Tuesday, December 20, 2011

*Giveway Pau Seri.*

Wahai kawan-kawan sekalian,

Ce teka, kalau Dara sejuk-sejuk dalam bas, bila berhenti kat R&R yang ada van bergerak, selalunya Dara beli apa?...

Ya, betul…. Pau panas

Ce teka, kalau Dara tengah lapar kat kedai makan, makanan lambat sampai Dara makan aper dulu?

Ya, betul…Pau panas lagi

Ce teka, kalau Dara tengah keje kat ofis yang sejuk macam kat New Zealand ni, benda apa paling best makan?

Ya, betul.. Pau. Pisang goreng takpun keropok lekor pun boleh gak. Hehhehehehe

FYI, sekarang sampai 31 Disember 2011, Pau Seri akan buat Giveaway untuk sebarang acara. Banyak tau 500 biji. So Dara pun nak rebut peluang ni. Rezeki jangan ditolak bukan.

Syarat Penyertaan: Jawab 3 soalan mudah:

1. Kenapa Pau Seri perlu taja Dara?


2. Warna tema dan tarikh perkahwinan?


3. Kenapa pilih Encik Uda sebagai teman hidup?

Dara paling suka makan. Sanggup berjalan merata-rata cari makanan yang sedap. Jadi Dara nak pastikan hari bersejarah Dara pun tetamu akan disediakan makanan yang sedap. Nanti diorang balik pun senang hati, yer tak.

Ramai majlis sekarang beri muffin atau cupcake tapi apa kata kita tukar selera. Lagipun kat kawasan bandar kecil ni orang masih lagi suka makanan tradisi. Especially kat Kluang ni. Tapi kalau pau, adusss boleh meracun jiwa kalau makan panas2 lawan dengan kopi. Peghhhh. Boleh tak korang bayangkan. Macam makan M&M pun ada gak. “Cair di mulut tidak di tangan”

Lagipun hujung tahun ni cuaca tak menentu. Pau ni makanan lut cuaca. So kalau hujan ke panas ke, pau ni mesti laris kan. Nak2 kalau hujan. (Eh tapi taklah doa majlis nanti hujan)


Warna tema majlis rumah Dara warna GOLD. So kalau Gold,, pau kaya dengan pau kari paling ngam sekali. Betul tak? Matching habislah. Pau lain pun ok jugak tapi kerna kaler warna kuning. Tapi mungkin Pau Seri boleh warna gold jugak rasanya.:P


Matching bukannnn...
 Kenapa pilih En. Uda sebagai teman hidup? Jawapan sebenar tak berapa pasti. Tapi hubungan Uda dan Dara ni semuanya automatik. Maknanya kami sendiri faham status masing2. Kami berdua tak pernah bercinta sebelum ini. Waktu Dara sekolah, Dara pernah simpan niat tak nak bertukar pasangan. Alhamdullilah, kami dah bertahan 6 tahun. Kami bercinta jarak jauh tetapi Uda dan Dara saling memahami. Uda ini matang orangnya. Mungkin sebab dia ada 11 orang adik beradik n dia dah mula cari duit sejak sekolah menengah lagi, jadi sikap tanggungjawab dia sangat tinggi. Dia pun senang sesuaikan diri. Campak dekat mana pun dia tahu apa peranan dia. Paling penting sekali Dara sentiasa rasa selamat bila dengan Uda. Maybe sebab dia tentera kot . Tak taulah, yang penting jodoh kami kuat. :).. Doakan kami yeh.

 


3 comments:

  1. Sedap kan Nyomel. Doa2 Dara menang ye sayang. Nanti Nyomel dapat makan pau free. :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. pray for Dara. bole la kita makan pau freee.. hikhik..

    ReplyDelete

Pembaca mahu bersuara