Thursday, November 11, 2010

Our True Love Story (Versi Si Dara)

25 April 2005, USM Minden  

Dara jalan laju. Dara bangun lambat selalu. Dara mahu pergi kelas Jerman. Hujung minggu ada exam Grundstufe eins. Kalau lulus, boleh Dara cakap Jerman macam P.Ramlee dalam cerita Masam Masam Manis tu.  

Sampai di roundabout Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Dara nampak truck 3 tan askar lalu. Dara jelling dengan ekor mata (sambil maintain ayu). Mana tau nampak abang askar yang macam hero melayu.

Dara suka 'cuci mata' tetapi tak minat bercinta. Konon-konon menghargai ciptaan Yang Esa. (hakikatnya Dara miang tak hengat dunia) . Dara tak pandang lama-lama. Cukuplah pandang sekilas mata.

Selalunya Dara ikut jalan depan bank Muamalat tetapi hari ni Dara amik jalan belakang. Dari ekor mata (eh bukan kata tak pandang lama-lama ke), Dara nampak truck askar berhenti. "Oh, Dara, Cukuplah. Kelas sedang menanti". Dara hayun lagi kaki. Kelas dah mula tetapi masih nak jalan lenggang kangkung lagi.

Sampai dekat Pusat Bahasa, Dara dengar sayup-sayup memanggil, “Awak, awak. Tunggu Kejap”. ‘Sudah!’. Getus Dara dalam hati. ‘Mamat mana nak kacau aku ni’. Dara hayun kaki , pura-pura pekak. Tetapi sebab kaki Dara pendek jadi Dara kalah lumba jalan kaki. Kalau dah jarak sedepa, takkan nak pura-pura lagi. Dara paling muka.


Zrupppppp. Terasa darah naik kat muka. Depan Dara, abang askar pakai baju loreng, badan ala model, jalan atas pentas peraga. Dari mata turun ke hati. Dara memang lemah kalau nampak jejaka tegap macam hero malaya. Mau tak tidur malam terkenang dia.

Abang askar sampai depan Dara. Dara buat muka blur tetapi dalam hati serba tak kena. “Awak, saya nak minta no telefon awak boleh.?” Tanya dia. “Boleh 013xxxxxx.” Spontan Dara bocor rahsia. Selalunya Dara tak layan permintaan orang usha macam kaki lepak kat Pasar Selasa. Tapi hari tu terbuka hati nak layan si jejaka. Tuah nasib badan dia.

 
“Ada pen dengan kertas tak, saya tak bawa.” Sengih abang askar. “Takde. Kalau nak, ingatlah sendiri.” Dara senyum lagi. Senyum jadi tak jadi. Abang askar garu kepala berkali-kali. “Boleh sebut lagi sekali tak?” Dara cakap lagi sekali lepas tu terus lari. Konon-konon bajet ayu, abang askar maintain macho lagi.


Camtulah Uda&Dara jumpa.



First Date, Prangin Mall dan Bukit Jambul


Lepas beri no tepon pada Uda (nama abang askar dah upgrade), kami tak jumpa lagi. Cuma gayut kat handphone setiap hari. Lepas cuti sem 3 bulan, baru Dara balik Penang sambung study. Uda ajak jumpa untuk kenali diri. Waktu tu Dara baru baik demam campak macam Perdana Menteri. Aiseh, Dara sudah tidak comel lagi.

Dara jumpa Uda dekat Pintu Guard USM Sungai Dua. Sebab baru kali kedua jumpa jadi tak biasa. Tanya nak pergi mana, dua-dua geleng kepala. Last2, naik bas pergi Prangin Mall, tempat student biasa bersuka ria. Lepas gi Prangin Mall, Uda ajak jalan ke Bukit Jambul. Dua-dua blur tak tau nak buat apa. Malu-malu tapi suka.


Jalan di Bukit Jambul sibuk. Waktu lintas jalan Uda pegang tangan Dara. Nak tau jadi apa? Dara jerit “Janganlah” sambil sentap tangannya. (Hahaha, terasa satu dunia berhenti seketika). Mana Dara tau. Automatic reaction katanya. Tak pernah lelaki pegang tangan Dara. Dara jalan tunduk muka. Malu sebab takut orang ingat dia perempuan gila.


Lepas hari tu Uda dan Dara masih berjumpa, lebih kurang enam bulan kawan, baru serius bercinta. Kalau tanya Uda&Dara tarikh keramat lafaz status kekasih, dua-dua angkat bahu. Sebab dua-dua kali pertama bercinta, jadi agak "buta" adat bercinta.



Yang Manis

Petaling Street, Kuala Lumpur


Masa ini Uda dan Dara dah bercinta dua tahun. Ada suka, ada duka. Gaduh-gaduh seperti biasa. Manja-manja lagilah setiap masa.


Uda perajuit yang bertugas di utara. Lepas belajar Dara bekerja di ibu kota. Hanya sekali sekala jumpa.


Dara suka jalan-jalan, Tengok ragam orang katanya. Dara ajak jalan di Jalan Petaling. Tengok barang-barang, tengok makanan, tengok buah-buahan dan tengok bunga. Dalam hati Dara, alangkah indah kalau dapat sekuntum dua. Dara jelling kat Uda. Uda diam seribu bahasa. Uda macam tak faham signal yang Dara beri kat dia.


Jalan Petaling ada kedai buku Popular di situ. Dara cakap mahu cari buku. (Sebenarnya dalam hati berharap aku keluar nanti moga- moga dapat bunga satu).Dara memang hantu tang baca buku. Kalau dah masuk memang tak kuar seminggu. Sebab itu Uda cemburu. Uda berlalu pun Dara buat tak tahu.


Bila Dara keluar, Uda dah tunggu depan pintu. Senyuman Uda semanis gula batu. Dalam tangan ada sekuntum bunga yang buat Dara terharu. Dara senyum kerana sudah ada taman mekar di kalbu. Dapat juga bunga buat peneman rindu.


Tapi yang paling Dara tak pernah lupa, Dara kena usung bunga tu. Naik Lrt, jalan kaki, dari pagi sampai malam. Sebab Uda dan Dara tak bawa kereta. Terpaksalah Dara tebalkan muka. Naik LRT sesak macam sardin. Dara sanggup tersepit asal bunga tak terkepit. Tapi dalam hati Dara jerit-jerit. Dara senyum sampai senget.






Yang Tak Berapa Manis
Nilai , Seremban

Uda cakap mahu rasa masakan ayam masak rendang Dara. Dara pun setuju saja. Dara tahu dia perlu bersedia. Bak kata ucapan dalam video
CST Production “kalau nak jaga suami, jagalah sejengkal atas pusat dan jagalah sejengkal bawah pusat.” Of courselah Dara nak Uda jadi suami dia.

Dara zaman dahulu kala adalah wanita melayu terakhir. Dara dalam cerita ini juga wanita melayu terakhir (on reverse side-maknanya bab kat dapur apa tak tau). Dara gadis moden yang mementingkan pelajaran (hihihi, macam masuk bakul angkat sendiri) tetapi fail tahap cipan dalam bab rumah tangga.


Tapi sebab tak nak hampakan perasaan si Uda, Dara sibuk buka buku resipi, baca mesra.net macam nak masuk periksa. Call ibu untuk tanya resipi pusaka. Semua Dara buat sebab nak masakkan untuk si Uda.


Bila Uda turun KL, Uda bawa Dara pergi Nilai, rumah kakaknya. Kata nak masak sama-sama. Untuk pengetahuan semua, sebelum jadi perajuit, Uda pernah jadi tukang masak. Konpem la terer masak. Gasak la. Yang penting, Dara masih nak cuba.


Dara sediakan bahan. Sungguh-sungguh Dara kat dapur walau tak reti. Dah siap semua bahan, tumis semua jintan, Dara mau masukkan ayam perlahan-lahan.


Tiba-tiba Uda datang periksa. “ Eh ayam ini awak dah bersihkan betul2. Ni kenapa ayam ni masih tak bersih ni?” Dara blur. “Ada ker?” “Ni kat kepak dia ni kan ada sikit2. Awak ni itu pun tak reti.” Uda gelak kuat-kuat. Kakak Uda pandang Dara sambil cover senyum. Makin la Dara jadi serabut


Dara jadi sayu. Dara dah bilang bab rumahtangga Dara memang tak tahu. Dara duduk asrama selepas sekolah rendah hingga ke universiti dulu. (Alasan jer tu. Ramai jer kawan Dara yang pandai masak) Dara akui Dara tak pandai bab ini. Sebab tu walau tak reti Dara cuba gagahkan diri. Tak salah Uda nak tegur. Dara hargainya. Tapi kalau Uda nak tegur, Uda tegur la baik-baik. Jangan ketawakan Dara macam tu, Depan bakal kakak ipar pulak tu.


Uda masih gelak. Mengilai macam Pontianak hilang anak. Dara tak tahan lari masuk bilik, kunci selak. Nangis sepuas hati. Nangis sampai lena. Ayam masak rendang jadi cerita lama.


Tiba-tiba pintu diketuk. Kakak Uda kejut Dara. “Dara, jomlah makan. Uda dah siap masuk tu.”. Dara bangun terpinga-pinga. “Ha, dah siap masak ker”. Dara keluar duduk makan , duduk dengan muka selamba. Rupanya Uda masak sedappp. :)



Yang lagi tak berapa manis


Ingat tak Dara kata Uda perajuit negara. Bukan Dara tak suka. Dara suka. Uda buat kerja mulia. Berkorban demi bangsa dan negara. Cuma kadang-kadang Dara terluka. Sebab sebagai perajuit, negaralah yang paling utama.


Dah banyak kali Dara jadi mangsa. Uda dan Dara jarang jumpa. Kalau nasib baik 3 bulan sekali, kalau tak mahu enam bulan baru jumpa. Bila dah jumpa mestilah nak habiskan masa bersama. Tetapi waktu tu lah ada anasir ketiga. Kalau dipanggil untuk urusan paduka baginda memang Dara kalah belaka. Debat macam mana pun Uda tinggalkan Dara juga. Bercinta dengan Uda, Dara pun kena berkorban sama. Selalu menjeruk rasa.


Tetapi Dara pernah tengok satu video yang buat Dara sanggup harung semuanya. Sebab itu yang buat Dara semakin jatuh cinta. Pembaca pun nak tengok juga ker? Dara letak link untuk kongsi rasa.


http://www.youtube.com/watch?v=HeO1qvV0oyE&feature=related

Dah tengok dah? Sedih kan.


Sebab tu, kalauUda masuk hutan/bertugas luar kawasan berbulan-bulan, Dara akan tulis surat cintan buat bekalan. Surat tu mesti ikut hari bulan. Dara buat sebagai pengganti diri. Dara tak nak Uda sunyi dan sepi. Dara  mesti nak buat ibarat Dara cakap dengan Uda hari-hari.



Tahun ini, Uda dan Dara dah 5 tahun bercinta, Insya-Allah, lepas habis belajar (kan Dara cakap, Dara pentingkan pelajaran. Dara tak tipu.), Uda dan Dara mau tukar cerita. Dari Uda dan Dara mahu menjadi Pak Uda dan Mak Dara. Harap-harap pembaca doakanlah ya.

Dara pun doa moga kisah cinta Uda dan Dara dapat ditonton semua. Dara mahu ia jadi kebal (immortal) macam dalam Sonnet 18 nukilan Shakespeare.


When in eternal lines to time thou growest:

So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee

 


Pstt: Uda cakap dia nak tulis juga. Nanti Dara post catatan dia ya.

14.11.2010: Yeayy Uda dah post entry. 
http://kisahudadandara.blogspot.com/2010/11/our-true-love-story-versi-si-uda.html  

10 comments:

  1. Uda dia seribu bahasa = Uda 'diam' seribu bahasa (patut tambah diam?)

    anything else its entertaining.
    makes me laugh and sengih sorang cos aku leh bayangkan ko cam tuh.

    wish u all the best babe!

    ReplyDelete
  2. belum baca habis lagi! baru tgk ni at office...but i will try to revise in my blog. can i???? hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Aznah.....sangat sweet.. kenapa tak tambah bab yang paling sedih, in the end happy balik... baru drama...

    ReplyDelete
  4. Emmy: Thank you thank you so much
    Dayah: Dah buat penambahbaikan dah. Tqqqq
    Kak Liza: nak tambah lagi tapi takut orang bosan panjang sangat

    ReplyDelete
  5. Alamak... Touching lar pulak. Nak comment apa pon tak tau. But, really happy reading. Best2...

    ReplyDelete
  6. Thanks Eka banyak2 for ur comment. thank u for ur support too

    ReplyDelete
  7. salam dara,

    ministry of moment pun tgh buat contest. winner gets a photography package worth RM2,000. Jemput join ya? Contest di blog roe :)

    anyway, all the best with the CST contest ;)

    ReplyDelete
  8. nYomel: Everyone has their own love story.

    Lovelyadibah: Waktu tulis tu tak rasa comel. Menitis-nitis air mata yang jiwang. Kui kui kui

    roe233: Thanks roe. Dah post dah entry

    ReplyDelete

Pembaca mahu bersuara