Tuesday, August 21, 2012

Anda mahu cantik???




Selamat Hari Raya Semua!!!

Anda mahu cantik? Saya pun mahu jugaaaa.

80 days more to go. Errkkkk. Sangat cuak tiba-tiba. Jadi memandangkan masa semakin suntuk haruslah buat segala yang terdaya untuk mencantikkan wajah.

Dengan bantuan En Google, dapat beberapa carian tips amalan doa dan surah untuk dikongsi bersama. Ayuh, sama-sama kita berusaha.

Amalan 1: Doa diambil dari page Tiz Zaqyah
 
Amalan 2: Surah ini dikongsi bersama oleh blogger Sheila Wahid dan Saiedah. Serius tak sangka kelebihan surah ni. Dari dulu suka baca surah ini bila solat. Tak pernah nak mendalami maksud dia. Rugi kannn.



Siapa yang tertanya-tanya makna dia, di sini Dara copy paste terjemahan yang dilakukan blogger Sheila.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


So amalkan baca surah ni tiap2 hari lepas solat fardhu ye.Blogger Saiedah siap tunjukkan extra steps semasa baca surah ini. Semoga all of us jadi wanita yang cantik luar dan dalam. Insya Allah.

Oh, tetiba berangan wajahku yang cantik, jelita dan berseri di hari itu. Hohohohoho


No comments:

Post a Comment

Pembaca mahu bersuara