Showing posts with label Blog Review. Show all posts
Showing posts with label Blog Review. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Product Review: SK II Testimonial.


Ok, entry kali ini akan ala-ala product promotion of before and after ok. 

Kebanyakkan B2B bila dah nak dekat majlis akan jaga diri dengan extra effort. Dara pun sama juga lah kan. 

Alright, muka Dara ni tahan lasak. Means boleh tak basuh muka berhari-hari, berpanas petir, memang susah nak ada jerawat. Even waktu stress tahap maksimum pun susah nak keluar. The only problem I have is uneven skin tone. Muka macam bercapuk. And certain part will be dry. 

Demi menjadi the prettiest girl on the day, Dara berusahalah untuk dapatkan quality product for my face. Memandangkan tak pernah ada produk yang digunakan secara berterusan, Dara decide utk spend a little bit more and I choose SK II. So I went to the counter somewhere in February this year. 

After consultation, these are the products they suggest to me: 

Starter Set 

Can act as make up removal and cleanser

This so expensive. For me la

Altogether cause me almost RM800


Now, you may wonder if this thing work. Ok kat bawah ni is the before picture. Gambar ini sebelum guna SKII and i seriously tak ingat produk apa guna. Maybe tak guna kot. Yang ala-ala Faizal Tahir tu bulan 11 tahun lepas, with the bandanna bulan 10 and another one bulan 10 juga; 



Before SKII


And after I use SK II, my face jadi macam ini; 


Gambar begini sebab ambil waktu lepak kat rumah. 

So what do you think? Horror? Of course la. I’m 3 months shy from my wedding and my face yang sukar berjerawat jadi macam ini. Ini pun dah ok sikit sebab I stop using the essence, and wash my face guna lemon hari-hari. Masih guna cleansing oil and mosturiser because it is too expensive and sayang tak guna. Nasib baik waktu bertunang dulu, dia tepek foundation banyak2, kalau tidak....


So my dearest friend, what should I do? Some of my friends cakap produk tu sangat concentrate and maybe jerawat ini excess of the nutrients. Haishhhhh. Tak tahu la dek non. Ramai marah but I am just doing the best for me. Siapa sangka kan. 

Anyway, I’m not suggesting that SK II is bad. Perhaps the products doesn’t suite my skin.Sejak dua tiga hari ini cuci guna lemon, macam dah ok sikit la, kalau tak hadoiiiii. 

Maybe lepas kahwin guna balik just untuk habiskan. Lepas tu aku guna sabun mandi jer la basuh muka ni. Senang citer. 

Last but not least, Selamat Berpuasa Semua

Hope this help you. 





Monday, July 16, 2012

Review Spa: Spa by Muslim Operator vs Spa by Non- Muslim


Muka bahagia diurut

Hello, 

Siapa kat sini pernah pergi Spa? Mostly kalau dah nak kawin ni, some of the things to do ialah pamper ourselves, betul tak? 

Kenapa mesti pergi spa? Dara list out few reasons here: 

1. Perbaiki peredaran darah kita, so wajah lebih berseri. 

2. Membantu perkumuhan bahan toksik dalam badan 

3. Tingkatkan kadar metabolism untuk bakar kalori dan slimkan badan. Boleh juga membentuk badan yang mungkin ada lebihan lemak. 


Setakat ini Dara ada pengalaman di dua tempat spa dengan cara berbeza. So hari ini nak share dengan korang perbezaan Spa Conducted by Muslim versus Spa Conducted by Non- Muslim. 

Some ground rules utk yang pergi spa for total body massage. 

  • No jewelry 
  • Has to take off everything (yes I mean everything) 
  • Drink a lot of water before and after treatment
  • Better makan sedikit tapi jangan sampai perut penuh. Nanti korang nak vomit. 
  • Since korang nak take off everything, haruslah tebas semua lalang dan rumput tu. Kalau tak pun trim. Malu wehhh kalau ternampak. Walaupun perempuan yang handle but please ye kawan2. 
  • Preferably urut belah pagi sebab masa tu pergerakan tak banyak. Urat kita belum kembang lagi, so urut tak berapa sakit (ni pesanan dari akak yang urut kat Serenity)
  • Siapa nak pergi spa tapi pakai contact lens, hari itu kalau boleh pakailah cermin mata yer. Bahaya pakai contact masuk spa.

Here is my review for both spa 


Spa ini ada beberapa branch. Dara suka pergi yang kat Bangi. Here are the good and not so good. 

Good 

  • All women spa. Lelaki memang tak ada. 
  • Ambience sangat bagus. Ada skali Dara pergi, dia mainkan bacaan zikir which I like. 
  • Walaupun kita take off everything, sepanjang treatment they make sure ada kain yang tutup badan kita. 
  • Privacy terjaga. Walaupun ada customer lain, tetapi diorang arrange kita tak bertembung satu sama lain. Yer la kan, macam Dara rasa tak selesa nampak badan berkemban. 
  • Their treatment focus on urat kita rather than muscle. So selalunya lepas treatment badan rasa lega walaupun first time tu asyik menjerit dan gelak. Ok, saya memang senang geli. 

Not so good. 

  • I think compare to the other spa yang Dara pergi, dia cuma tak ada steam room. They just guna one corner for steam which make me wonder, kain diorang ni basuh tiap2 kali customer ke, sebulan sekali ker or tak pernah basuh. Erkkk. 
  • Harganya tu agak sakit kalau buat full treatment and pergi tiap2 bulan
  • Badan balik agak berminyak. Rasa macam orang minyak plak. 


Dara pergi sebab beli dari Groupon. So harga memang murah. Dalam RM58. Here are the good and not so good. 

Good 

  • Facilities dia best. Siap ada bilik khas utk steam. When we shower ada proper bath facilities. Mandi guna produk sebamed so I believe product dia berkualiti. 
  • Murah sebab beli dari groupon. 
  •  Proper locker room utk letak barang2 kita. 

Not so good 

  • I was handle by 3 person at one time. For me rasa tak selesa sangat. Yer la, bukannya selalu orang sentuh and nampak badan kita. Diorang takper la, dah selalu kan. 
  • Most of the time, my body macam terdedah, which again sangat tak selesa. Maybe diorang tak aware pasal aurat kita kan and for them no istilah aurat. 
  • Pintu my cubicle sepanjang masa dibuka which memang tak selesa. I can hear orang lalu lalang. Adoiiii. Sangat tak enjoy. 
  • And the post selling effort after treatment. Faham lah kan. Kita beli murah and they will try to jual barang to you. So usually Dara end up paying more sebab rasa serba salah tak beli. 

Kesimpulan, 

If first time, better pergi kat tempat yang tau kekangan kita ie aurat, privacy and everything. Kalau yang tak kisah sangat tu maybe groupon may suit you guys. Better price kan. 

P/s: Badan Dara masih sakit lagi selepas pergi Allure. So I think you know my preference kan.

Hope this help

Thursday, February 17, 2011

The Sweetest Date

The sweetest date. Slrpppppppppp. Hohohoho. Entry ini bukan berkenaan sesi canda ria Uda dan Dara sempena Valentine yaaaaa. Tidak, tidak ada kena mengena langsung.Tapi boleh la share kejap gambar dating dolu dolu. Hehehhehe
Gambar ini diambil semasa Uda transit from di KL. met for 2 hours only okey


Anyway, balik ke pangkal jalan. Nak share dengan korang ni. Korang semua familiar tak dengan talk show Semanis Kurma hosted by Ustazah Norbaiyah. Familiar tak? Tak??? Knaper tak tengok? Rugi rugi.


Anyway, Dara pun macam korang juga. Mana nak la nak tengok citer tu kalau dah ralat tengok Desperate Housewives la, Paris Hilton Bff la, Ghost Whisperer la, layan Top Model la. Kan kan.

Tapi memandangkan si Uda ni tak tengok citer tu, and si Uda ni memang fanatic program melayu ( Dara tak tipu okeh, dia tengok citer P.Ramlee setiap hari Isnin dan Rabu. Setiap minggu okeh. Kiralah brapa kali tengok Bujang Lapuk setahun), jadi dia yang selalu mesej ingatkan Dara.(*mode terharu* sebab Uda nak didik Dara jadi isteri yang baik)


So, tiap-tiap hari Khamis dia akan mesej kul 10.00 ingatkan Dara untuk tengok. Selalunya tak rasa nak kongsi pun, but episod kali ni tentang Kaki Leter. Ehemm ehemmm. Of course la Uda tujukan khas kepada Dara kan. Memandangkan Dara orang yang boleh tak henti cakap selama 5 minit, ulang suara macam radio rosak, maka haruslah mendengar bukan. Ala gelakkan Dara, korang pun camtukan.
Maaf ya, makcik ni sensoredd

Banyak la tips dia kasi cam 9 masa larangan berleter, 6 tips saling (hormat menghormati, sayang menyayangi, tolak ansur, faham memahami dan apa ntah lagi 2 saling)  semasa berleter. Bagusnya Show ni dia selalu invite artis yang in the trend atau seiring dengan peredaran zaman. This week Sherina Redzuan, last week Elyana. So nak tengok pun semangat la sket. karang dia jemput Syarifah Aini ka, Norlia Ghani ka, jadi tak selera plak kan. Kurang meriah la. No offense ya peminat Kak Pah dan Kak Lia. Then at the end, dia akan kasi Doa. 

Haaaaa tang ni yang Dara nak share sesangat ni. Walaupun I baru balik kelas dan tak mandi dari pagi tadi. Takper takper. Untuk kesejahteraan sejagat, Dara gagahkan juga. Hehhehehe. Penting ni ok. Jadi Baca betul -betul. Dah, dah. Jangan nak merapu lagi. So ladiesss and gentlemen, ini Doa yang dia kasi.

Surah Al-Imran ayat 83 - Doa ni untuk lembutkan hati pasangan. Ustaz cakap suruh hembus pada pasangan semasa tidur. Tapi Dara tak dapat lesen besar lagi, so kenot yet la. Nanti korang ingatkan Dara yer bila i dah kawin. Hihihihi. Syoknya sebut perkataan kawin nih. Hhihi

Surah Al - Imran Ayat 173 - Ni doa untuk bersabar. Al-maklumlah, selalunya kalau bebel kat si Uda ni memang lah dia diam. Tapi suka buat muka toya. Jadinyer Dara kena sabar. Uda pun kena gak baca doa ni sebab kena sabar jadi mangsa dengar khutbah takde skrip. Hihihihih

Ok. Tu je nak kongsi untuk malam ni. Selamat Beramal. Hihihihihih

Saturday, February 5, 2011

The Wedding Hut

Hi U All,

Memandangkan Dara masih single trang trang tang tang. Mestilah berkeinginan nak kawin. In fact dah gatal nak kawin pun. Cuma kena sabar sebab Dara tak abis belajar lagi (x abis belajar mana boleh kahwin) and abang askar sedang sibuk sekarang.

Tapi itu tak mematikan hobi Dara blogwalking untuk mencari-cari idea in case si Uda propose to me. Tihihihihi.

So one of the thing Dara nak buat dalam blogspot bersarang ni ialah blog review. It is an honest review, not a paid review okeh. So if i think you are good means that you are good. Dara akan review benda yang Dara suka i.e wedding blog, place to eat, D.I.Y, books and benda-benda yang menarik hati.

Ok, review pertama, drumroll pleaseeeee. ....

TheWeddingHut 

This blog owned by newly married couple. Dara rasa minat diorang datang lepas buat hantaran sendiri. So far most of their product is hantaran n bridal bouquet. Bila tengok hasil tangan diorang rasa sweet sangat. Simple and sweet. Cakap banyak2 tak guna kan. Below are some of their kerja tangan.
sweetkannnn....




simple jeee
FB: Thewedding Hut (The'Wedding Hut)

http://theweddinghut.blogspot.com/


I heart thissss
And memandangkan diorang baru, Dara rasa rate dia sangat berpatutan. Dara tak tanya lagi sebab takut beria sangat. Heheheh. Tapi aku memang dah beria-ia pun sebenarnya ni. En Uda cepatlah kumpul duit tuuu.



Till then, xoxo