Sunday, February 6, 2011

Birthday Celebration 391km Away

Baiklah kawan-kawan.

Soalan cepu emas. Macam mana nak celebrate birthday Uda yang 391km jauhnya? Jawab jangan tak jawab. Siapa dapat jawab Dara kasi seposen. Upah air liur. Hehhehe.

Uda sambut birthday 02 Februari hari itu. Dara dah siap2 amik cuti seminggu dari Januari lagi kunun-kunun nak turun gi celebrate dengan Uda. Siap dapat restu Bonda sekali tau. Eh, mestilah. Moga perjalanan dipermudahkan.

Dan seperti biasa En Bf (lately suka gelarkan Uda sebagai En Bf. Nampak glamer sket nama dia) last minute keluarkan perintah berkurung kepada Dara. "Jangan datang. Saya on standby nak operasi". Pfttttttttttttttttt. Benci dengan ayat camtu. Sabar-sabar. Kena belajar dengar cakap bakal suami. (Biler tu tak tau la)

Tapi dalam hati still rasa kesian Bf aku takder orang nak sambut burfday dia. Try la fikir camner nak tolong sambut dari jauh. Dulu waktu pose, bukak sama2 guna handphone. Birthday? Takder maknanya nak buat camtu. Fikir punya fikir Tinggg!!!!

Dara cakap hantar kek kat dia best ni. At least bley dia makan. So Dara try google website yang buat kek. Cari punya cari sekali jumpa website ni Kaoricake

Meleleh air liur dek non tengok kek dia.
meleleh leleh coklat ni, meleleh leleh gak ler air liur Dara


Strawberiiiii.



Jadi Dara pun angkat telefon nak order. Skali dia cakap dia hanya boleh hantar kat tempat landmark jer sebab tak biasa dengan Sungai Petani. Yelah Kaori Cake ni dari Butterworth. Ala boss, cik abang saya bukan boleh sebarang keluar. Terpaksalah melupakan hati nak order kek dia yang mabeles abis ni.

Tapi korang kat penang cuba try kek dia. Nanti feeback kat Dara eh.  

So, give up ker? No way man!!! Dara kalau dah cakap nak buat, aku cari gak. Cari kat website Secret Recipe. Tapi dia kata delivery  cuma kat KL jer. Keciwa... Putus asa lagi ka. Tidakk. Belum lagi. Dara pun search branch Secret Recipe. Eh, ada kat Sungai Petani la. Bila call jer dia cakap " Boleh, kita boleh antarkan." Yipeeeeeeeeeeeeeeee. Macam mana? Cara untuk penghantaran ni mudah sahaja.

1. Minta details seperti bank account, jumlah yang nak dibayar (kek + delivery), fax number and contact person.
2. Beri details penerima kek itu (nama, no phone, alamat, tarikh penghantaran, masa penghantaran and ucapan pada kek)
3. Masukkan duit ke bank Secret Recipe. Pastikan simpan resit pembayaran.
4. Fax kan resit penghantaran ke nombor branch Secret recipe. Jangan ke HQ plak. Sampai ke sudah tak sampai.
5. Call semula for confirmation fax delivery. Ini perlu. Mana tahu lupa bayar bill and fax line dipotong.
6. Nantikan hari penghantaran.

So, akhirnya Uda dapat kek nii...................

Our faveret


hahahah. Korang jeles tak? Akak ni lagi jeles dik non oiii. Sebab Uda dapat makan. Aku telan air liur jer la. Sob sob.

Tapi yang bestnya pada tarikh keramat tu.

1. Uda terima kek tu secara surprise. So pelan menjadi. Mesej " Terima kasih....malunya saya". Sudah cukup buat Dara tersengeh. Sebab selalunya Dara yang malu-malu kucing.

2. Memandangkan 2hb hari bekerja, jadi kek dihantar ke pejabat Uda. N memandangkan ini kem tentera diorang tak bley masuk pejabat. Jadi amoi yang hantar tu kena tunggu dekat pak guard, jadi of course la pak guard nampak kek tu. Jadi mesti dia jeles kan. Tak kira Dara rasa dia confirm jeles.Hahahha. Gelak jahat lagi.

3. Seperti biasa orang laki ni tak heboh cam orang perempuan (Dara la tu) bab besday ni. Jadinya dengan penghantaran kek di pejabat pada waktu sebelum makan tengahari. maka semua kawan2 Uda pun tahu hari ini besday dia. Soooooo, walaupun Dara takde, kawan-kawan Uda jadilah pengganti diri.Mesti kawan-kawan dia jeles jugak kan. Hihihihih


To my beloved Uda, 

I hope you have a blast birthday this year. And even we are far apart, I will want to be by your side every step of the way. I love you...

psttt: sekarang baru faham makna bila korang cakap upload gambar kena tunggu berjanggut

Till then. xoxo

3 comments:

Pembaca mahu bersuara