Thursday, August 2, 2012

Rumahku Syurgaku



Anda mempunyai impian? 


Saya ada impian. Malah impian saya ada banyak, angan-angan saya bertimbun sehinggakan boleh menandingi Angan-Angan Pak Jenin. Mungkin saya Mak Jenin alaf baru. 

Tak apalah. Sebenarnya semua pencapaian bermula dari impian. So hari ini nak cerita satu impian saya. Saya ada rumah impian. Rumah untuk saya menghabiskan sisa-sisa kehidupan selepas bersara. Rumahku Syurgaku. Saya ingin membina syurga saya dan keluarga. Rumah yang membuatkan anak-anak dan cucu-cucu saya seronok ingin pulang. Rumah yang membawa keamanan dan kedamaian. 

Ya, bila bercakap tentang rumah itu, ia seharusnya menjadi sesempurna yang saya inginkan. Ingat tak semasa kita di sekolah menengah dalam subjek KRT (Kemahiran Hidup dan Ekonomi Rumah Tangga). Saya masih ingat nama guru saya, CIkgu Norlidah meminta kami menulis tentang rumah kami. Saya ingat kawan saya Ummu Sulaim mahu membina rumah di atas awan. Anda rasa mustahil? Saya rasa tidak. Kalau bina rumah di Gunung Kinabalu atau Ranau kebanyakkan tempatnya berawan, malah di atas awan. Pada saat itu semasa saya berada di tingkatan 3, saya telah melakar rumah impian saya. 

Sedikit butiran berkenaan rumah saya: 


  • Terletak di kaki gunung 
  • Rumah bersebelahan dengan sungai jernih dan terdapat jeram 
  • Berkeluasan 3 ekar 
  • Lokasi 1 jam dari Bandar (untuk membeli keperluan). Ada pekan kecil yang dilengkapi klinik, kedai runcit dan perumahan atau kawasan kampung berdekatan 
  • Ciri-ciri rumah. Pengairan dalam rumah melalui buluh. SUmber air dari sungai, rumah berkonsep terbuka dan mengikut aliran angin. Tingkat atas (attic) disediakan untuk surau/ perpustakaan dan tempat belajar. 

Cukup sekadar ini, hari ini saya kongsikan lakaran yang telah saya buat.

Gambaran keseluruhan

Sisi tepi

Ruang tamu and bilik atas


Sisi tepi

No comments:

Post a Comment

Pembaca mahu bersuara