Thursday, November 29, 2012

Review wedding: MUA


Ok enough meroyan, 

The following review meant to give a lot of credit to a lady who deserve it. 

This huge credit goes to my makeup artist. 

Mula-mula nak dapatkan MUA ni agak susah gak. Namun berbaloi sangat-sangat usaha. Ramai MUA dekat Kluang yang hasilnya saya suka adalah dari kalangan lelaki atau lelaki yang sudah berubah sifatnya. Ibu saya terang-terangan tak suka. Beliau tak menentang tetapi kalau saya tanya boleh tak ambil sebab tak MUA perempuan di kluang yang saya berkenan, muka dia tukar jadi lain. 

Aduhaiii… pening kepala saya. Saya tanya orang yang buat pelamin saya, dia sudah ditempah oleh pengantin lain. Ketika itu sangat kecewa tetapi Alhamdulillah sekarang saya nampak hikmahnya. Kalau tak mahu saya meroyan dua kali. 

Puas saya cari, tanya orang. Kalau dah duduk KL, tentu sumber paling digunakan ialah Mr. Google. Ramai MUA perempuan yang berkenan cuma mereka bukan dari Kluang. Kalau mahu ambil dari KL, mungkin transport melebihi upah. Last2 saya jumpa Kak Hanie dari website Biaswarna. She is based in Johor Bahru. So lebih dekat dari KL kan. 

Mula2 contact tu Kak Hanie ni macam tegas. Waktu tu Kak Hanie belum buat make up bridal secara serius. More towards make up class. Saya tanya pasal test make up and rate. Syukur rate dia berpatutan and sangat berbaloi. Waktu buat test make up tu rasa berbaloi sangat2 sebab dia buat betul2 macam kita nak kahwin walaupun kita bayar harga untuk trial make up 3 jam rasanya dia ambil untuk make up saya . Saya jarang make up jadi risau juga kalau produk tak sesuai dengan kulit atau solekan pecah selepas dua tiga jam. But lepas naik bas dari JB ke Kluang, dengan habuk semua, Alhamdulillah, make up still ok. So masa itu baru saya confirm ambil kak Hanie. 

Saya jumpa dia bulan empat dan dia selalu hubungi saya untuk beritahu tips penjagaan la, gossip artis la, ngumpat la. Memang dah jadi macam kawan la. Sangat peramah. Walaupun saya ambil make up sahaja dengan dia, kak Hanie ambil inisiatif untuk pergi tengok baju bersanding yang makcik saya buat untuk sesuaikan aksesori, warna tudung dan jenis solekan. Bila saya bertangguh nak turun JB untuk tunjuk baju nikah, dia call dan membebel pada saya. Saya suka dia buat kerja teliti, selalu follow up dan buat homework sebelum majlis. 

Sehari sebelum majlis dia datang cari rumah dan betulkan kening saya yang tak sekata. Siap bawa pembantu sekali untuk tolong pengantin lelaki. Sangat pro dan sangat baik. Saya ada masalah jerawat sebab alahan produk kecantikan. Masa hari majlis dia tutup kemas dan cantik. Solekan bersanding saya tahan dari masa sanding sampai outdoor photoshoot. Hujan pun tak effect ok. Ini muka saya sebelum dan sesudah make up untuk nikah dan bersanding. Saya cakap dengan dia masa nikah saya nak jadi Nora Danish (sweet sweet gitu); masa kahwin saya nak jadi Fasha Sandha (gile glamor gitu) .

Muka bengkak sikit lepas nangis. But still maintain. :P

Dengan my mum. 

Saya ambil guna hand phone pun dah cantik kan. 

Seriously recommend dia. Siapa nak contact dia
No handphone: 012-757 7644. 



Kadang-kadang cakap dia kasar but she meant well. Love you kak Hanie. Terima kasih banyak-banyak buat muka saya macam dewi. Saya nampak bahagia sangat hari itu pun sebab rasa macam gedik muka cantik sangat. Huhuhu. Husband pun sangat suka. 

P/s: Kak, kalau kau baca, mana gambar aku dengan kau. Aku nak simpan buat kenang-kenangan

Thursday, November 22, 2012

To Pay Or Not To Pay.


Kawan-kawan semua, 

Saya dalam dilema sekarang ini. Saya perlukan pandangan semua. Biar saya mula cerita ini satu persatu ok. 

Memandangkan saya memilih semua vendor berdasarkan kepakaran mereka, (contohnya si A pakar menyolek tetapi juga menyediakan pakej baju dan pelamin, saya hanya akan ambil khidmat solekan) maka saya bersedia membayar lebih dengan harapan hasil yang saya peroleh adalah yang terbaik yang saya mampu bayar. 

Maka perkara yang sama untuk pelamin. Vendor ini juga menyediakan khidmat Andaman dan pengantin tetapi saya hanya berminat dengan pelamin buatan beliau. Cantik dan sangat luar biasa. Ini pelamin yang beliau pernah hasilkan dan dipapar di mukabuku. 




Maka setelah rundingan untuk pelamin rumah dan meja beradap, pakej yang dicadangkan adalah RM2500. Warna tema saya adalah ivory (70%), gold (20%) and coral (10%).Pelamin akan menggunakan bunga segar. Manakala untuk meja beradap, beliau tunjukkan saya hasil terdahulu beliau sebagai rujukan. 


Cantik bukan? Sebagai seorang yang tak pernah menguruskan sebarang majlis perkahwinan saya mempercayai kredibiliti beliau sebagai wedding planner apataha lagi dengan hasil yang ditunjukkan. Kami bersetuju bahawa beliau akan menguruskan pelamin dan meja beradab sahaja. Meja makan tetamu biarlah saya uruskan. 

Tetapi pada hari majlis saya, hasilnya agak mengecewakan atas beberapa perkara. 

1. Warna tema pelamin saya lari. Bunga yang dibawa berwarna KUNING, PUTIH & OREN dan bukan 3 warna yang saya nyatakan. Malah langsung tiada warna coral. Saya bersetuju tidak menggunakan bunga ros memandangkan kos tinggi tetapi saya masih mahu warna tema saya. Kalau kalian tak pasti warna tema saya macam mana cuba tengok kat column tepi ni. Beza kan.



2. Hasil meja beradab tidak seperti dijanjikan. Beliau bawa kain berwarna biru dan menyatakan inilah warna coral . Sedih. Kain yang berwarna coral itu adalah kain langsir ibu yang telah dikorbankan untuk menyelitkan semula warna tema. Kerusi plastik itulah yang jadi kerusi duduk saya. Kalaupun chilvary chair sukar didapati di Kluang apalah salahnya beri saya kerusi yang lebih elok.

Semasa perbincangan dia yang beria-ia pesan pada saya untuk beritahu orang khemah warna coral seakan warna merah bata kerana tak ramai tahu warna Coral. Malah saya telah share album tema saya kepadanya sebagai rujukan. Ini adalah hasil beliau. Sila bandingkan dengan perbincangan awal. Beza bukan.  



3. Tiada alatan merenjis. Saya langsung tak perasan alatan merenjis tidak disediakan seperti yang dijanjikan. Saya hanya sedar setelah saya naik atas pelamin dan duduk bersama suami. 

4. Tidak menepati masa. Datang sesuka hati. Saya bekerja di KL, beliau di Batu Pahat dan rumah saya di Kluang. Ibu saya bukan sentiasa ada di rumah jadi kami perlu pastikan masa dengan tepat supaya tiada yang menunggu. (Namun saya boleh maafkan sebab beliau mungkin ada hal yang tidak diduga.) 

Beliau juga membuat pelamin untuk another Bride to be dan ini hasilnya. Saya sangat kecil hati kerana saya juga membayar. Mungkin nilai upah saya lebih rendah tetapi saya juga membayar.

Dilema saya sekarang ialah tentang bayaran baki. Saya telah membayar RM1500 dan berbaki RM1000. Setelah berbincang dengan beliau tentang perasaan saya, beliau telah memberi diskaun sebanyak RM200. Persoalannya sekiranya rakan-rakan menjadi saya, berapakah nilai yang kalian sanggup bayar atas hasil beliau. 

Ibu saya cakap jangan bayar langsung namun saya tak mahu berlaku kejam. Cuma untuk membayar RM800, berat hati saya. What do you think?

UPDATE (24.11.2012):

Ini komunikasi sms antara saya dan beliau selepas majlis. Saya kongsi di sini mungkin sekadar peringatan kepada sesiapa yang mahu ambil beliau. Mungkin juga hanya saya yang tak bernasib baik.  Jika mahu ambil beliau terpulang. Cuma pastikan sesiapa yang mahu ambil beliau, fikir dan pastikan apa yang dikata dikotakan.





UPDATE (26.11.2012):

Ok, semenjak dua menjak ini saya buat sedikit homework sebab nak pastikan keputusan saya ini dibuat dengan cara yang berhemah. Macam mana saya buat?

1. Saya tanya B2B and exB2B
2. Saya tanya orang yang ada business andaman di Kluang.. Ya lah, kalau saya tanya andaman di Jengka mestilah rate tu sangat mahal, kalau saya tanya andaman di KL pastilah lebih murah. Jadi nak bandingkan mesti bandingkan epal dan epal k.
3. Saya tanya Bride lain yang ambil dari vendor yang sama juga.

Rata-rata cakap jangan bayar atau kalau bayar, bayar sedikit sahaja. Cuma selepas berbual dengan golongan ketiga, saya sebulat hati akan bayar kurang dan hanya selepas vendor ini boleh "justify" jumlah baki yang diminta. Nak tahu apa yang saya dapat? Jeng jeng jeng


Nampak tak? Berapi tak? Saya yang selama ini ok tetiber berapi. Pakej berbeza tetapi harga yang sama. Kalau nak charge transportation punnn. Pelamin dia sebjik sejaban dengan saya. Bunga jer warna beza.

Kesimpulan; kecewa dan semakin kecewa.

Sekian terima kasih