Thursday, October 18, 2012

Cenderahati Tetamu (Bahagian 2)



Halu semua. Ok bahagian 1 adalah berkenaan bekas cenderahati. Memandangkan ada permintaan untuk kongsi mana nak dapat isi jar, Dara buat yang lebih diperlukan dulu ok. 

Setelah perbincangan dengan ibu, kami putuskan untuk beli kismis sebab lebih menyihatkan. Ibu tak berapa gemar beri makanan tak berkhasiat pada tetamu. So kismis lah jadinya 

Langkah pertama adalah tanya En Google. Hasilnya ialah ini: 


Kurmawi  


Mula-mula nak pergi cari dekat tempat-tempat ini, sekali dapat tahu ada lagi satu tempat namanya Mahnaz Food. Ok cara paling mudah nak pergi tempat ini ialah melalui KESAS. Memandangkan Dara tinggal di Cheras, gambar kat bawah ini ialah perjalanan dari Cheras ke Mahnaz Food melalui KESAS. 

Dari KESAS exit di Shah Alam/Puchong selepas lalu HQ PROTON. 


 


Dekat lampu trafik belok kanan. 

Lampu trafik pertama, belok kanan lagi. Landmark yang boleh nampak ialah MCD. 

Terus sahaja sehingga lampu trafik pertama, belok kanan lagi. Nampak tak papan tanda dalam gambar. Itu papan tanda Mahnaz Food. 

Terus sahaja. Simpang pertama belah kiri dah sampai. 

Apa ada kat sini? Macam2. Kurma, coklat kurma, pistachios, buah zaitun, kismis dan segala produk dari timur tengah. Dalam gambar semua harga runcit. Tapi kalau cakap dengan diorang nak beli harga borong, dia akan turunkan harga. Siap boleh tawar menawar lagi. Hehehhe. 

Ini susah nak cari kan?


Kismis pun ada banyak jenis. Harga dari RM12 ker RM25 kg. Beli borong yang RM25 jatuh RM18 sekilo. Tapi mesti beli sekurang-kurangnya 10kg

Dari RM18 jatuh RM15 per kg kalau beli 10kg

Harga borong akan jatuh 12kg. Tapi mesti beli 10kg

Selain makanan diorang ada jual kotak juga. Murah dan cantik. Apakan daya, dara dah beli kotak dah. So kalau beli lagi membazir bukan. 



Kedai ini tutup pukul 7 ok. Good luck semua.

Monday, October 15, 2012

Belasungkawa: Allahyarham Jama'iah Binti Arshat





1 Oktober 2012… 40 hari sebelum majlis. 

Masa tu tengah bersiap-siap nak pergi kerja, tiba-tiba Uda call.. Selalunya pagi2 kalau Uda call dia rindu. Bila angkat telefon suara dia kasar, macam marah. Then dia cakap “Mak dah tak ada”. Perkataan pertama keluar mulut Dara “Hah”. Uda ulang sekali lagi “Mak dah tak ada”. 

Jantung waktu tu seperti terhenti sebentar. Seperti kita sedang minum lalu tersedak. Seperti di kala berhimpi-himpit di dalam LRT kekurangan oksigen. Dara terduduk kaku dan tanpa disedari air mata ini merembes keluar. Jika boleh dibayangkan keadaan semasa itu adalah keliru, tercengang-cengang. Dalam hati terdetik “mak dah tak ada”, akal masih belum menerima. 

Entri ini Dara tujukan pada emak, sebagai tanda ingatan kekal abadi, tanda kasih yang baru ingin bercambah, tanda Dara mula merelakan bakal ibu mertua pergi. 

Uda dan Dara sudah bercinta selama 7 tahun. Kami bercinta senyap- senyap selama 2 tahun. Ibu Dara sangat tegas perihal cinta semasa belajar. Jadi perkenalan Dara dengan keluarga Uda hanya setelah 2 tahun bercinta. 

Kehilangan arwah emak sangat dirasai. Peribadi arwah emak dan ibu Dara sangat berbeza. Kedua-duanya ada cara ketabahan tersendiri. 

Ibu, ibu kandung Dara tegas orangnya. Dia pendorong dan penyokong Dara yang paling tegar. Jika Dara malas, tegurannya berbisa. Jika Dara gagal, penyelesaiannya bangkit. segera Kekuatan ibu adalah ketabahannya. Ibu tak suka anak-anaknya malas. Itu cara ibu menunjukkan kasih sayang 

Arwah emak pula tunjukkan kasih sayang berbeza. Arwah emak orangnya penyabar. Bila Dara mengaku tak pandai memasak, arwah emak hanya senyum. Arwah cakap lepas kahwin pandai la. Arwah emak terima seseorang seadanya. Baik buruk dia terima. Kekuatannya adalah kesabarannya. Diam itulah senjata arwah emak. 

Oleh itu, Dara menyayangi keduanya atas sebab berbeza. Keduanya menyayangi Dara dengan cara tersendiri.

Emak, walau pertemuan kita singkat. Walau masih segan nak panggil emak hingga kini. Dara doakan emak menemui kebahagiaan di sana. Walau ikatan menantu dan ibu mertua tidak sempat dimeterai, Dara yakin emak ibu mertua terbaik untuk Dara.Walau hakikatnya Dara tak mahu kehilangan emak seawal ini, Dara yakin ada hikmahnya. 

Al-fatihah.