop jer email kat bawah eh. Bukan tak nak listkan tapi pc ni asik hang jer. Tensen tau.

Ada lagi yang tertinggal tak. Kalau ada tanya jer la.

Mode: Tulis blog dengan penuh kesabaran. Dara belum buat lagi and barang pun tak beli lagi. Maybe lepas exam bulan Jan ni baru nak terhegeh-hegeh buat. :) Kalau ada yg nak tunggu Dara siapkan, kena bersabar la sket eh. Ampunnnnn




Tuesday, December 20, 2011

*Giveway Pau Seri.*

Wahai kawan-kawan sekalian,

Ce teka, kalau Dara sejuk-sejuk dalam bas, bila berhenti kat R&R yang ada van bergerak, selalunya Dara beli apa?...

Ya, betul…. Pau panas

Ce teka, kalau Dara tengah lapar kat kedai makan, makanan lambat sampai Dara makan aper dulu?

Ya, betul…Pau panas lagi

Ce teka, kalau Dara tengah keje kat ofis yang sejuk macam kat New Zealand ni, benda apa paling best makan?

Ya, betul.. Pau. Pisang goreng takpun keropok lekor pun boleh gak. Hehhehehehe

FYI, sekarang sampai 31 Disember 2011, Pau Seri akan buat Giveaway untuk sebarang acara. Banyak tau 500 biji. So Dara pun nak rebut peluang ni. Rezeki jangan ditolak bukan.

Syarat Penyertaan: Jawab 3 soalan mudah:

1. Kenapa Pau Seri perlu taja Dara?


2. Warna tema dan tarikh perkahwinan?


3. Kenapa pilih Encik Uda sebagai teman hidup?

Dara paling suka makan. Sanggup berjalan merata-rata cari makanan yang sedap. Jadi Dara nak pastikan hari bersejarah Dara pun tetamu akan disediakan makanan yang sedap. Nanti diorang balik pun senang hati, yer tak.

Ramai majlis sekarang beri muffin atau cupcake tapi apa kata kita tukar selera. Lagipun kat kawasan bandar kecil ni orang masih lagi suka makanan tradisi. Especially kat Kluang ni. Tapi kalau pau, adusss boleh meracun jiwa kalau makan panas2 lawan dengan kopi. Peghhhh. Boleh tak korang bayangkan. Macam makan M&M pun ada gak. “Cair di mulut tidak di tangan”

Lagipun hujung tahun ni cuaca tak menentu. Pau ni makanan lut cuaca. So kalau hujan ke panas ke, pau ni mesti laris kan. Nak2 kalau hujan. (Eh tapi taklah doa majlis nanti hujan)


Warna tema majlis rumah Dara warna GOLD. So kalau Gold,, pau kaya dengan pau kari paling ngam sekali. Betul tak? Matching habislah. Pau lain pun ok jugak tapi kerna kaler warna kuning. Tapi mungkin Pau Seri boleh warna gold jugak rasanya.:P


Matching bukannnn...
 Kenapa pilih En. Uda sebagai teman hidup? Jawapan sebenar tak berapa pasti. Tapi hubungan Uda dan Dara ni semuanya automatik. Maknanya kami sendiri faham status masing2. Kami berdua tak pernah bercinta sebelum ini. Waktu Dara sekolah, Dara pernah simpan niat tak nak bertukar pasangan. Alhamdullilah, kami dah bertahan 6 tahun. Kami bercinta jarak jauh tetapi Uda dan Dara saling memahami. Uda ini matang orangnya. Mungkin sebab dia ada 11 orang adik beradik n dia dah mula cari duit sejak sekolah menengah lagi, jadi sikap tanggungjawab dia sangat tinggi. Dia pun senang sesuaikan diri. Campak dekat mana pun dia tahu apa peranan dia. Paling penting sekali Dara sentiasa rasa selamat bila dengan Uda. Maybe sebab dia tentera kot . Tak taulah, yang penting jodoh kami kuat. :).. Doakan kami yeh.

 


Monday, December 19, 2011

When He Propose

Sejak kecoh pasal Deena Bahrin dilamar guna kamera Nikon ni ramai aweks2  kat sana berangan supaya future hubby to be buat macam itu termasuklah yours truly.

Blur? Tak tau apa Dara cakap ni. Tengok video ini

Sweet kan. :P 

So, malam semalam Dara tanya Uda, knape dia tak wat camtu. Siap cakap lagi "Awak lamar saya pun tak" (sila baca dengan wajah tak puas hati)

Tapi rupanya versi Uda berbeza. Rupa-rupanya Uda pernah lamar Dara masa kat USM dulu. To be exact masa kitorang dating sambil kasi makan biawak. (siapa blur sila baca entry ni). And the worst thing is Dara tak kasi response pun sama ada ya atau tak (macam mana Dara boleh lupa pasal benda2 penting ni). Horror betull la. Nasib baik dia kental. Kalau orang lain dah lari dah. Hehehehhee

See, not all the time perempuan yang ingat semua. In my case the one yang ingat every detail of our story is Uda.
To him, i love you more than ever and i pray this feeling last until jannah.

Ameen.




Friday, December 16, 2011

The Story of My Ring

    Time for storytelling yer anak- anak. Kali ini Dara nak citer pasal cincin Dara. (mesti korang pelik kan sebab apa Dara ada banyak citer).

Dara consider diri sebagai sangat bertuah sebab dapat peluang ke negara orang dengan tajaan syarikat. Tak kisahlah walaupun atas urusan kerja, tapi still dapat rezeki tu kan. So bila fikir my mum and my dad tak pernah dapat peluang pergi, so Dara tanam niat nak bawa jalan2. Pergi dekat2 pun takper la.

So October lepas Dara bawa family gi Bangkok. Nak jadikan cerita masa kami shopping, kitorang dapat tau yang emas dekat Bangkok murah sebab Thailand is centre for export untuk gold di South East Asia. Bila dapat tau pasal benda tu, Dara pun excited la. Sangat murah hokey. Cincin berlian penuh dalam 2k jer. Tapi sedih jugak sebab tak ada pengalaman pilih cincin sama Uda. Nak juga rasa gedik gedik, tunjuk tangan kat Uda sambil tanya "Awak, cantik tak?".( sila baca dengan suara gedik dan manja). 

Cubaan pertama

Cubaan kedua. Tak berapa berkenan

Cubaan ketiga. Yg berlian penuh tu Rm1.5k belum tawar okey

Rambang mata tak?


So my mum cakap "sleep on it" dan fikir betul2. Bila call Uda, Uda cakap dia tak kisah kalau beli tanpa dia. (see supporting tak dia.) So balik hotel n tidur and decide kalau esok masih terfikir, pergi beli. Then esoknya kami pergi ke Train Market di Maekloong. On the way ke sana dah decide, nak cari cincin kat Bangkok. Tapi ada masalah gak sebab cash yang bawa untuk belanja travel family. So Dara call Uda n beritahu pasal problem ini. Then tiba-tiba jer Uda cakap "Takper, saya masuk duit kat akaun kad kredit awak dari Malaysia." Terus happy ye kawan2.

So malam tu, we all tanya2 la kat restaurant, kat mana beli cincin emas murah. Then dia cakap pergi kat Chinatown, pusat beli cincin. Then, hari ketiga kat kota Bangkok, we all pun gi sana.  Ini adalah hasil tinjauan di China Town






Tapi kat kedai camni, cam tak menarik jer. Plain sangat2. Kalau setakat nak simpan ok kot. Nak pakai cam simple sangat. So Dara n family jalan2 lagi. Then gi la satu kedai ni. And thennn setelah melihat cincin ini, Dara pun jadi meroyan sebab sangat memenuhi kehendak hati

Ini berlian tak penuh. Dia kasi RM2k

Ini belian penuh RM2.2k
Sangat lah excited. Lepas bincang2 dgn my mum kitorang pun decide nak beli sebab esoknya dah nak balik Malaysia. Bila nak bayar jer that lady cakap "Do you bring your passport?". Terus dara tepuk dahi. Sebab passport dara simpan kat dalam safe hotel. Mati-mati dia tak nak buat transaction selagi tak ada passport. Nak balik hotel jauh okey.  Macam dari Seri Petaling ke Kelana Jaya. Waktu tu dah pukul 3.45 petang and dia tutup pukul 5. Then fikir2 Dara decide nak juga beli cincin tu. Dara cakap ngan my mum, "ibu tunggu, kak uda gi balik". Dara pun lari non stop and then naik lrt dari Chinatown ke Pratunam, siap tukar 2 kali. (kalau siapa tak caya betapa jauh sila google k). Waktu tak berani naik teksi sebab jem.

Then lari punya lari, siap redah hujan, basah lukus semua la. Kaki dah kejang siap. Sampai pukul 4.45. Then waktu Dara nak masuk jer kedai tu, my mum tarik dari belakang. Dia cakap dia bual dengan orang setempat and they all cakap ada kedai lagi murah dari kedai ni and that kedai lagi satu tu ada offer and that day is the last day of promo. So kitorang pun tak jadi la masuk kedai, kitorang gi kedai lagi satu. Sampai je kedai tu rupa2nya that shop sangat class ok. Siap ada jaga, ada chaperone escort semua. Cincin dia sangat cantik ok. Clarity dia 1.0. memang tip top. Waktu tu tak boleh amik gambar sebab battery dah kong. Tetapi,...... bila tanya harga jer the cheapest is RM6k. Waaaaaaaaaaaa. Memang la Dara tak mampu walau secantik mana pun. Sob sob. Plus Uda mesti tembak Dara dengan sniper dia kalau overbudget.

Bila Dara pergi balik kat kedai yang Dara suka tu, kedai itu dah tutup. Walaupun pekerja ada kat dalam dia tak nak bukak kedai pun. Sedihnyeeee. I really like the cincin. Tapi Dara nak sedapkan hati my mum sebab dia dah start serba salah. Tengok muka dia pun cam nak nangis. So Dara pun cakap "Tak apa la ibu, it's not meant to be. Kita pun dah buat yang terbaik". 

So kitorang pun balik, sampai dekat Sala Deng, dek kerana terlalu berlari tadi, tibe2 jer Dara sakit perut. Sakit sangat2. So gi la toilet dalam shopping complex nearby. On the way nak keluar, Dara lalu ada kedai emas ni. And thenn.... Dara nampak satu cincin ni yg sangat menarik hati. Hahahhaha. ( Dara ni cepat sangat tertawan hati). Then Dara call ibu Dara, tengok and belek2, kitorang pun setuju beli, (tapi tak tau la beli sebab nak sedapkan hati ker apa ker, my mum setuju sebab dah penat ker). Whatever reason pun beli, memang journey nak dapatkan cincin ni sangat la panjang berjela. Sooo, nak tengok tak cincin pilihan hati. :). Tak kira, kalau tak nak pun Dara nak tunjuk gak. :P


Tadaaa. Dah berangan and tak sabar nihhh.

Bff Dara cakap dia tak suka sebab cincin ni nampak besar dan design lama. Tapi apapun Dara suka sebab simple n classic. And harganya sangat berpatutan bagi Dara sebab harga asal RM1500 and dia kasi diskaun 50%. So dapatlah RM750. Ada 11 biji diamond kat situ. Kecil pun kecil la. Yang penting Dara suka. lalalallala

Panjang tak dara membebel. Panjang pun panjang la. 

Till next time.

































Bila si Dara Gabra

Pernah dengar perkataan gabra tak? Hehhehe. Mesti penah dengar kan. Perkataan seumpamanya ialah minah kalut. Dara ni jenis minah kalut. Kalau benda last minute, kalau benda banyak tak tau cepat sangat gelabah.

Anyway untuk elak Dara jadi bridezilla or crazy maniac, Dara dah start beli barang kahwin since 2009. Yer diulang skali lagi since 2009. Gelabah atau gedik nak kawin? Yang mana satu pun Dara tak tau. heheehheh. Anyway dalam kepala ni banyaknyer benda nak buat. Senarai To Do List pun semakin panjang. Start pun belum lagi, macam mana ni. Aghhhh, sudah kalut tak tentu pasal.

Jadi kepada yang membaca ni, macam mana nak elak jadi gabra, gelabah, kalut dan paranoid. Ada tips tak?

Thursday, December 1, 2011

Pengumuman Pengumuman Pengumuman!!!

Ehem ehem ehem. 

Tarik nafas panjang-panjang.....

Dara nak beritahu ni...

Dara nak kahwinnnnnnnnn dahhhhhh

Hahahhahahaha. Tetibe rasa gedik.

Pengumuman tamat