Tuesday, December 20, 2011

*Giveway Pau Seri.*

Wahai kawan-kawan sekalian,

Ce teka, kalau Dara sejuk-sejuk dalam bas, bila berhenti kat R&R yang ada van bergerak, selalunya Dara beli apa?...

Ya, betul…. Pau panas

Ce teka, kalau Dara tengah lapar kat kedai makan, makanan lambat sampai Dara makan aper dulu?

Ya, betul…Pau panas lagi

Ce teka, kalau Dara tengah keje kat ofis yang sejuk macam kat New Zealand ni, benda apa paling best makan?

Ya, betul.. Pau. Pisang goreng takpun keropok lekor pun boleh gak. Hehhehehehe

FYI, sekarang sampai 31 Disember 2011, Pau Seri akan buat Giveaway untuk sebarang acara. Banyak tau 500 biji. So Dara pun nak rebut peluang ni. Rezeki jangan ditolak bukan.

Syarat Penyertaan: Jawab 3 soalan mudah:

1. Kenapa Pau Seri perlu taja Dara?


2. Warna tema dan tarikh perkahwinan?


3. Kenapa pilih Encik Uda sebagai teman hidup?

Dara paling suka makan. Sanggup berjalan merata-rata cari makanan yang sedap. Jadi Dara nak pastikan hari bersejarah Dara pun tetamu akan disediakan makanan yang sedap. Nanti diorang balik pun senang hati, yer tak.

Ramai majlis sekarang beri muffin atau cupcake tapi apa kata kita tukar selera. Lagipun kat kawasan bandar kecil ni orang masih lagi suka makanan tradisi. Especially kat Kluang ni. Tapi kalau pau, adusss boleh meracun jiwa kalau makan panas2 lawan dengan kopi. Peghhhh. Boleh tak korang bayangkan. Macam makan M&M pun ada gak. “Cair di mulut tidak di tangan”

Lagipun hujung tahun ni cuaca tak menentu. Pau ni makanan lut cuaca. So kalau hujan ke panas ke, pau ni mesti laris kan. Nak2 kalau hujan. (Eh tapi taklah doa majlis nanti hujan)


Warna tema majlis rumah Dara warna GOLD. So kalau Gold,, pau kaya dengan pau kari paling ngam sekali. Betul tak? Matching habislah. Pau lain pun ok jugak tapi kerna kaler warna kuning. Tapi mungkin Pau Seri boleh warna gold jugak rasanya.:P


Matching bukannnn...
 Kenapa pilih En. Uda sebagai teman hidup? Jawapan sebenar tak berapa pasti. Tapi hubungan Uda dan Dara ni semuanya automatik. Maknanya kami sendiri faham status masing2. Kami berdua tak pernah bercinta sebelum ini. Waktu Dara sekolah, Dara pernah simpan niat tak nak bertukar pasangan. Alhamdullilah, kami dah bertahan 6 tahun. Kami bercinta jarak jauh tetapi Uda dan Dara saling memahami. Uda ini matang orangnya. Mungkin sebab dia ada 11 orang adik beradik n dia dah mula cari duit sejak sekolah menengah lagi, jadi sikap tanggungjawab dia sangat tinggi. Dia pun senang sesuaikan diri. Campak dekat mana pun dia tahu apa peranan dia. Paling penting sekali Dara sentiasa rasa selamat bila dengan Uda. Maybe sebab dia tentera kot . Tak taulah, yang penting jodoh kami kuat. :).. Doakan kami yeh.

 


Monday, December 19, 2011

When He Propose

Sejak kecoh pasal Deena Bahrin dilamar guna kamera Nikon ni ramai aweks2  kat sana berangan supaya future hubby to be buat macam itu termasuklah yours truly.

Blur? Tak tau apa Dara cakap ni. Tengok video ini

Sweet kan. :P 

So, malam semalam Dara tanya Uda, knape dia tak wat camtu. Siap cakap lagi "Awak lamar saya pun tak" (sila baca dengan wajah tak puas hati)

Tapi rupanya versi Uda berbeza. Rupa-rupanya Uda pernah lamar Dara masa kat USM dulu. To be exact masa kitorang dating sambil kasi makan biawak. (siapa blur sila baca entry ni). And the worst thing is Dara tak kasi response pun sama ada ya atau tak (macam mana Dara boleh lupa pasal benda2 penting ni). Horror betull la. Nasib baik dia kental. Kalau orang lain dah lari dah. Hehehehhee

See, not all the time perempuan yang ingat semua. In my case the one yang ingat every detail of our story is Uda.
To him, i love you more than ever and i pray this feeling last until jannah.

Ameen.




Friday, December 16, 2011

The Story of My Ring

    Time for storytelling yer anak- anak. Kali ini Dara nak citer pasal cincin Dara. (mesti korang pelik kan sebab apa Dara ada banyak citer).

Dara consider diri sebagai sangat bertuah sebab dapat peluang ke negara orang dengan tajaan syarikat. Tak kisahlah walaupun atas urusan kerja, tapi still dapat rezeki tu kan. So bila fikir my mum and my dad tak pernah dapat peluang pergi, so Dara tanam niat nak bawa jalan2. Pergi dekat2 pun takper la.

So October lepas Dara bawa family gi Bangkok. Nak jadikan cerita masa kami shopping, kitorang dapat tau yang emas dekat Bangkok murah sebab Thailand is centre for export untuk gold di South East Asia. Bila dapat tau pasal benda tu, Dara pun excited la. Sangat murah hokey. Cincin berlian penuh dalam 2k jer. Tapi sedih jugak sebab tak ada pengalaman pilih cincin sama Uda. Nak juga rasa gedik gedik, tunjuk tangan kat Uda sambil tanya "Awak, cantik tak?".( sila baca dengan suara gedik dan manja). 

Cubaan pertama

Cubaan kedua. Tak berapa berkenan

Cubaan ketiga. Yg berlian penuh tu Rm1.5k belum tawar okey

Rambang mata tak?


So my mum cakap "sleep on it" dan fikir betul2. Bila call Uda, Uda cakap dia tak kisah kalau beli tanpa dia. (see supporting tak dia.) So balik hotel n tidur and decide kalau esok masih terfikir, pergi beli. Then esoknya kami pergi ke Train Market di Maekloong. On the way ke sana dah decide, nak cari cincin kat Bangkok. Tapi ada masalah gak sebab cash yang bawa untuk belanja travel family. So Dara call Uda n beritahu pasal problem ini. Then tiba-tiba jer Uda cakap "Takper, saya masuk duit kat akaun kad kredit awak dari Malaysia." Terus happy ye kawan2.

So malam tu, we all tanya2 la kat restaurant, kat mana beli cincin emas murah. Then dia cakap pergi kat Chinatown, pusat beli cincin. Then, hari ketiga kat kota Bangkok, we all pun gi sana.  Ini adalah hasil tinjauan di China Town






Tapi kat kedai camni, cam tak menarik jer. Plain sangat2. Kalau setakat nak simpan ok kot. Nak pakai cam simple sangat. So Dara n family jalan2 lagi. Then gi la satu kedai ni. And thennn setelah melihat cincin ini, Dara pun jadi meroyan sebab sangat memenuhi kehendak hati

Ini berlian tak penuh. Dia kasi RM2k

Ini belian penuh RM2.2k
Sangat lah excited. Lepas bincang2 dgn my mum kitorang pun decide nak beli sebab esoknya dah nak balik Malaysia. Bila nak bayar jer that lady cakap "Do you bring your passport?". Terus dara tepuk dahi. Sebab passport dara simpan kat dalam safe hotel. Mati-mati dia tak nak buat transaction selagi tak ada passport. Nak balik hotel jauh okey.  Macam dari Seri Petaling ke Kelana Jaya. Waktu tu dah pukul 3.45 petang and dia tutup pukul 5. Then fikir2 Dara decide nak juga beli cincin tu. Dara cakap ngan my mum, "ibu tunggu, kak uda gi balik". Dara pun lari non stop and then naik lrt dari Chinatown ke Pratunam, siap tukar 2 kali. (kalau siapa tak caya betapa jauh sila google k). Waktu tak berani naik teksi sebab jem.

Then lari punya lari, siap redah hujan, basah lukus semua la. Kaki dah kejang siap. Sampai pukul 4.45. Then waktu Dara nak masuk jer kedai tu, my mum tarik dari belakang. Dia cakap dia bual dengan orang setempat and they all cakap ada kedai lagi murah dari kedai ni and that kedai lagi satu tu ada offer and that day is the last day of promo. So kitorang pun tak jadi la masuk kedai, kitorang gi kedai lagi satu. Sampai je kedai tu rupa2nya that shop sangat class ok. Siap ada jaga, ada chaperone escort semua. Cincin dia sangat cantik ok. Clarity dia 1.0. memang tip top. Waktu tu tak boleh amik gambar sebab battery dah kong. Tetapi,...... bila tanya harga jer the cheapest is RM6k. Waaaaaaaaaaaa. Memang la Dara tak mampu walau secantik mana pun. Sob sob. Plus Uda mesti tembak Dara dengan sniper dia kalau overbudget.

Bila Dara pergi balik kat kedai yang Dara suka tu, kedai itu dah tutup. Walaupun pekerja ada kat dalam dia tak nak bukak kedai pun. Sedihnyeeee. I really like the cincin. Tapi Dara nak sedapkan hati my mum sebab dia dah start serba salah. Tengok muka dia pun cam nak nangis. So Dara pun cakap "Tak apa la ibu, it's not meant to be. Kita pun dah buat yang terbaik". 

So kitorang pun balik, sampai dekat Sala Deng, dek kerana terlalu berlari tadi, tibe2 jer Dara sakit perut. Sakit sangat2. So gi la toilet dalam shopping complex nearby. On the way nak keluar, Dara lalu ada kedai emas ni. And thenn.... Dara nampak satu cincin ni yg sangat menarik hati. Hahahhaha. ( Dara ni cepat sangat tertawan hati). Then Dara call ibu Dara, tengok and belek2, kitorang pun setuju beli, (tapi tak tau la beli sebab nak sedapkan hati ker apa ker, my mum setuju sebab dah penat ker). Whatever reason pun beli, memang journey nak dapatkan cincin ni sangat la panjang berjela. Sooo, nak tengok tak cincin pilihan hati. :). Tak kira, kalau tak nak pun Dara nak tunjuk gak. :P


Tadaaa. Dah berangan and tak sabar nihhh.

Bff Dara cakap dia tak suka sebab cincin ni nampak besar dan design lama. Tapi apapun Dara suka sebab simple n classic. And harganya sangat berpatutan bagi Dara sebab harga asal RM1500 and dia kasi diskaun 50%. So dapatlah RM750. Ada 11 biji diamond kat situ. Kecil pun kecil la. Yang penting Dara suka. lalalallala

Panjang tak dara membebel. Panjang pun panjang la. 

Till next time.

































Bila si Dara Gabra

Pernah dengar perkataan gabra tak? Hehhehe. Mesti penah dengar kan. Perkataan seumpamanya ialah minah kalut. Dara ni jenis minah kalut. Kalau benda last minute, kalau benda banyak tak tau cepat sangat gelabah.

Anyway untuk elak Dara jadi bridezilla or crazy maniac, Dara dah start beli barang kahwin since 2009. Yer diulang skali lagi since 2009. Gelabah atau gedik nak kawin? Yang mana satu pun Dara tak tau. heheehheh. Anyway dalam kepala ni banyaknyer benda nak buat. Senarai To Do List pun semakin panjang. Start pun belum lagi, macam mana ni. Aghhhh, sudah kalut tak tentu pasal.

Jadi kepada yang membaca ni, macam mana nak elak jadi gabra, gelabah, kalut dan paranoid. Ada tips tak?

Thursday, December 1, 2011

Pengumuman Pengumuman Pengumuman!!!

Ehem ehem ehem. 

Tarik nafas panjang-panjang.....

Dara nak beritahu ni...

Dara nak kahwinnnnnnnnn dahhhhhh

Hahahhahahaha. Tetibe rasa gedik.

Pengumuman tamat
 
 

Thursday, August 4, 2011

Review Photographer: Shutterflickr

Hai semua,

Lama tak update blog ni kan. Takperlah. Dara janji akan update sekurang-kurangnya for special occasion k. This time nak story mory about our outing with a third party. Kali ini dating diiringi oleh 3 pahlawan terbilang yang bawa senjata utk shoot kami. : P. Shoot photo la. Bukan shoot apa pun. Hhehehehe.

So Dara engaged Shutterflickr untuk capture moment Uda dan Dara. Luckily waktu tu Uda baru release 2 month duty kat sempadan Thailand. So apa lagi Dara pula keluarkan notis perjalanan pada dia untuk turun ke KL. One day notice ya kawan-kawan. Hari ini suruh, pagi esok datang. Lagi dahsyat dari pegawai pemerintah. Huhuhuhu.

Anyway, do you all notice that it takes two to tango, kena bertepuk dua tangan boleh bunyi. Ala, macam Dara kena balas signal cinta Uda untuk makes this relationship work. Faham kan. So sama juga gak ngan photographer and us, mesti ada chemistry for both of us untuk make the picture worth a thousand words. The client must be willing enough to share their relationship and the photographer must be attentive enough to capture it. For me, Dara rasa we click just fine. hehehehhe.

Dara stumbled upon Shutterflickr pun secara tak sengaja. My fad right now is to browse all groupon website and check out for deal. Then on Monday, 4 of July, accidentally ada tengok promotion RM99 for 3 hours photoshoot offer by them. RM99 babe, mana nak cari. Dulu Dara pernah reccee memang takder yang offer serendah ini. Kalau ada pun RM199 untuk satu keping gambar. satu keping jer. Bila dah beli Dara messaged them and make necessary arrangement, 6 July we booked the date. Easy and simple right.

And on that day, i got more that i bargain for. Siap dapat second photographer and even the manager come and photograph us. 3 person for RM99. Berbaloi-baloi. Hhehehehe. Anyway, nak tau berbaloi sangat macam mana, Dara list out my 5 most treasured picture for you all. Hhehehe. Exclusive preview ni. Plus buat pengubat rindu pada Uda because we will only be seeing each other in March 2012. Yes 2012. Waaaaaaaaaaaaaaa.

Ok stop being drama queen. Enjoice

Dara Love this so Much.


Uda n Honkus.

Mata Bertentang Mata. Auceh

Super duper like. Ni memang confirm bawa tidur. Hehheheh

Cantik kan. Bukan Uda dan Dara yang cantik. Tapi moment tu cantik. Candid moment. wahhh sukanyaaaaaaaaaaaa. Terima kasih Shutterflickr. You are the best, Muah muah, muah.

Lamanya nak sampai bulan March. Huhuhu

Monday, August 1, 2011

Jika Dia Tercipta Untukku

Dara ada kawan yang sangat mencintai teman lelakinya. Mungkin lebih dalam dari cinta Dara terhadap Uda. Dia meluahkan kebimbangan hati "apakah yang akan terjadi" jika lelaki itu bukan miliknya atau jika hidupnya bukan termaktub untuk si jejaka.

Dara tiada jawapan sebenar untuk si dia. Sebab Dara bukan kaunselor cinta. Namun Dara juga mempunyai perasaan yang sama, apakah jika segala jerih perih yang Dara lalui, menongkah arus masa yang ranjau berduri, baru Dara sedar Uda bukan tercipa untuk Dara. Pedih sangat pedih. Dan setiap kali fikiran itu terlintas di jiwa, doa ini Dara bacakan untuk diri Dara.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.


 Bagi kawan Dara, sewaktu Dara temui doa ini, Dara sangat takut nak baca. Sebab Dara takut yang bila Dara baca, Uda semakin menjauh dari Dara. Namun lama kelamaan Dara semakin rasa percaya yang kita sudah buat yang terbaik untuk cinta kita. Jika dia bukan tercipta untuk kita, bukan kerana kita tak mencuba sedaya upaya, tetapi Dia Yang Maha Esa lebih Mengetahui Apa Yang Terbaik Untuk Kita.

Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.

P/s: to my darling friend, i hope i help you in anyway