Thursday, February 17, 2011

The Sweetest Date

The sweetest date. Slrpppppppppp. Hohohoho. Entry ini bukan berkenaan sesi canda ria Uda dan Dara sempena Valentine yaaaaa. Tidak, tidak ada kena mengena langsung.Tapi boleh la share kejap gambar dating dolu dolu. Hehehhehe
Gambar ini diambil semasa Uda transit from di KL. met for 2 hours only okey


Anyway, balik ke pangkal jalan. Nak share dengan korang ni. Korang semua familiar tak dengan talk show Semanis Kurma hosted by Ustazah Norbaiyah. Familiar tak? Tak??? Knaper tak tengok? Rugi rugi.


Anyway, Dara pun macam korang juga. Mana nak la nak tengok citer tu kalau dah ralat tengok Desperate Housewives la, Paris Hilton Bff la, Ghost Whisperer la, layan Top Model la. Kan kan.

Tapi memandangkan si Uda ni tak tengok citer tu, and si Uda ni memang fanatic program melayu ( Dara tak tipu okeh, dia tengok citer P.Ramlee setiap hari Isnin dan Rabu. Setiap minggu okeh. Kiralah brapa kali tengok Bujang Lapuk setahun), jadi dia yang selalu mesej ingatkan Dara.(*mode terharu* sebab Uda nak didik Dara jadi isteri yang baik)


So, tiap-tiap hari Khamis dia akan mesej kul 10.00 ingatkan Dara untuk tengok. Selalunya tak rasa nak kongsi pun, but episod kali ni tentang Kaki Leter. Ehemm ehemmm. Of course la Uda tujukan khas kepada Dara kan. Memandangkan Dara orang yang boleh tak henti cakap selama 5 minit, ulang suara macam radio rosak, maka haruslah mendengar bukan. Ala gelakkan Dara, korang pun camtukan.
Maaf ya, makcik ni sensoredd

Banyak la tips dia kasi cam 9 masa larangan berleter, 6 tips saling (hormat menghormati, sayang menyayangi, tolak ansur, faham memahami dan apa ntah lagi 2 saling)  semasa berleter. Bagusnya Show ni dia selalu invite artis yang in the trend atau seiring dengan peredaran zaman. This week Sherina Redzuan, last week Elyana. So nak tengok pun semangat la sket. karang dia jemput Syarifah Aini ka, Norlia Ghani ka, jadi tak selera plak kan. Kurang meriah la. No offense ya peminat Kak Pah dan Kak Lia. Then at the end, dia akan kasi Doa. 

Haaaaa tang ni yang Dara nak share sesangat ni. Walaupun I baru balik kelas dan tak mandi dari pagi tadi. Takper takper. Untuk kesejahteraan sejagat, Dara gagahkan juga. Hehhehehe. Penting ni ok. Jadi Baca betul -betul. Dah, dah. Jangan nak merapu lagi. So ladiesss and gentlemen, ini Doa yang dia kasi.

Surah Al-Imran ayat 83 - Doa ni untuk lembutkan hati pasangan. Ustaz cakap suruh hembus pada pasangan semasa tidur. Tapi Dara tak dapat lesen besar lagi, so kenot yet la. Nanti korang ingatkan Dara yer bila i dah kawin. Hihihihi. Syoknya sebut perkataan kawin nih. Hhihi

Surah Al - Imran Ayat 173 - Ni doa untuk bersabar. Al-maklumlah, selalunya kalau bebel kat si Uda ni memang lah dia diam. Tapi suka buat muka toya. Jadinyer Dara kena sabar. Uda pun kena gak baca doa ni sebab kena sabar jadi mangsa dengar khutbah takde skrip. Hihihihih

Ok. Tu je nak kongsi untuk malam ni. Selamat Beramal. Hihihihihih

2 comments:

  1. doa nak lembutkan hati utk pasangan yang belum jd pasangan ada x.huhuhu

    ReplyDelete
  2. Errr, nanti aku cari. Tapi karang bahaya plak. Karang termakbul doa aku nak lembutkan Prince William. Kesiann si Kate tu

    ReplyDelete

Pembaca mahu bersuara