Thursday, February 28, 2013

Tips 2: Petua hilang parut jerawat and naikkan seri wajah

Hai semua,

Lama tak menulis. Pagi ni macam rajin pula nak tulis sesuatu untuk bakal-bakal pengantin. 

As some of you might have known, kulit Dara yang halus mulus jadi jahanam sebab guna produk yang tak sesuai dengan kulit sendiri. Tak tahu? Read the review here.

Abang Dara,  a part time photographer, pernah cakap, walau cantik macam mana pun MUA kita solekan muka, kalau muka kita kering, berjeragat, photographer still tak boleh edit utk buat nampak muka kita flawless. Get it kawan2. Since then, Dara try banyak cara utk jadikan parut jerawat less visible. Dara tak guna produk sangat but more towards natural remedy. 

4 months before the wedding:

Setiap malam sebelum tidur, ambil hirisan tomato, sesudu gula dan sesudu madu. Lenyekkan tomato tu sampai lumat dan sampai campuran bahan-bahan ini melekit. Kemudian sapu pada muka, biar sampai ia kering dan basuh muka. 

Kenapa tomato? Sebab tomato ini agen antioksida which help for awet muda. Plus tomato kan murah. Haruslah budget. 

Kenapa gula? Sebab gula ni sebenarnya natural exfoliator. Agen semulajadi utk buang segala kotoran kat muka kita. Pastu dia tak akan buat liang tersumbat dan akan balance muka kita berminyak especially utk combination skin. Muka Dara kering di luar tetapi berminyak di dalam. You can read more here 

Kenapa madu? Madu tu tak perlu terangkan lagi la. Memang dah banyak yang cakap kebaikan dia kan. Plus pastikan korang amalkan makan madu juga utk bersihkan dalaman. Sebab kecantikan sebenar datang dari dalaman. Ecehhhh. 

Amalkan tiap-tiap hari tau. Kalau tak pun at least 2-3 kali seminggu

Dara recommend sebab bahan-bahan ini murah dan mudah didapati. Kalau ada extra budget, korang pergilah facial juga once a month. Tak yah pergi yang mahal macam New York Skin ker, Beautyworld ker. Kalau ada Spa Mak Jemah sebelah rumah pun boleh. Harga dalam RM40 kot. Sebabnya? Kadang2 muka kita ni ada kotoran yang hanya boleh dibuang dengan mesin macam white head, black head dan segala jenis head. Hanya guna mesin ni semua benda ni senang keluar.

2 Weeks before the wedding:

Ok, 2 weeks before the wedding, Dara stop buat yang atas tu and start a new beauty regime.

Setiap malam, Dara akan pakai mask utk jadikan muka jadi lembap. Moist face will make you look more radiant. Once a week, I will use brightening mask. Jangan guna brightening mask tiap2 hari ye sayang. Sebab nanti muka kering dan mengelupas. It's a no no.

Yang ini i don't have any specific product to recommend but Dara used Elianto mask series for hydration. Hari isnin guna tomato, selasa guna honey, hari rabu guna carrot and milk. Sekeping mask dalam RM7. Kalau member murah lagi. Kalau beli waktu birthday dapat 50% off lagi. For whitening/brightening Dara guna Garnier warna kuning tu. Sekeping RM5 kot. Ok la tu dari beli SK11 punya mask RM40 sekeping. Tak haru ke tu nak pakai hari2

2 days before the wedding:

Alright 2 days before the wedding, malam sebelum tidur, cuci muka macam biasa dan kemudian bilas dengan air batu. Nanti liang muka mengecil dan bantu aliran darah pada muka. 

Then kalau rajin lagi, rendam tuala pada air batu then tekup pada muka dalam 15 minit.

The morning of the day:


Bilas muka dengan air batu lagi dalam 1 jam sebelum disolek. Satu utk segarkan wajah dan satu lagi sebab ialah utk kejutkan korang dari mamai tidur. Hehheheheh.

Last but not least, this one petua yang dapat secara tak sengaja. Malam sebelum nikah, Dara ada masalah nak tidur. Asyik terjaga jer. So pagi tu sebab rimas sangat tak boleh tidur, Dara buat solat sunat dua rakat. Amazingly, hati ini jadi tenang sangat dan my bff Ayin cakap i'm the calmest bride on that day. Bila kita tenang, kita nampak sopan dan ayu gituuuu. Ecehhh. 

Ok. Setepek gambar untuk tunjuk hasil gigih melakukan petua di atas. Usaha ye sayang


Gambar guna handphone cabuk

Gambar dari OP. Nampak tak hasil usaha gigih saya. :)

Sekarang oden dah malas nak buat. Hahhahahaha.

Next bila Dara rajin lagi nak menulis, Dara share tips macam mana nak putihkan gigi ye. :)









17 comments:

  1. Very nice lh kak.. :-) nak cube nnti.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam dara, thanks for the info...

    ReplyDelete
  3. Dara yg xdara lg kih3

    ReplyDelete
  4. Wah, rasa nak cuba sekarang juga.
    Lagi satu, sha nak tambah. Kita gunalah innershine. Terbaik. Sha consume. Kakak consume. Muka Sha berjerawat dan bernoda jadi berseri-seri. Sebelum ni, lelaki memang tak pandang. Tapi bila dah consume Innershine, mata diorang melirik je pada Sha. Hehe.

    Kakak Sha tak ada jerawat. Bila dia consume, suami tegur kenapa nak pakai bedak masa sahur. Kawan-kawan tegur pakai bedak apa. Muka kakak jadi gebu dan jeragat hilang.

    Kulit kita pun jadi macam segar, nampak lembab gitu. Cantik lah. Innershine ni tak semahal produk yang berlambak kat pasaran. Tapi berkesan.

    Eh, Sha bukan nak promote Innershine. Tapi dah terbaik, nak kongsi dengan B2B yang lain juga

    ReplyDelete
  5. hilangkan parut guna kopi dan telur kuning dan sapukan pada tempat parut..saya buat dalam masa 3 hari parut jerawat hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeke, parut yang bnyak ke, yang sikit je

      Delete
    2. Iyeke, parut yang bnyak ke, yang sikit je

      Delete
  6. Salam sis, if blender je tomato tu boleh tak?huhu

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  8. PERHATIAN!!!!! PERHATIAN!!!!!!!
    nak kulit GLOWING dan PUTIH GEBU seluruh badan?
    nak jadi yang paling MENAWAN di kalangan kawan dan rakan sekerja?
    nak produk yang JANJI BERKESAN tanpa kesan sampingan?

    cubalah zettawhite whitening kapsul dari Taiwan!!
    inilah rahsia kulit artis Taiwan begitu putih dan cerah!!!
    inilah peluang anda memiliki kulit yang serupa artis!!

    Mengapa zettawhite?
    <3 capros dari Phyllanthus emblica (US whitening Patent 6124268、6290996、6235721、6362167、6649150、8206757、EP 1465589 B1) : sudah ada research paper mengesah ia ada whitening effect . Memutihkan badan dengan mengurangkan melanin
    <3 revasterol: anti-penuaan
    <3 ceramide: membaiki cell, mengurangkan flek hitam, melembapkan kulit
    <3 l-cysteine:mengambil tempat dlm proses pembentukan l-glutathione. Ia juga mengurangkan jeragat, pigmentasi
    <3 coq10 (US7910340、DE60225478、EP1466983、RU2298035、AU2002357526、CA2471763、JP5074287、CN100523205、I349039 skin patent): dari kilang kanebo, japan yang adalah kilang penghasilan coq10 terbesar di dunia dan mempunyai pengalaman dlm hasilan coq10 selama 40 tahun yang menghasil 100% natural coq10, bukan sintetik. Sudah ada research ia dpt mengurangkan kedut.
    <3 bioperine (US Patent 5536506 ; 5744161; 5972382 ; 6054585;、JP3953513、CA224746,EP0810868): meninggikan absorption semua content lain, biar semua yang dimakan berefektif & X dibazir!!

    nak order?
    pm page: https://www.facebook.com/Zaqueno-Skin-1698193270483766/?ref=bookmarks
    >> direct link ke pm: https://www.facebook.com/messages/1698193270483766/
    atau whatsapp 010-840 9080
    >>direct link ke whatsapp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60108409080
    atau wechat: zaqueno

    ReplyDelete
  9. Setuju dengan sis..saya pulak amalkan suplement. Vitamin C paling bagus untuk kulit tak naik jerawat. Amalkan 3 bulan sebelum kawen kompem ploles! :)

    ReplyDelete
  10. Bagus petua ni.. nak cuba jugak..hehe. Suplemen cantik pun dah amik :)

    ReplyDelete

Pembaca mahu bersuara