UDA & DARA
Uda dan dara adalah kisah pertemuan bermulanya detik-detik manis dalam kehidupan dua insan.Pertemuan bermula adalah tidak dirancang oleh mereka atau pun sesiapa.
Tanggal 25 April 2005 adalah tarikh penuh kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan kerana tarikh ini membawa seribu makna kepada Uda dan Dara.
Uda adalah seorang anggota tentera yang bertugas di kem Batu Ferigghi,Pulau Pinang manakala Dara adalah seorang penuntut di sebuah pusat pengajian di Pulau Pinang juga iaitu di Universiti Sains Malaysia(USM).
Suatu pagi, Uda bersama rakan-rakannya telah pergi ke bank Muamalat yang terletak di USM bagi tujuan mengeluarkan wang gaji.Setelah sampai dan ketika turun daripada truck Uda terlihat seorang gadis sedang jalan dekat area bank tu. Udaterus berkata “ amboi.. manis dan comel sungguh gadis tu..” kemudian Koperal Jasmi seniornya berkata “ ha!.. Tunggu apa lagi pergi dapatkan nombor telefon budak tu cepat, aku tak tau macammana mesti dapat”.Dengan pantas Uda terus cuba menghampiri gadis itu. “Awak-awak tunggu jap” Uda memanggil si Dara.Mujur la Dara dengar lalu berhenti dari jalannya yang pantas seperti mahu ke tandas. “Boleh saya minta nombor fon awak?”jelas Uda.Lantas Dara tersenyum dan berkata “ Ada pen?” Si Uda menggaru kepala “ Maaf, tak ada la awak ada?” Dara menjeling dengan penuh mesra, “kalau tak ada ingat la sendiri…013xxxxxxx.” Baru tiga langkah Uda bergerak dia sudah lupa nombor yang telah diberikan tadi,lalu berpatah balik kepada si Dara yang masih berada di situ lagi. “Maaf,saya terlupa la nombor tadi boleh ulang semula?” “013xxxxxxx…”Ulang si Dara.
Di bilik penginapan
Setelah sampai di kem, Uda terus menghubungi Dara bermula dengan pesanan ringkas(SMS) seterusnya perbualan.Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat tetapi hanya dalam telefon sahaja.Boleh dikatakan hampir setiap malam mereka berhubung sehingga tidak sedar diri dilamun cinta.
First time keluar sama….
“Huh!.. berdebar rasanya jantung ni macam nak gugur” Ujar Uda, maklumlah baru pertama kali nak keluar .Setibanya Uda di hentian bas berhadapan pintu pagar USM,kelihatan Dara sedang duduk sambil menutup dahinya dengan sehelai sapu tangan.Uda menjadi hairan,”kenapa tutup dahi tu?”…"malu la dahi saya berlubang…” jelas Dara.Uda kehairanan kerana menyangka Dara buat semua tu untuk control ayu tetapi setelah di tanya berulang kali rupa-rupanya si Dara baru saja sembuh dari demam campak,hu2 ….kelakar juga masa tu.
Kemudian kedua-duanya tertanya sesama sendiri ke mana hendak pergi,tanpa jawapan yang pasti terus naik bas pergi ke Perangin Mall.Lepas tu mereka pergi pula ke Bukit Jambul dan berlaku suatu perkara yang boleh dikatakan kelakar.Ketika melintas jalan Uda cuba memegang tangan Dara “Jangan la” jerit Dara…"alamak malunya aku”kata Uda .Tetapi Uda hanya bersahaja tanpa menghiraukan orang sekeliling,control macho la tu haha…..
Manis….
Pergi mandi air terjun kat Chiling. Uda pergi dengan Dara dan kawannya. Hmmmm….memang seronok sebab kene redah air,jalan kaki dan belukar baru sampai ..Kelakar la bila tengok Dara tergelincir dan jatuh dalam air,mana tak nye semangat besar tapi orangnye kecil.Dekat Situ dapat la makan makanan yang dibawa tapi tak tau sape masak. Dara kot tapi dia xtau masak,huhu…..lagi satu masa kat KFC Komtar, mula-mula Dara nak cakap I love U pada Uda,memang tak boleh lupa.Bukan apa, Dara malu sampai tak boleh nak cakap.Senyum, tunduk macam nak kene pinang lak…
Uda dan Dara memang boleh dikatakan pasangan bahagia, mana tidaknya bulan puasa pun pergi panjat bukit semata-mata nak tengok tinggalan sejarah kat muzium perang.Kat situ mereka berjalan, memanjat dan paling best kne merangkak dalam terowong.Hahaha... dah jadi macam biawak lak.
Ada yang paling manis,masa dekat PISA, masa tu ada jualan alatan computer.Uda dan Dara jalan turun tangga,wahhh… Dara bukan main control ayu lagi.Tiba-tiba Dara jatuh dan terduduk atas tangga,apa lagi Uda pun cepat-cepat angkat dan bawa Dara keluar dari situ…Sampai kat luar apa yang jadi,Uda ketawa terbahak-bahak macam tengok cite Mr Bean.Hahahaha…….Dara pun marah-marah manje tapi memang kelakar giler…
Percintaan Uda dan Dara memang gile,ada ke patut beli roti Gardinier semata-mata nak bagi biawak makan..Kisahnya bila mereka tak tau nak g jalan-jalan kat mana si Dara ajak Uda duduk dekat taman tasik yang ada kat USM, kemudian Dara meminta roti yang dibeli tadi “bak sini roti tu”minta si Dara.Uda kehairanan “mana ada ikan kat sini nak bagi makan apa?”…Dara Cuma tersenyum dan terus melempar roti ke dalam air.”Laaa…bagi makan biawak ke,awak nak jadi penternak biawak Berjaya ke?..hahahaha….Uda ketawa sampai keluar air mata.Hmmmm… memang gile.
Tak berapa manis….
Memang dah jadi lumrah percintaan ada suka ada duka kalau takde semua tu memang tak seronok bercinta.Haaaa…Dara ni memang manje dan suka merajuk, pernah satu masa dia merajuk selama sebulan sampai Uda pening kepala nak pikir ayat-ayat yang boleh sejukkan hati Dara ni. Jadi Uda pun apa lagi pujuk la walaupun si Uda ni memang tak tau bab pujuk memujuk ni,maklum la kalau tak pujuk buah hati pengarang jantung tak namernyer pakwe makwe. Tapi bila di pujuk makin menjadi-jadi pulak si Dara ni.
Masa di Kuala Lumpur Dara demam dan terlantar di rumah, si Uda memang susah hati dan kebetulan cuti hujung minggu Uda terus pergi ke rumah sewa Dara.Apabila sampai, Uda berasa sedih kerana tiada siapa pun yang pedulikan Dara. Lalu Uda pun pergi ke kedai mambeli ubat untuk Dara.
Tetapi nak buat camne, Dara takut untuk makan ubat.Hmmmm…..lantas Uda pun terfikir masa kecilnya dulu ketika demam, ibunya menggunakan daun betik nak sejukkan badan.Uda terus pergi ke tempat meletak kereta dan dapatkan daun betik. “Meh kat sini saya nak jampi awak sampai baik”kata Uda.Dara hairan dengan kata-kata Uda tadi,Agaknya yang bermain di fikiran Dara “Pandai ke Uda nak jampi ni”…masa yang sama Uda tersenyum kerana dia bukan nak jampi. Cuma nak sapukan air yang di rendam daun betik tadi kat kepala Dara saja.
Harapan….
Tahun ini sudah 5 tahun usia percintaan Uda dan Dara,segala suka duka telah mereka harungi bersama untuk menyubur dan mengekalkan harapan mereka.Selepas Dara habis belajar Uda menaruh impian untuk menyunting Dara sebagai permaisuri hatinya. Besar la harapan agar semua pembaca dapat mendoakan kebahagiaan mereka untuk kekal bahagia dan meneruskan kisah Uda dan Dara sebagai Pak Uda dan Mak Dara…..
Pstt: Nak baca cerita si Dara? Baca kat sini http://kisahudadandara.blogspot.com/2010/11/our-true-love-story-version-si-dara.html
Nota kaki: Dara postkan untuk Uda. Uda takder blog sendiri
semoga jodoh berpanjangan & kekal bahagia..aminn
ReplyDeleteTerima kasih Ummisofea. Nanti saya beritahu Uda ye
ReplyDelete