Friday, August 24, 2012

Resipi Kecantikan You All



Puan-puan dan cik-cik sekalian, tahukah anda kunyit bukan sekadar digunakan untuk menggoreng ikan, tomato bukan setakat dimasak bersama sayur campur dan beras bukanlah setakat dimasak nasi untuk dimakan bersama ikan goreng dan sayur campur. 

Tetapi… 

Bahan-bahan ini boleh diguna sebagai resipi kecantikan. Lepas ini boleh buka peti ais dan tengok bahan apakah yang boleh anda gunakan untuk menggantikan produk SKII, Clinique dan Lancome. 

Resipi Kecantikan Luaran 

Kunyit 


Kunyit boleh diguna sebagai masker wajah. Campurkan 2 sudu tepung, 1 sudu serbuk kunyit, beberapa titis madu dan 2 sudu susu. Gaul sehingga sebati dan tempelkan di muka. Biar sehingga 20 minit dan bilas.

Ataupun ambil kunyit hidup dan beras, goreng atau sangai beras dan kunyit sampai hitam, blend dan sapu di muka atau badan sebelum mandi.

Kata kawan kunyit boleh hilangkan kotor dan bintik hitam di muka. 

Tomato 


Jerawat menyampah timbul di muka. Lumatkan tomato dan tempel di muka. Kalau nak murah pergi kat NSK, Kuchai lama dan beli banyak2. 

Betik 


Campurkan setengah cawan air panas dan 1/3 oat. Biar 2-3 minit campurkan betik yang telah dilumatkan dan tambah madu. Sapu di muka dan buat 15-20 minit. Bilas dengan air suam. Resipi ini dikatakan boleh memutihkan kulit dan jadikan muka berseri. 

Bunga mawar 


Pernah tak tengok bunga mawar kat rumah nenek dan rasa geram nak petik. Kalau dah petik tu jangan buang ok. Sayang. 44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. 

Kalau rumah nenek dah glamer and duduk kat apartment dan tak tanam bunga mawar, pergi jer Brickfields dan beli kat sana ok. 

Daun sireh 



Daun sireh bukan setakat untuk nenek kebayan. Kita pun boleh guna. Ambil segenggam daun sirih dan rebuskan sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Amalkan 30 hari menjelang hari bahagia. 

Selamat mencuba. Gigih google petua di petang hari

1 comment:

  1. petua 1 & 2 dah try ;)
    nak try yg lain pulak esp bunga mawar..
    tetibe teringat sirap ros ;p
    hihi

    ReplyDelete

Pembaca mahu bersuara