Friday, June 29, 2012

Giveaway: Creative By Lynda

Hi Peeps,

Setelah lama bermalasan, tetiba hari ini rajin pula. Siap post dua entry sekaligus. Hahahha.

Ini semua gara-gara terbaca giveaway di blog Nyomel. So what is it for you and me to join the giveaway?

Dapat: 500pcs white paperbag favors (decorations only)
Dapat: 10pcs of VIP favors
Dapat: 1pc of exclusive guestbook with frame
Dapat: A handbouquet

Banyakkan benda free. Siapa tak nak tu, tipulah. Hehehehe

Memandangkan Dara tak buat kad lagi, tak ada guestbook lagi, taka da handbouquet lagi malah terkulat-kulat nak cari paperbag favors maka haruslah Dara pun nak sertai

Berminat? Nak join skali tak?

Buat macam ini

Click like on pada pagebbok Creative by linda

www.facebook.com/creativebylynda
Share the picture kat atas ni pada timeline facebook anda

atau

Save the picture

Share and spread the words on your blog macam dara buat ini
Leave your blog url in the comment box sama ada di facebook linda atau blogspot CBL: http://creativebylynda.blogspot.com/!

All the best guys. May the lucky bride wins

I'm Engaged. Alhamdulillah



Alhamdulillah,

Pada 2nd of June, Dara officially jadi fiancé Uda.

Kami berdua tak rancang pun nak bertunang. Rasa macam nak terus berkahwin memandangkan dia kat utara, dara kat kl. Dari segi perbelanjaan pun, bertunang selalunya melibatkan kos juga, apatah lagi melibatkan perjalanan.

Pening juga bila tiba-tiba my dad minta kami bertunang sebab nak berkenalan dengan keluarga Uda.

Tambah pening lagi bila family Uda insist sama ada bertunang atau tidak, Uda mesti beri cincin merisik dan cincin bertunang pada Dara. Adoiii, duit lagi. Walaupun duit Uda, tapi tentunya perancangan kami agak lari.

Namun setelah ditanya berkali-kali my dad masih bertegas, kami beralah sahajalah. Ada syarat juga. Syaratnya saya hanya mahu buat seringkas boleh. No hantaran, no big number of guests, only my family and his family. To be exact, his parent and siblings as well as my parent and my siblings.

Perancangan untuk bertunang ni pun Dara buat senyap2. Siapa pun tak tahu. Even some of my close friends. Hahhaha. Kesian diorang.

The only thing that Dara splurge is my engagement ring. Since I just want a simple and unique ring and after knocking every single jewelry door in town and nothing that attracts me, Dara decide to custom made it.

Cincin tu cincin lyria leave yang simple. Minat pun lepas tengok Rachel McAdam pakai dalam filem The Vow. Nama designer jewellry yang Dara hire study dekat Raffles Design Institute. So tak risau la pasal outcome cincin tu.

So enuff said, tempel jer la gambar banyak2.

Atas: Cincin merisik, Bawah: Cincin tunang

Lyria Leave By Shien Ni

Sarung cincin oleh mak mentua; Yang belakang tu try and error ok

Soon to be mother in law

Girl power

The famous angry bird.

Baju tunang yang simple.