Thursday, February 17, 2011

The Sweetest Date

The sweetest date. Slrpppppppppp. Hohohoho. Entry ini bukan berkenaan sesi canda ria Uda dan Dara sempena Valentine yaaaaa. Tidak, tidak ada kena mengena langsung.Tapi boleh la share kejap gambar dating dolu dolu. Hehehhehe
Gambar ini diambil semasa Uda transit from di KL. met for 2 hours only okey


Anyway, balik ke pangkal jalan. Nak share dengan korang ni. Korang semua familiar tak dengan talk show Semanis Kurma hosted by Ustazah Norbaiyah. Familiar tak? Tak??? Knaper tak tengok? Rugi rugi.


Anyway, Dara pun macam korang juga. Mana nak la nak tengok citer tu kalau dah ralat tengok Desperate Housewives la, Paris Hilton Bff la, Ghost Whisperer la, layan Top Model la. Kan kan.

Tapi memandangkan si Uda ni tak tengok citer tu, and si Uda ni memang fanatic program melayu ( Dara tak tipu okeh, dia tengok citer P.Ramlee setiap hari Isnin dan Rabu. Setiap minggu okeh. Kiralah brapa kali tengok Bujang Lapuk setahun), jadi dia yang selalu mesej ingatkan Dara.(*mode terharu* sebab Uda nak didik Dara jadi isteri yang baik)


So, tiap-tiap hari Khamis dia akan mesej kul 10.00 ingatkan Dara untuk tengok. Selalunya tak rasa nak kongsi pun, but episod kali ni tentang Kaki Leter. Ehemm ehemmm. Of course la Uda tujukan khas kepada Dara kan. Memandangkan Dara orang yang boleh tak henti cakap selama 5 minit, ulang suara macam radio rosak, maka haruslah mendengar bukan. Ala gelakkan Dara, korang pun camtukan.
Maaf ya, makcik ni sensoredd

Banyak la tips dia kasi cam 9 masa larangan berleter, 6 tips saling (hormat menghormati, sayang menyayangi, tolak ansur, faham memahami dan apa ntah lagi 2 saling)  semasa berleter. Bagusnya Show ni dia selalu invite artis yang in the trend atau seiring dengan peredaran zaman. This week Sherina Redzuan, last week Elyana. So nak tengok pun semangat la sket. karang dia jemput Syarifah Aini ka, Norlia Ghani ka, jadi tak selera plak kan. Kurang meriah la. No offense ya peminat Kak Pah dan Kak Lia. Then at the end, dia akan kasi Doa. 

Haaaaa tang ni yang Dara nak share sesangat ni. Walaupun I baru balik kelas dan tak mandi dari pagi tadi. Takper takper. Untuk kesejahteraan sejagat, Dara gagahkan juga. Hehhehehe. Penting ni ok. Jadi Baca betul -betul. Dah, dah. Jangan nak merapu lagi. So ladiesss and gentlemen, ini Doa yang dia kasi.

Surah Al-Imran ayat 83 - Doa ni untuk lembutkan hati pasangan. Ustaz cakap suruh hembus pada pasangan semasa tidur. Tapi Dara tak dapat lesen besar lagi, so kenot yet la. Nanti korang ingatkan Dara yer bila i dah kawin. Hihihihi. Syoknya sebut perkataan kawin nih. Hhihi

Surah Al - Imran Ayat 173 - Ni doa untuk bersabar. Al-maklumlah, selalunya kalau bebel kat si Uda ni memang lah dia diam. Tapi suka buat muka toya. Jadinyer Dara kena sabar. Uda pun kena gak baca doa ni sebab kena sabar jadi mangsa dengar khutbah takde skrip. Hihihihih

Ok. Tu je nak kongsi untuk malam ni. Selamat Beramal. Hihihihihih

Sunday, February 6, 2011

Birthday Celebration 391km Away

Baiklah kawan-kawan.

Soalan cepu emas. Macam mana nak celebrate birthday Uda yang 391km jauhnya? Jawab jangan tak jawab. Siapa dapat jawab Dara kasi seposen. Upah air liur. Hehhehe.

Uda sambut birthday 02 Februari hari itu. Dara dah siap2 amik cuti seminggu dari Januari lagi kunun-kunun nak turun gi celebrate dengan Uda. Siap dapat restu Bonda sekali tau. Eh, mestilah. Moga perjalanan dipermudahkan.

Dan seperti biasa En Bf (lately suka gelarkan Uda sebagai En Bf. Nampak glamer sket nama dia) last minute keluarkan perintah berkurung kepada Dara. "Jangan datang. Saya on standby nak operasi". Pfttttttttttttttttt. Benci dengan ayat camtu. Sabar-sabar. Kena belajar dengar cakap bakal suami. (Biler tu tak tau la)

Tapi dalam hati still rasa kesian Bf aku takder orang nak sambut burfday dia. Try la fikir camner nak tolong sambut dari jauh. Dulu waktu pose, bukak sama2 guna handphone. Birthday? Takder maknanya nak buat camtu. Fikir punya fikir Tinggg!!!!

Dara cakap hantar kek kat dia best ni. At least bley dia makan. So Dara try google website yang buat kek. Cari punya cari sekali jumpa website ni Kaoricake

Meleleh air liur dek non tengok kek dia.
meleleh leleh coklat ni, meleleh leleh gak ler air liur Dara


Strawberiiiii.



Jadi Dara pun angkat telefon nak order. Skali dia cakap dia hanya boleh hantar kat tempat landmark jer sebab tak biasa dengan Sungai Petani. Yelah Kaori Cake ni dari Butterworth. Ala boss, cik abang saya bukan boleh sebarang keluar. Terpaksalah melupakan hati nak order kek dia yang mabeles abis ni.

Tapi korang kat penang cuba try kek dia. Nanti feeback kat Dara eh.  

So, give up ker? No way man!!! Dara kalau dah cakap nak buat, aku cari gak. Cari kat website Secret Recipe. Tapi dia kata delivery  cuma kat KL jer. Keciwa... Putus asa lagi ka. Tidakk. Belum lagi. Dara pun search branch Secret Recipe. Eh, ada kat Sungai Petani la. Bila call jer dia cakap " Boleh, kita boleh antarkan." Yipeeeeeeeeeeeeeeee. Macam mana? Cara untuk penghantaran ni mudah sahaja.

1. Minta details seperti bank account, jumlah yang nak dibayar (kek + delivery), fax number and contact person.
2. Beri details penerima kek itu (nama, no phone, alamat, tarikh penghantaran, masa penghantaran and ucapan pada kek)
3. Masukkan duit ke bank Secret Recipe. Pastikan simpan resit pembayaran.
4. Fax kan resit penghantaran ke nombor branch Secret recipe. Jangan ke HQ plak. Sampai ke sudah tak sampai.
5. Call semula for confirmation fax delivery. Ini perlu. Mana tahu lupa bayar bill and fax line dipotong.
6. Nantikan hari penghantaran.

So, akhirnya Uda dapat kek nii...................

Our faveret


hahahah. Korang jeles tak? Akak ni lagi jeles dik non oiii. Sebab Uda dapat makan. Aku telan air liur jer la. Sob sob.

Tapi yang bestnya pada tarikh keramat tu.

1. Uda terima kek tu secara surprise. So pelan menjadi. Mesej " Terima kasih....malunya saya". Sudah cukup buat Dara tersengeh. Sebab selalunya Dara yang malu-malu kucing.

2. Memandangkan 2hb hari bekerja, jadi kek dihantar ke pejabat Uda. N memandangkan ini kem tentera diorang tak bley masuk pejabat. Jadi amoi yang hantar tu kena tunggu dekat pak guard, jadi of course la pak guard nampak kek tu. Jadi mesti dia jeles kan. Tak kira Dara rasa dia confirm jeles.Hahahha. Gelak jahat lagi.

3. Seperti biasa orang laki ni tak heboh cam orang perempuan (Dara la tu) bab besday ni. Jadinya dengan penghantaran kek di pejabat pada waktu sebelum makan tengahari. maka semua kawan2 Uda pun tahu hari ini besday dia. Soooooo, walaupun Dara takde, kawan-kawan Uda jadilah pengganti diri.Mesti kawan-kawan dia jeles jugak kan. Hihihihih


To my beloved Uda, 

I hope you have a blast birthday this year. And even we are far apart, I will want to be by your side every step of the way. I love you...

psttt: sekarang baru faham makna bila korang cakap upload gambar kena tunggu berjanggut

Till then. xoxo

Saturday, February 5, 2011

The Wedding Hut

Hi U All,

Memandangkan Dara masih single trang trang tang tang. Mestilah berkeinginan nak kawin. In fact dah gatal nak kawin pun. Cuma kena sabar sebab Dara tak abis belajar lagi (x abis belajar mana boleh kahwin) and abang askar sedang sibuk sekarang.

Tapi itu tak mematikan hobi Dara blogwalking untuk mencari-cari idea in case si Uda propose to me. Tihihihihi.

So one of the thing Dara nak buat dalam blogspot bersarang ni ialah blog review. It is an honest review, not a paid review okeh. So if i think you are good means that you are good. Dara akan review benda yang Dara suka i.e wedding blog, place to eat, D.I.Y, books and benda-benda yang menarik hati.

Ok, review pertama, drumroll pleaseeeee. ....

TheWeddingHut 

This blog owned by newly married couple. Dara rasa minat diorang datang lepas buat hantaran sendiri. So far most of their product is hantaran n bridal bouquet. Bila tengok hasil tangan diorang rasa sweet sangat. Simple and sweet. Cakap banyak2 tak guna kan. Below are some of their kerja tangan.
sweetkannnn....




simple jeee
FB: Thewedding Hut (The'Wedding Hut)

http://theweddinghut.blogspot.com/


I heart thissss
And memandangkan diorang baru, Dara rasa rate dia sangat berpatutan. Dara tak tanya lagi sebab takut beria sangat. Heheheh. Tapi aku memang dah beria-ia pun sebenarnya ni. En Uda cepatlah kumpul duit tuuu.



Till then, xoxo

Friday, February 4, 2011

Dara as Drama Queen

Koh koh koh. Aaaaaaachuuum.

Adeh dah berhabuk-habuk dah blog ni. Memang hangat-hangat tahi ayam betul budak Dara ni. Ngeeeeeee

Sorry guys. Bukan sengaja. Ada rezeki datang late December. Dara sekarang officially a part time subtitler. Apa tu? Ala yang buat sarikata untuk program tv tu. Waktu korang sibuk2 tengok citer korea and then ada orang translate kan tuu. :). Duit beb duit. Yang penting poket akak masyukkkk. Boleh la Dara kawin cepat2.

Ok, seperti yang diulang-ulang cakap, kan Uda dan Dara cinta jarak jauh, so Selalunya bila kitorang jumpa time nak balik jer memang parah. Cuma ada satu hari ini, keparahan dia semakin menjadi-jadi. Dara pun tak tau apsal jadi cam citer Kuch Kuch Hota Hai.

That weekend Uda tidur rumah kakak n abang dia dekat Nilai. Ingat tak rumah yang Dara kena test masak tuuu. Anyway hari Ahad nak balik tu, lepas tol Nilai dalam kereta, tetibe je Dara jadi sayu. Oden pun tak tahu kenapa. Then tibe2 je mengalirla air mata. Sob sob sob sob. Tapi masa tu cover2 la. Dara palingkan muka kat pintu pastu cakap kat Uda nak lelap jap. Tak macho la kalau Uda tau.

Ntah camner bley plak Dara tersedu. Dah kantoooi. Uda tanya kenapa. Then Dara diam sambil nangis sampai kat Puduraya. Lama tak aku nangis. Hhahahaha.

Uda pujuk2 tak jalan juga. So Uda cakap dia nak beli tiket sebab memang kena balik gak. Mana boleh tak balik. Nanti kem cakap dia absence lagi gila. Bila dia masuk balik tibe2 je Uda bawa kawan. Uda cakap, "Saya bawa kawan, teman awak waktu rindu...." Ini kawan dia...

 comel kan. Biler tekan kat perut dia lagu hepi besday. Apa la Uda ni takder kena mengena langsung...



eh ada lagi satu......

eh eh, kenapa ada lagi nih



banyaknyee kengkawann dia....
Kesimpulannnya, kengkawan bolehlah bayangkan berapa kali kejadian ini berlaku. Pssst. Cuba korang try buat kat your significant otherssss. Helah Drama Queen Dara berkesan. Banyak kali plak tuu. hehehehhe.

Note: Patung Doll tu n Twwety tu bukan Uda kasi. Just sampingan. and Uda ada kasi bantal busuk tapi Dara malu nak tunjuk sebab bantal tu memang dah buskkkkk.

Till then. xoxoxo