Monday, October 15, 2012

Belasungkawa: Allahyarham Jama'iah Binti Arshat





1 Oktober 2012… 40 hari sebelum majlis. 

Masa tu tengah bersiap-siap nak pergi kerja, tiba-tiba Uda call.. Selalunya pagi2 kalau Uda call dia rindu. Bila angkat telefon suara dia kasar, macam marah. Then dia cakap “Mak dah tak ada”. Perkataan pertama keluar mulut Dara “Hah”. Uda ulang sekali lagi “Mak dah tak ada”. 

Jantung waktu tu seperti terhenti sebentar. Seperti kita sedang minum lalu tersedak. Seperti di kala berhimpi-himpit di dalam LRT kekurangan oksigen. Dara terduduk kaku dan tanpa disedari air mata ini merembes keluar. Jika boleh dibayangkan keadaan semasa itu adalah keliru, tercengang-cengang. Dalam hati terdetik “mak dah tak ada”, akal masih belum menerima. 

Entri ini Dara tujukan pada emak, sebagai tanda ingatan kekal abadi, tanda kasih yang baru ingin bercambah, tanda Dara mula merelakan bakal ibu mertua pergi. 

Uda dan Dara sudah bercinta selama 7 tahun. Kami bercinta senyap- senyap selama 2 tahun. Ibu Dara sangat tegas perihal cinta semasa belajar. Jadi perkenalan Dara dengan keluarga Uda hanya setelah 2 tahun bercinta. 

Kehilangan arwah emak sangat dirasai. Peribadi arwah emak dan ibu Dara sangat berbeza. Kedua-duanya ada cara ketabahan tersendiri. 

Ibu, ibu kandung Dara tegas orangnya. Dia pendorong dan penyokong Dara yang paling tegar. Jika Dara malas, tegurannya berbisa. Jika Dara gagal, penyelesaiannya bangkit. segera Kekuatan ibu adalah ketabahannya. Ibu tak suka anak-anaknya malas. Itu cara ibu menunjukkan kasih sayang 

Arwah emak pula tunjukkan kasih sayang berbeza. Arwah emak orangnya penyabar. Bila Dara mengaku tak pandai memasak, arwah emak hanya senyum. Arwah cakap lepas kahwin pandai la. Arwah emak terima seseorang seadanya. Baik buruk dia terima. Kekuatannya adalah kesabarannya. Diam itulah senjata arwah emak. 

Oleh itu, Dara menyayangi keduanya atas sebab berbeza. Keduanya menyayangi Dara dengan cara tersendiri.

Emak, walau pertemuan kita singkat. Walau masih segan nak panggil emak hingga kini. Dara doakan emak menemui kebahagiaan di sana. Walau ikatan menantu dan ibu mertua tidak sempat dimeterai, Dara yakin emak ibu mertua terbaik untuk Dara.Walau hakikatnya Dara tak mahu kehilangan emak seawal ini, Dara yakin ada hikmahnya. 

Al-fatihah. 





2 comments:

Pembaca mahu bersuara