Saturday, November 27, 2010

Ministry of Moment : Just Click Contest

Hi U all,

Ok. Dara rasa Dara macam dah gila contest. Huhuhuhu. Dara dapat tahu pasal contest ni from Roe, one of the reader. Then, abang Dara pun alert Dara juga. Well, maybe i just try my luck la. Who knows i'm lucky this time. Tihihihihi.Seriesly saper tak nak photoshoot free.


Ok. Y do i like this pic so much? Sebabnya bila tengok gambar ni the only thing that came up to my mind is everyone else doesn't matter.

Tak kira la saper yang lalu, tak kira la aper orang buat di sekeliling kita bila hati bersatu only u and i matter. Macam dunia ini kita yang punya. The moment is only ours. (Awat bunyi jiwang sangat ni. hihihihihi).

But truth to be told, Dara selalu ada moment ni dengan Uda. Usually, bila kami bertentang muka bila dah lama tak jumpa. Moment dia turun dari bas, moment dia tunggu tepi jalan dekat bus stand Pudu, semua jadi jelas, nyata and so vivid. Walau seramai orang mana pun, i can pick him out from hundreds of people kat Pudu tu. He stands out like nobody else. (maybe salah satu alasan ialah dia tinggi as compare aku yang cenonet ni). Senyuman dia dari jauh pun boleh nampak.

Bila Uda nak balik pun kami berdua ader moment ni. Moment ala Bollywood confirm datang.Paling poyo Dara la. Bila tunggu bas nak berlepas, Uda selalu duduk tepi tingkap, Dara diri tepi bas.

Moment tu dimulakan dengan Uda babai Dara. Dara babai Uda balik. Then continue dengan berbalas flying kiss, buat sign i love you la apa lah. (Dara rasa orang sekeliling mesti menyampah.) Dah tak kira malu dah. Rasanya Abang lala a.k.a Bangla belakang Uda confirm ingat Dara flying kiss dia. Kemudian adegan Bollywood ini diakhiri dengan linangan air mata. Nak-nak kalau Uda lepas tu kena gi operasi. Mulalah otak meroyan Dara ini fikir bukan-bukan. So korang bayangkan la, kat tengah-tengah dunia dengan bas lalu lalang, dengan orang lalu lalang, Dara slamber nangis tak hengat dunia. Uda? Dia pun nangis skali. Hahhaha. Punyalah tak malu.

Again waktu ini lah, everyone else doesn't matter. Yang penting is to spend another second, another moment with Si Dia. :). Oh Gosh, i miss him so much now. En Uda, bila nak datang sinii......


Konklusinya, among 200 pictures in the album folder, i heart this. Heart this forever. 

I think you guys pun ada this moment juga kan. Moment dengan family waktu nangis-nangis minta maaf di pagi raya, moment dengan kawan-kawan asrama waktu hari terakhir berpisah, moment dengan cikgu waktu lulus cemerlang dalam PMR dan SPM. Waktu ini kalau bah sekalipun, korang tak heran. The moment that matter.


Ok, siapa-siapa yang nak join, simply go to this link.


To those of you yang tak familiar dengan MOM ini, they are the official photographer of Umi Aida. Kerja diorang memang tip top. Kalau ada grade A++++, confirm Dara kasi grade ni. Picture MOM ada story, moment diorang ade makne. Selalunya Dara rasa syahdu kalau tengok gambar diorang. Memang tak syak lagi, korang memang class.



Last but not least, nak share gambar ini. Gambar ini dulu my brother Azam Arshad, Redza Ridzuan and Khairil Zakaria ambil. So bayangkan la, si Uda cover macho depan the only future Brother-in-Law. Mahu tak ketaq kaki. Harap-harap dapat la ambil gambar macam ini dengan Ministry of Moment.

Tengok kau, aku gelak tak ingat dunia.




 Next, my long overdue Drama Queen post. :)

Thursday, November 18, 2010

Uda First Time Di Kampung Dara

Dara kat kampung ni. Sebab cuti raya haji. Dara nak sangat update blog ni. Tapi sebab internet slow sangat macam waktu Dara tunggu menteri. Niat nak update asyik terhenti. Bila dah boring-boring macam ini, Dara sibuk la imbas kembali. Kenangan Uda waktu datang sini.


First time bawa Uda balik kampung memang nebes gile. Al-maklumlah dulu waktu sekolah ayah Dara garang. Ibu Dara lagi macam singa. Mana boleh ada orang call rumah. Mana boleh pakwe datang rumah. Seingat Dara waktu sekolah, beg asyik kena sportcheck jer. Takut nak bercinta oooo. Jadi isu lain jantina melawat teratak kami memang tak pernah timbul.


Dara lemah bab ingat tarikh-tarikh ni. Selalunya Uda yang ingat. Nanti Dara tanya dia bila first time dia datang rumah yer.


Nak jadikan citer Si Uda ni budak tak reti duduk diam. Bila datang tidur kat rumah dua tiga hari jadi buntu nak buat apa. Ada satu malam tu, Dara tengah lipat baju, (mesti tunjuk rajin depan bakal suami. Tihihihihi) Dara bual sama ibu Dara. Tiba-tiba ada orang mengesot kat tepi (Kalau nak tahu uda ni malu-malu kucing). Dara tengok muka Uda. "Nak apa?". Dara bisik. " Tak de aper." Dan dan waktu tu Uda tarik baju lipat sekali. Sekali Uda lipat lagi berseni. Ibu Dara senyum tunjuk gigi.


Dara agak ibu Dara cakap dalam hati, "Bagus. Rajin boleh buat jadi menantu." Takpun "Eleh nak tunjuk rajin la tu." Apa pun. Dara cukup puas hati. Ibu dara dah kasi green light. Ibu Dara ni jenis terus terang. Tak suka memang dia cakap terang bederang. Takder cover line nyer. So bila dia senyum maknanya Uda lulus la tu.


Pasal ayah Dara, Dara dah sound Uda awal2. Kalau tak reti berbual cakap jer pasal politik. Confirm citer sampai awal pagi. Nampaknya taktik menjadi. Tihihihihih. Dara gelak lagi.


Tapi yang tak bestnya, Ibu dan ayah Dara tidur awal. Jadi kami berdua pun tidur awal la. Pukul 9 tu. Tengah Dara golek-golek berangan tiba-tiba mesej berbunyi. Tit tit. "Awak dah tidur ke?". Uda mesej Dara. Dara mesej balik. "Belum, awak dah ker?". Last2 kami mesej sampai pagi. Mesti Celcom happy dapat pelanggan macam ini. Bilik kat sebelah pun main mesej lagi. Hihihihihih.


Dara ingat kalau kredit abis la malam tu, mau kami main pass2 surat bawah pintu. Hihihihihihi. (Tiba-tiba Dara rasa gedik.)


Okey la. Tak mau tulis panjang-panjang. Internet kat sini kejap on kejap off. Next entry Dara nak citer kisah Dara jadi Drama Queen. Hihihihhii.

Saturday, November 13, 2010

A trip to Pasar

Dara suka sangat pergi pasar malam. Dara pun tak tau kenapa. Maybe sebab ramai orang, ramai makanan. Dua benda yang Dara paling suka. Hari tu Dara pergi pasar dengan Uda. Lagi la bertambah-tambah suka. :) (Mode gatal Dara dah nak "on").

Anyway Uda & Dara jalan-jalan sampai ke bahagian pasar basah. Uda nak beli bahan masakan sikit untuk bawak balik rumah kakaknya.Uda cakap dengan Dara. "Pergi ambilkan sawi sikit untuk saya." Segenggam cukup ler.

Dara ambil hulur ke Uda. Uda tengok Dara, tengok lagi sekali terus ketawa. Dara, Dara.

Korang nak tau kenapa Uda ketawa. Sebab Dara kasi...


"Ini Kailan la Dara....".Uda sambung ketawa.

Dara pun tutup muka.

Friday, November 12, 2010

Our True Love Story (Versi Si Uda)



UDA & DARA

Uda dan dara adalah kisah pertemuan bermulanya detik-detik manis dalam kehidupan dua insan.Pertemuan bermula adalah tidak dirancang oleh mereka atau pun sesiapa.


Tanggal 25 April 2005 adalah tarikh penuh kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan kerana tarikh ini membawa seribu makna kepada Uda dan Dara.

Uda adalah seorang anggota tentera yang bertugas di kem Batu Ferigghi,Pulau Pinang manakala Dara adalah seorang penuntut di sebuah pusat pengajian di Pulau Pinang juga iaitu di Universiti Sains Malaysia(USM).

Suatu pagi, Uda bersama rakan-rakannya telah pergi ke bank Muamalat yang terletak di USM bagi tujuan mengeluarkan wang gaji.Setelah sampai dan ketika turun daripada truck Uda terlihat seorang gadis sedang jalan dekat area bank tu. Udaterus berkata “ amboi.. manis dan comel sungguh gadis tu..” kemudian Koperal Jasmi seniornya berkata “ ha!.. Tunggu apa lagi pergi dapatkan nombor telefon budak tu cepat, aku tak tau macammana mesti dapat”.Dengan pantas Uda terus cuba menghampiri gadis itu. “Awak-awak tunggu jap” Uda memanggil si Dara.Mujur la Dara dengar lalu berhenti dari jalannya yang pantas seperti mahu ke tandas. “Boleh saya minta nombor fon awak?”jelas Uda.Lantas Dara tersenyum dan berkata “ Ada pen?” Si Uda menggaru kepala “ Maaf, tak ada la awak ada?” Dara menjeling dengan penuh mesra, “kalau tak ada ingat la sendiri…013xxxxxxx.” Baru tiga langkah Uda bergerak dia sudah lupa nombor yang telah diberikan tadi,lalu berpatah balik kepada si Dara yang masih berada di situ lagi. “Maaf,saya terlupa la nombor tadi boleh ulang semula?” “013xxxxxxx…”Ulang si Dara.

Di bilik penginapan

Setelah sampai di kem, Uda terus menghubungi Dara bermula dengan pesanan ringkas(SMS) seterusnya perbualan.Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat tetapi hanya dalam telefon sahaja.Boleh dikatakan hampir setiap malam mereka berhubung sehingga tidak sedar diri dilamun cinta.

 

First time keluar sama….

“Huh!.. berdebar rasanya jantung ni macam nak gugur” Ujar Uda, maklumlah baru pertama kali nak keluar .Setibanya Uda di hentian bas berhadapan pintu pagar USM,kelihatan Dara sedang duduk sambil menutup dahinya dengan sehelai sapu tangan.Uda menjadi hairan,”kenapa tutup dahi tu?”…"malu la dahi saya berlubang…” jelas Dara.Uda kehairanan kerana menyangka Dara buat semua tu untuk control ayu tetapi setelah di tanya berulang kali rupa-rupanya si Dara baru saja sembuh dari demam campak,hu2 ….kelakar juga masa tu.

Kemudian kedua-duanya tertanya sesama sendiri ke mana hendak pergi,tanpa jawapan yang pasti terus naik bas pergi ke Perangin Mall.Lepas tu mereka pergi pula ke Bukit Jambul dan berlaku suatu perkara yang boleh dikatakan kelakar.Ketika melintas jalan Uda cuba memegang tangan Dara “Jangan la” jerit Dara…"alamak malunya aku”kata Uda .Tetapi Uda hanya bersahaja tanpa menghiraukan orang sekeliling,control macho la tu haha…..

Manis…. 

 
Pergi mandi air terjun kat Chiling. Uda pergi dengan Dara dan kawannya. Hmmmm….memang seronok sebab kene redah air,jalan kaki dan belukar baru sampai ..Kelakar la bila tengok Dara tergelincir dan jatuh dalam air,mana tak nye semangat besar tapi orangnye kecil.Dekat Situ dapat la makan makanan yang dibawa tapi tak tau sape masak. Dara kot tapi dia xtau masak,huhu…..lagi satu masa kat KFC Komtar, mula-mula Dara nak cakap I love U pada Uda,memang tak boleh lupa.Bukan apa, Dara malu sampai tak boleh nak cakap.Senyum, tunduk macam nak kene pinang lak…


Uda dan Dara memang boleh dikatakan pasangan bahagia, mana tidaknya bulan puasa pun pergi panjat bukit semata-mata nak tengok tinggalan sejarah kat muzium perang.Kat situ mereka berjalan, memanjat dan paling best kne merangkak dalam terowong.Hahaha... dah jadi macam biawak lak.

Ada yang paling manis,masa dekat PISA, masa tu ada jualan alatan computer.Uda dan Dara jalan turun tangga,wahhh… Dara bukan main control ayu lagi.Tiba-tiba Dara jatuh dan terduduk atas tangga,apa lagi Uda pun cepat-cepat angkat dan bawa Dara keluar dari situ…Sampai kat luar apa yang jadi,Uda ketawa terbahak-bahak macam tengok cite Mr Bean.Hahahaha…….Dara pun marah-marah manje tapi memang kelakar giler…


Percintaan Uda dan Dara memang gile,ada ke patut beli roti Gardinier semata-mata nak bagi biawak makan..Kisahnya bila mereka tak tau nak g jalan-jalan kat mana si Dara ajak Uda duduk dekat taman tasik yang ada kat USM, kemudian Dara meminta roti yang dibeli tadi “bak sini roti tu”minta si Dara.Uda kehairanan “mana ada ikan kat sini nak bagi makan apa?”…Dara Cuma tersenyum dan terus melempar roti ke dalam air.”Laaa…bagi makan biawak ke,awak nak jadi penternak biawak Berjaya ke?..hahahaha….Uda ketawa sampai keluar air mata.Hmmmm… memang gile.



Tak berapa manis….


Memang dah jadi lumrah percintaan ada suka ada duka kalau takde semua tu memang tak seronok bercinta.Haaaa…Dara ni memang manje dan suka merajuk, pernah satu masa dia merajuk selama sebulan sampai Uda pening kepala nak pikir ayat-ayat yang boleh sejukkan hati Dara ni. Jadi Uda pun apa lagi pujuk la walaupun si Uda ni memang tak tau bab pujuk memujuk ni,maklum la kalau tak pujuk buah hati pengarang jantung tak namernyer pakwe makwe. Tapi bila di pujuk makin menjadi-jadi pulak si Dara ni.

Masa di Kuala Lumpur Dara demam dan terlantar di rumah, si Uda memang susah hati dan kebetulan cuti hujung minggu Uda terus pergi ke rumah sewa Dara.Apabila sampai, Uda berasa sedih kerana tiada siapa pun yang pedulikan Dara. Lalu Uda pun pergi ke kedai mambeli ubat untuk Dara. 


Tetapi nak buat camne, Dara takut untuk makan ubat.Hmmmm…..lantas Uda pun terfikir masa kecilnya dulu ketika demam, ibunya menggunakan daun betik nak sejukkan badan.Uda terus pergi ke tempat meletak kereta dan dapatkan daun betik. “Meh kat sini saya nak jampi awak sampai baik”kata Uda.Dara hairan dengan kata-kata Uda tadi,Agaknya yang bermain di fikiran Dara “Pandai ke Uda nak jampi ni”…masa yang sama Uda tersenyum kerana dia bukan nak jampi. Cuma nak sapukan air yang di rendam daun betik tadi kat kepala Dara saja.

Harapan….


Tahun ini sudah 5 tahun usia percintaan Uda dan Dara,segala suka duka telah mereka harungi bersama untuk menyubur dan mengekalkan harapan mereka.Selepas Dara habis belajar Uda menaruh impian untuk menyunting Dara sebagai permaisuri hatinya. Besar la harapan agar semua pembaca dapat mendoakan kebahagiaan mereka untuk kekal bahagia dan meneruskan kisah Uda dan Dara sebagai Pak Uda dan Mak Dara…..

Pstt: Nak baca cerita si Dara? Baca kat sini http://kisahudadandara.blogspot.com/2010/11/our-true-love-story-version-si-dara.html




Nota kaki: Dara postkan untuk Uda. Uda takder blog sendiri

Thursday, November 11, 2010

Our True Story Progress

Dara beritahu Uda pasal contest dari CST. Excited Dara cerita macam orang baru dapat loteri. Dara ajak Uda join sekali. Kalau menang sebab dua-dua berusaha sendiri. Uda cakap dalam telefon, Uda tak reti. Menulis bukan hobi diri.  


Dara cakap takper. Kita cuba. Paling tidak pun kita dah kongsi ceriter.


Semalam Dara call Uda. Uda cakap jangan kacau. Dia sedang menulis entry. Dara senyum indah sekali. Uda cakap seronok juga menulis ini. Uda mula imbas cerita kisah kami. Sedar tak sedar Dara menitis air mata. Banyaknya kenangan kami.


Tak sabar nak baca entry. Pembaca pun mesti tak sabar kan. Nanti Dara upload entry ya.


Terima kasih CST. Kerana menyemarakkan lagi hubungan kami

Our True Love Story (Versi Si Dara)

25 April 2005, USM Minden  

Dara jalan laju. Dara bangun lambat selalu. Dara mahu pergi kelas Jerman. Hujung minggu ada exam Grundstufe eins. Kalau lulus, boleh Dara cakap Jerman macam P.Ramlee dalam cerita Masam Masam Manis tu.  

Sampai di roundabout Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Dara nampak truck 3 tan askar lalu. Dara jelling dengan ekor mata (sambil maintain ayu). Mana tau nampak abang askar yang macam hero melayu.

Dara suka 'cuci mata' tetapi tak minat bercinta. Konon-konon menghargai ciptaan Yang Esa. (hakikatnya Dara miang tak hengat dunia) . Dara tak pandang lama-lama. Cukuplah pandang sekilas mata.

Selalunya Dara ikut jalan depan bank Muamalat tetapi hari ni Dara amik jalan belakang. Dari ekor mata (eh bukan kata tak pandang lama-lama ke), Dara nampak truck askar berhenti. "Oh, Dara, Cukuplah. Kelas sedang menanti". Dara hayun lagi kaki. Kelas dah mula tetapi masih nak jalan lenggang kangkung lagi.

Sampai dekat Pusat Bahasa, Dara dengar sayup-sayup memanggil, “Awak, awak. Tunggu Kejap”. ‘Sudah!’. Getus Dara dalam hati. ‘Mamat mana nak kacau aku ni’. Dara hayun kaki , pura-pura pekak. Tetapi sebab kaki Dara pendek jadi Dara kalah lumba jalan kaki. Kalau dah jarak sedepa, takkan nak pura-pura lagi. Dara paling muka.


Zrupppppp. Terasa darah naik kat muka. Depan Dara, abang askar pakai baju loreng, badan ala model, jalan atas pentas peraga. Dari mata turun ke hati. Dara memang lemah kalau nampak jejaka tegap macam hero malaya. Mau tak tidur malam terkenang dia.

Abang askar sampai depan Dara. Dara buat muka blur tetapi dalam hati serba tak kena. “Awak, saya nak minta no telefon awak boleh.?” Tanya dia. “Boleh 013xxxxxx.” Spontan Dara bocor rahsia. Selalunya Dara tak layan permintaan orang usha macam kaki lepak kat Pasar Selasa. Tapi hari tu terbuka hati nak layan si jejaka. Tuah nasib badan dia.

 
“Ada pen dengan kertas tak, saya tak bawa.” Sengih abang askar. “Takde. Kalau nak, ingatlah sendiri.” Dara senyum lagi. Senyum jadi tak jadi. Abang askar garu kepala berkali-kali. “Boleh sebut lagi sekali tak?” Dara cakap lagi sekali lepas tu terus lari. Konon-konon bajet ayu, abang askar maintain macho lagi.


Camtulah Uda&Dara jumpa.



First Date, Prangin Mall dan Bukit Jambul


Lepas beri no tepon pada Uda (nama abang askar dah upgrade), kami tak jumpa lagi. Cuma gayut kat handphone setiap hari. Lepas cuti sem 3 bulan, baru Dara balik Penang sambung study. Uda ajak jumpa untuk kenali diri. Waktu tu Dara baru baik demam campak macam Perdana Menteri. Aiseh, Dara sudah tidak comel lagi.

Dara jumpa Uda dekat Pintu Guard USM Sungai Dua. Sebab baru kali kedua jumpa jadi tak biasa. Tanya nak pergi mana, dua-dua geleng kepala. Last2, naik bas pergi Prangin Mall, tempat student biasa bersuka ria. Lepas gi Prangin Mall, Uda ajak jalan ke Bukit Jambul. Dua-dua blur tak tau nak buat apa. Malu-malu tapi suka.


Jalan di Bukit Jambul sibuk. Waktu lintas jalan Uda pegang tangan Dara. Nak tau jadi apa? Dara jerit “Janganlah” sambil sentap tangannya. (Hahaha, terasa satu dunia berhenti seketika). Mana Dara tau. Automatic reaction katanya. Tak pernah lelaki pegang tangan Dara. Dara jalan tunduk muka. Malu sebab takut orang ingat dia perempuan gila.


Lepas hari tu Uda dan Dara masih berjumpa, lebih kurang enam bulan kawan, baru serius bercinta. Kalau tanya Uda&Dara tarikh keramat lafaz status kekasih, dua-dua angkat bahu. Sebab dua-dua kali pertama bercinta, jadi agak "buta" adat bercinta.



Yang Manis

Petaling Street, Kuala Lumpur


Masa ini Uda dan Dara dah bercinta dua tahun. Ada suka, ada duka. Gaduh-gaduh seperti biasa. Manja-manja lagilah setiap masa.


Uda perajuit yang bertugas di utara. Lepas belajar Dara bekerja di ibu kota. Hanya sekali sekala jumpa.


Dara suka jalan-jalan, Tengok ragam orang katanya. Dara ajak jalan di Jalan Petaling. Tengok barang-barang, tengok makanan, tengok buah-buahan dan tengok bunga. Dalam hati Dara, alangkah indah kalau dapat sekuntum dua. Dara jelling kat Uda. Uda diam seribu bahasa. Uda macam tak faham signal yang Dara beri kat dia.


Jalan Petaling ada kedai buku Popular di situ. Dara cakap mahu cari buku. (Sebenarnya dalam hati berharap aku keluar nanti moga- moga dapat bunga satu).Dara memang hantu tang baca buku. Kalau dah masuk memang tak kuar seminggu. Sebab itu Uda cemburu. Uda berlalu pun Dara buat tak tahu.


Bila Dara keluar, Uda dah tunggu depan pintu. Senyuman Uda semanis gula batu. Dalam tangan ada sekuntum bunga yang buat Dara terharu. Dara senyum kerana sudah ada taman mekar di kalbu. Dapat juga bunga buat peneman rindu.


Tapi yang paling Dara tak pernah lupa, Dara kena usung bunga tu. Naik Lrt, jalan kaki, dari pagi sampai malam. Sebab Uda dan Dara tak bawa kereta. Terpaksalah Dara tebalkan muka. Naik LRT sesak macam sardin. Dara sanggup tersepit asal bunga tak terkepit. Tapi dalam hati Dara jerit-jerit. Dara senyum sampai senget.






Yang Tak Berapa Manis
Nilai , Seremban

Uda cakap mahu rasa masakan ayam masak rendang Dara. Dara pun setuju saja. Dara tahu dia perlu bersedia. Bak kata ucapan dalam video
CST Production “kalau nak jaga suami, jagalah sejengkal atas pusat dan jagalah sejengkal bawah pusat.” Of courselah Dara nak Uda jadi suami dia.

Dara zaman dahulu kala adalah wanita melayu terakhir. Dara dalam cerita ini juga wanita melayu terakhir (on reverse side-maknanya bab kat dapur apa tak tau). Dara gadis moden yang mementingkan pelajaran (hihihi, macam masuk bakul angkat sendiri) tetapi fail tahap cipan dalam bab rumah tangga.


Tapi sebab tak nak hampakan perasaan si Uda, Dara sibuk buka buku resipi, baca mesra.net macam nak masuk periksa. Call ibu untuk tanya resipi pusaka. Semua Dara buat sebab nak masakkan untuk si Uda.


Bila Uda turun KL, Uda bawa Dara pergi Nilai, rumah kakaknya. Kata nak masak sama-sama. Untuk pengetahuan semua, sebelum jadi perajuit, Uda pernah jadi tukang masak. Konpem la terer masak. Gasak la. Yang penting, Dara masih nak cuba.


Dara sediakan bahan. Sungguh-sungguh Dara kat dapur walau tak reti. Dah siap semua bahan, tumis semua jintan, Dara mau masukkan ayam perlahan-lahan.


Tiba-tiba Uda datang periksa. “ Eh ayam ini awak dah bersihkan betul2. Ni kenapa ayam ni masih tak bersih ni?” Dara blur. “Ada ker?” “Ni kat kepak dia ni kan ada sikit2. Awak ni itu pun tak reti.” Uda gelak kuat-kuat. Kakak Uda pandang Dara sambil cover senyum. Makin la Dara jadi serabut


Dara jadi sayu. Dara dah bilang bab rumahtangga Dara memang tak tahu. Dara duduk asrama selepas sekolah rendah hingga ke universiti dulu. (Alasan jer tu. Ramai jer kawan Dara yang pandai masak) Dara akui Dara tak pandai bab ini. Sebab tu walau tak reti Dara cuba gagahkan diri. Tak salah Uda nak tegur. Dara hargainya. Tapi kalau Uda nak tegur, Uda tegur la baik-baik. Jangan ketawakan Dara macam tu, Depan bakal kakak ipar pulak tu.


Uda masih gelak. Mengilai macam Pontianak hilang anak. Dara tak tahan lari masuk bilik, kunci selak. Nangis sepuas hati. Nangis sampai lena. Ayam masak rendang jadi cerita lama.


Tiba-tiba pintu diketuk. Kakak Uda kejut Dara. “Dara, jomlah makan. Uda dah siap masuk tu.”. Dara bangun terpinga-pinga. “Ha, dah siap masak ker”. Dara keluar duduk makan , duduk dengan muka selamba. Rupanya Uda masak sedappp. :)



Yang lagi tak berapa manis


Ingat tak Dara kata Uda perajuit negara. Bukan Dara tak suka. Dara suka. Uda buat kerja mulia. Berkorban demi bangsa dan negara. Cuma kadang-kadang Dara terluka. Sebab sebagai perajuit, negaralah yang paling utama.


Dah banyak kali Dara jadi mangsa. Uda dan Dara jarang jumpa. Kalau nasib baik 3 bulan sekali, kalau tak mahu enam bulan baru jumpa. Bila dah jumpa mestilah nak habiskan masa bersama. Tetapi waktu tu lah ada anasir ketiga. Kalau dipanggil untuk urusan paduka baginda memang Dara kalah belaka. Debat macam mana pun Uda tinggalkan Dara juga. Bercinta dengan Uda, Dara pun kena berkorban sama. Selalu menjeruk rasa.


Tetapi Dara pernah tengok satu video yang buat Dara sanggup harung semuanya. Sebab itu yang buat Dara semakin jatuh cinta. Pembaca pun nak tengok juga ker? Dara letak link untuk kongsi rasa.


http://www.youtube.com/watch?v=HeO1qvV0oyE&feature=related

Dah tengok dah? Sedih kan.


Sebab tu, kalauUda masuk hutan/bertugas luar kawasan berbulan-bulan, Dara akan tulis surat cintan buat bekalan. Surat tu mesti ikut hari bulan. Dara buat sebagai pengganti diri. Dara tak nak Uda sunyi dan sepi. Dara  mesti nak buat ibarat Dara cakap dengan Uda hari-hari.



Tahun ini, Uda dan Dara dah 5 tahun bercinta, Insya-Allah, lepas habis belajar (kan Dara cakap, Dara pentingkan pelajaran. Dara tak tipu.), Uda dan Dara mau tukar cerita. Dari Uda dan Dara mahu menjadi Pak Uda dan Mak Dara. Harap-harap pembaca doakanlah ya.

Dara pun doa moga kisah cinta Uda dan Dara dapat ditonton semua. Dara mahu ia jadi kebal (immortal) macam dalam Sonnet 18 nukilan Shakespeare.


When in eternal lines to time thou growest:

So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee

 


Pstt: Uda cakap dia nak tulis juga. Nanti Dara post catatan dia ya.

14.11.2010: Yeayy Uda dah post entry. 
http://kisahudadandara.blogspot.com/2010/11/our-true-love-story-versi-si-uda.html  

Wednesday, November 10, 2010

Salam Perkenalan

Salam perkenalan

Dah lama niat nak start blogging tapi asyik bertangguh. Tapi sekarang dah ada motivasi yang kuat nak start blog. Hehehhe.

1. Sebab nak abadikan kisah Dara (bukan nama sebenar) dan buat hati pengarang jatuh, Uda (bukan nama sebenar).
2. Sebab CST Production nak kasi videoshoot free untuk kisah cinta terbaik hahahhah. Benda free ni memang mengujakan.

Dah tentu, pembaca pun nak tau cerita cinta Uda dan Dara kan. Kan kan? Kalau tak nak pun buat2 la nak. Penat Uda dan Dara tulis.

So peeps, nantikan kisah cinta uda dan Dara eh.