Thursday, October 18, 2012

Cenderahati Tetamu (Bahagian 2)



Halu semua. Ok bahagian 1 adalah berkenaan bekas cenderahati. Memandangkan ada permintaan untuk kongsi mana nak dapat isi jar, Dara buat yang lebih diperlukan dulu ok. 

Setelah perbincangan dengan ibu, kami putuskan untuk beli kismis sebab lebih menyihatkan. Ibu tak berapa gemar beri makanan tak berkhasiat pada tetamu. So kismis lah jadinya 

Langkah pertama adalah tanya En Google. Hasilnya ialah ini: 


Kurmawi  


Mula-mula nak pergi cari dekat tempat-tempat ini, sekali dapat tahu ada lagi satu tempat namanya Mahnaz Food. Ok cara paling mudah nak pergi tempat ini ialah melalui KESAS. Memandangkan Dara tinggal di Cheras, gambar kat bawah ini ialah perjalanan dari Cheras ke Mahnaz Food melalui KESAS. 

Dari KESAS exit di Shah Alam/Puchong selepas lalu HQ PROTON. 


 


Dekat lampu trafik belok kanan. 

Lampu trafik pertama, belok kanan lagi. Landmark yang boleh nampak ialah MCD. 

Terus sahaja sehingga lampu trafik pertama, belok kanan lagi. Nampak tak papan tanda dalam gambar. Itu papan tanda Mahnaz Food. 

Terus sahaja. Simpang pertama belah kiri dah sampai. 

Apa ada kat sini? Macam2. Kurma, coklat kurma, pistachios, buah zaitun, kismis dan segala produk dari timur tengah. Dalam gambar semua harga runcit. Tapi kalau cakap dengan diorang nak beli harga borong, dia akan turunkan harga. Siap boleh tawar menawar lagi. Hehehhe. 

Ini susah nak cari kan?


Kismis pun ada banyak jenis. Harga dari RM12 ker RM25 kg. Beli borong yang RM25 jatuh RM18 sekilo. Tapi mesti beli sekurang-kurangnya 10kg

Dari RM18 jatuh RM15 per kg kalau beli 10kg

Harga borong akan jatuh 12kg. Tapi mesti beli 10kg

Selain makanan diorang ada jual kotak juga. Murah dan cantik. Apakan daya, dara dah beli kotak dah. So kalau beli lagi membazir bukan. 



Kedai ini tutup pukul 7 ok. Good luck semua.

4 comments:

  1. dah lama usha signboard dia..
    asyik tak terpergi je..
    hehe..

    ReplyDelete
  2. Cik Susu,

    Pergilah. Nanti mesti rambang mata tak tau nak beli apa. Macam2 ada

    ReplyDelete
  3. Laaa dekat je dengan rumah tapi xpernah tahu. hehe. terima kasih cik dara :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya shopping kat ctu. Wife shopping online kat website http://www.mercucita.com/ sebab nak walk in payah ckit. Kat online kena beli quantity y ditetapkan. Mahal ckitla kena tmbh postage cost. Cuma jimatkan masa & fuel dari walk in.

    ReplyDelete

Pembaca mahu bersuara