Haluuu Semua,
Hari ini macam di awang-awangan sikit. Ada perasaan percaya macam tak percaya. Hahhaa. Konfius tak dengan ayat tu.
72 days and counting...
Last month Dara pergi recee kad kahwin dengan Uda. Ada cerita sedikit di sebalik kisah nak beli kad kahwin ni.
Pagi tu, Dara ambil Uda dekat Hentian Duta. Masa itu bulan puasa, so kami pun sahur sekali la. Selepas bertunang bulan 6 ari itu, baru kali ini kami jumpa.
Kawan Dara minta tolong belikan tiket Konsert Big Bang. Jadi lepas sahur kami terus ke Fahrenheit88. Masya-Allah sampai sana barisan teramatlah panjang. Ada 2 km kot. Terkezut oden. Tapi sebab nak tunaikan janji, Dara gagahkan juga berbaris.
Barisan pukul 6:30 pagi |
Baris lagi kat dalam |
Berbaris pukul 6:30 pagi dapat tiket pukul 12:30 hari. Percaya, jangan tak percaya ok. Memang menguji kesabaran. Orang bangsa lain siap beratur sambil minum air n makan McD. Grrrrrr. Sabar-sabar.
Uda cakap kalau Dara beli sebab nak pergi konsert, dia tak nak teman. Kalau beli untuk kawan dia temankan. Cesss |
Lepas 12:30 hari kami terus pergi tandatangan dokumen untuk rumah. Alhamdulillah... Selesai pukul 3 petang
Then kami terus pergi ke tempat pertama.Utusan Sehari . Pergi sana sebab satu alasan jer. Kat sana offer murah. Dalam 19 sen. Namun malangnya bila sampai sana, dah tengok kad yang diorang hasilkan menarik tetapi kurang teliti. Sampel nama ada salah, ejaan dekat bunting salah. Kesimpulannya kerja kurang cermat. So reject.... (baru ingat nak tolong bangsa sendiri)
So kami pergi KL pula nak cari and terus pergi Jalan Brunei. In the end we settle with LH Creative. B2B rasanya dah biasa dengar kot company ni. Dah tengok produk dia semua, nampak ok, kualiti ok, baru decide nak ambil diorang.
Kad yang kami ambil pun yang paling simple and murah. Mula-mula kami pilih a few design. But after compare with the the design that we chose, we just take the cheapest one. Haruslah save kan. Kad pun nanti orang buang jer. Hehehhehe
Price: RM0.35
Total for 1000: RM350.
Next, update kad jemputan. :)
No comments:
Post a Comment
Pembaca mahu bersuara