Wednesday, May 2, 2012

www.style-weddings.my : My Dream Save The Date @ Love Story Contest

Cikgu Shaari : alamak rumah aku... aaa cikgu.. kenapa cikgu berhenti dekat sini cikgu?

Norkiah : saya nak buat rambut, cikgu
Cikgu Shaari : ooo, wat rambut.. cikgu jangan lupa minggu depan yer

Selepas kekasih hati masuk ke saloon rambut

Cikgu Shaari : aaa driver.. pergi jinjang yer
Drebar : baik encik

Selepas kekasih hati keluar balik dr saloon rambut, selang beberapa saat selepas itu, kelihatan teksi yang dinaiki oleh cikgu shaari tu undur balik

Drebar : Aii, enchik kata hendak pegi ke jinjang
Cikgu Shaari : Jinjang? Lain tahun kita pegi yaa. 


Siapa kat sini familiar dengan skrip ni? Tak sure lagi. Meh Dara beri petunjuk lagi. 


Norkiah: Hei! Cikgu, bahasa apa yang cikgu cakap ni? 

Cikgu Shaari: Bahasa German daa! Kau mana tau, kau tak sekolah! 


Siapa-siapa yang masih blur, ini sebenarnya babak dalam Cerita Masam-masam manis, lakonan P.Ramlee. Salah satu idea untuk Save The Date Dara ialah buat rendition atau lakonan semula cerita ini dengan Uda. Tapi bukanlah lakonan semula seluruh cerita, maybe babak waktu Cikgu Shari dating kat zoo ker, babak Norkiah nyanyi2 ker. Hheheheh. Ok tak? 

Sebab apa Dara pilih Cerita P Ramlee. Sebabnya si Uda suka sangat cerita P Ramlee. Kadang2 kelakar juga layan gelagat Uda ini. Kalau dia tengah tengok cerita P. Ramlee dan Dara call dia, dia siap suruh berhenti bercakap sekejap sebab dia nak tengok babak P Ramlee yang kelakar. Uda boleh hafal seluruh skrip cerita. Kadang2 geram juga sebab antara Dara dengan cerita P Ramlee, dia lebihkan cerita P Ramlee. Nak nak kalau Do Re Mi atau Labu Labi. Haishhh. 

Dara terfikir juga nak lakonkan semula kisah Uda dan Dara jumpa. Nak tahu cerita dia? Klik di sini. Cuma terfikir kalau STD tentang kisah kami macam susah juga sebab kami berdua sudah tak slim melim macam dulu lagi. Plus cinta kami ibarat cinta pandangan pertama dan Uda cakap dia jatuh cinta dengan senyuman Dara. Hohohoho. Malu pula I nak senyum malu macam dulu. 

Memandangkan Style Wedding anjurkan Contest dengan hadiah menarik hati iaitu tajaan rakaman STD, maka seharusnya peluang untuk angan-angan ini menjadi nyata semakin cerah. Al-maklumlah nak kahwin kan banyak guna duit. Takut impian ini tinggal angan-angan sahaja. 

Pesanan Penaja:

I wish that my story can win the www.style-weddings.my Save The Date @ Love Story Contest! 

Style Wedding Super Sale is on from 20th April 2012 - 20 May 2012 

Visit www.style-weddings.my website or like their Facebook. 


Want to see their one of Style Wedding STD? Watch Juara Ustazah Pilihan - Firuz Akhtar’s STD

1 comment:

Pembaca mahu bersuara