Thursday, November 18, 2010

Uda First Time Di Kampung Dara

Dara kat kampung ni. Sebab cuti raya haji. Dara nak sangat update blog ni. Tapi sebab internet slow sangat macam waktu Dara tunggu menteri. Niat nak update asyik terhenti. Bila dah boring-boring macam ini, Dara sibuk la imbas kembali. Kenangan Uda waktu datang sini.


First time bawa Uda balik kampung memang nebes gile. Al-maklumlah dulu waktu sekolah ayah Dara garang. Ibu Dara lagi macam singa. Mana boleh ada orang call rumah. Mana boleh pakwe datang rumah. Seingat Dara waktu sekolah, beg asyik kena sportcheck jer. Takut nak bercinta oooo. Jadi isu lain jantina melawat teratak kami memang tak pernah timbul.


Dara lemah bab ingat tarikh-tarikh ni. Selalunya Uda yang ingat. Nanti Dara tanya dia bila first time dia datang rumah yer.


Nak jadikan citer Si Uda ni budak tak reti duduk diam. Bila datang tidur kat rumah dua tiga hari jadi buntu nak buat apa. Ada satu malam tu, Dara tengah lipat baju, (mesti tunjuk rajin depan bakal suami. Tihihihihi) Dara bual sama ibu Dara. Tiba-tiba ada orang mengesot kat tepi (Kalau nak tahu uda ni malu-malu kucing). Dara tengok muka Uda. "Nak apa?". Dara bisik. " Tak de aper." Dan dan waktu tu Uda tarik baju lipat sekali. Sekali Uda lipat lagi berseni. Ibu Dara senyum tunjuk gigi.


Dara agak ibu Dara cakap dalam hati, "Bagus. Rajin boleh buat jadi menantu." Takpun "Eleh nak tunjuk rajin la tu." Apa pun. Dara cukup puas hati. Ibu dara dah kasi green light. Ibu Dara ni jenis terus terang. Tak suka memang dia cakap terang bederang. Takder cover line nyer. So bila dia senyum maknanya Uda lulus la tu.


Pasal ayah Dara, Dara dah sound Uda awal2. Kalau tak reti berbual cakap jer pasal politik. Confirm citer sampai awal pagi. Nampaknya taktik menjadi. Tihihihihih. Dara gelak lagi.


Tapi yang tak bestnya, Ibu dan ayah Dara tidur awal. Jadi kami berdua pun tidur awal la. Pukul 9 tu. Tengah Dara golek-golek berangan tiba-tiba mesej berbunyi. Tit tit. "Awak dah tidur ke?". Uda mesej Dara. Dara mesej balik. "Belum, awak dah ker?". Last2 kami mesej sampai pagi. Mesti Celcom happy dapat pelanggan macam ini. Bilik kat sebelah pun main mesej lagi. Hihihihihih.


Dara ingat kalau kredit abis la malam tu, mau kami main pass2 surat bawah pintu. Hihihihihihi. (Tiba-tiba Dara rasa gedik.)


Okey la. Tak mau tulis panjang-panjang. Internet kat sini kejap on kejap off. Next entry Dara nak citer kisah Dara jadi Drama Queen. Hihihihhii.

4 comments:

  1. hehehe... so sweet.. bilik sebelah2 pun mesej2..

    pandainya Uda ambil hati. baru first time dtg dh dpt green light! patut la Dara hepi.. :)

    ReplyDelete
  2. Nyomel,

    Sebenarnya kami bercinta secara rahsia selama 2 tahun. Sebab takut nak beritahu parents.

    So bila bawak tu sebenarnya dua2 dah bersedia habis la. Semua citer dah perangai parents dah ditaklimatkan kepada Uda. Hihihihihihi.

    So sebenarnya Dara ngelat jugak la. Dah buat back up dulu dengan Along dan adik beradik lain. :)

    ReplyDelete
  3. hoh...dia tido sebilik ngan abang ipar dia...!!!itu saya ingat...

    ReplyDelete
  4. Incik Azam: Hohohoh. Harap2 tidur tak terganggu dengan vibrate tepon

    ReplyDelete

Pembaca mahu bersuara